"Haa Maira. Mari duduk, ada benda sikit Matron nak bincang" Ujar Matron Norli sejurus memandang wajah yang nampak gugup itu .

"Awak tahu kenapa Matron panggil awak ke sini?' tanya Matron Norli apabila dilihat Maira sudah melabuhkan punggungya di kerusi di hadapannya.

"Tak tahu. Tu yang berdebar rasa di dada ni" sempat lagi Maira melawak. Matron Norli hanya tersenyum.

"Macam ni Maira, ingat tak haritu apa yang Mr Mahmud pesan dekat Maira sebelum dia bagi Maira naik kerja?" Maira yang mendengar pertanyaan Matron Norli terus mengerutkan dahi.

"Alamak! yang mana satu Matron? Banyak yang dia pesan dekat saya" dia pula bertanya kepada Matron Norli sambil tersengih. Memang banyak pesanan khidmat masyarakat yang Mr Mahmud beri sebelum dia mengizinkan Maira berkerja semula. Mr Mahmud itu adalah Pakar Bedah Ortopedik yang mempunyai kepakaran dalam bahagian kecederaan lutut dan Mr Mahmud juga merupakan Ketua Jabatan Ortopedik di hospital Maira berkerja ini.

"Ada tak dia pesan dekat Maira supaya elakkan tolak-tolak katil pesakit ni? Tolak pergi dewan bedah, pergi xray? Ada?" Erkk.. pertanyaan Matron Norli itu membuatkan Maira tayang senyum kambing. Dah macam model iklan colgate dah. Fazura pun kalah dengan senyuman Maira tu agaknya.

"Eh, sengih-sengih pulak dia. Saya tanya ada ke tak Maira?" tanya Matron Norli lagi apabila Maira hanya tayang gigi je depan dia.

"Erk.. ada Matron." Perlahan Maira menjawab.

"Tapi kenapa Mr Mahmud cakap dia ada terserempak dengan awak tengah tolak katil pesakit ke dewan bedah?" Tanya Matron Norli lagi.

"Ada tu memang la ada Matron. Tapi bukan selalu saya tolak Matron.. Memang masa tu terdesak sangat. Staff tak cukup. Takkan saya nak tengok je kawan-kawan saya penat-penat tolak katil sana sini sedangkan saya goyang kaki je matron. Saya tak sampai hati."

"Ya, Matron faham apa yang awak rasa. Tapi dekat diri sendiri tu pun kena kesian jugak. Kaki tu nak pakai lama lagi..Kenapa awak tak ikut apa yang Mr Mahmud pesan?. Lutut awak tu masih dalam fasa penyembuhan tau.."

"Dan lagi satu, memang la awak cakap bukan selalu kan awak tolak katil, tapi yang dua tiga kali tolak tulah yang Mr Mahmud nampak. Jadi dia assume awak memang tak ikut nasihat dia." ujar Matron Norli lagi. Melihat Maira yang hanya mendiamkan diri membuatkan Matron Norli menyambung lagi percakapannya.

"Kalau awak nak tahu, Mr Mahmud ada jumpa saya untuk bincang pasal awak. " Berkerut dahi Maira mendengar ayat yang keluar dari mulut Matron Norli itu.

"Alamak, macam seram je Matron" Maira sudah menelan liur.

"Mr Mahmud pun dah jumpa Matron Rosliza jugak untuk berbincang tentang hal ni" Membulat mata Maira mendengar kata-kata Matron Norli itu. Dah kenapa pulak Mr Mahmud pergi jumpa Ketua Penyelia Jururawat Hospital itu untuk berbincang pasal hal dia? Dia tolak katil pesakit je pun.

"Matron, kenapa macam serious sangat je ni? Sampai jumpa KPJH semua ni" Maira dah mula risau. Kenapa ni? Apa yang masalah besar sangat isu dia tolak katil ni?

"Macam ni, sebenarnya Dr Hisham, Ketua Jabatan Perubatan perlukan seorang jururawat yang ada sijil dalam Kursus Pengurusan Diabetes untuk dia tempatkan dekat Klinik Pakar Perubatan. Sebab dia rancang nak buka satu Unit Kaunseling yang fokus kepada Perawatan dan Penjagaan Diabetes sahaja"

Okay.. jadi apa kena mengena dengan dia? Dia kerja dekat Jabatan Ortopedik kot. Rasanya ramai lagi jururawat lain dari Jabatan Perubatan yang ada sijil tu. Tapi itulah.. Maira hanya mampu membentak dalam hati sahaja.

" Dan bila Mr Mahmud tahu, Mr Mahmud yang suggest nama awak pada Dr Hisham. Sebab dia tahu awak ada sijil tu dan selalu nampak awak beri kaunseling kepada pesakit dekat wad ni" sambung Matron Norli lagi.

"Maaf matron tapi saya rasa macam tak ada kena mengena dengan saya je matron sebab saya kan dari Jabatan Ortopedik. Jururawat dari Jabatan Perubatan ramai lagi yang ada sijil Pengurusan Diabetes tu." Dalam sopan Maira cuba untuk membantah.

"Ya, memang ramai, tapi mereka semua memang dah ditempatkan di semua Wad Medikal sekarang. Semua Wad Medikal perlu ada seorang Diabetes Educator sekurang kurangnya. Jadi tiada jururawat yang available untuk duduk di unit kaunseling di Klinik Pakar tu"

Maira dah rasa nak nangis. Macam dah tak boleh lari dah ni.

Matron Norli yang melihat perubahan wajah Maira segera menggengam tangan anak buahnya itu.

"Matron tahu awak berat hati nak tukar tempat kerja. Yelah dah enam tahun awak kerja dekat wad ni. Mestilah berat hati. Matron dengan Sister pun berat hati nak lepaskan awak sebenarnya sebab kami tahu awak seorang staff yang cemerlang. Mula-mula Matron cuba juga bawak berbincang dengan Mr Mahmud. Tapi Mr Mahmud bagi alasan yang lebih kukuh sampai Matron pun tak ada pilihan selain bersetuju, Maira." Matron Norli cuba untuk menenangkan Maira. Sister Sakinah yang hanya menjadi pendengar dari tadi menganggukkan kepala .

"Apa alasan Mr Mahmud? Sampai dia tukar saya ke department lain matron? Sister?" Tanya Maira sambil memandang wajah-wajah dihadapannya bersilih ganti.

"Kill two birds with one stone.. itu ayat Mr Mahmud pada saya. Di samping hantar awak jadi Diabetes Educator dekat unit kaunseling tu, Mr Mahmud nak awak kurangkan penggunaan kaki awak tu sekali . Dia nak proses penyembuhan lutut awak tu berjalan lancar. Awak tahukan dia pakar yang incaj awak. Jadi dia fikir ni untuk kebaikan awak jugak Maira. Ini yang terbaik.. Supaya kaki Maira cepat sembuh. Kalau Maira masih berada dalam wad ni, Maira takkan dapat lari daripada tolak pesakit kesana kesini, berkejar sana sini. Sebab Matron tahu awak tak akan biarkan kawan-kawan awak je teruk buat kerja. Tapi kaki awak macam mana pulak?"

Maira yang mendengar kata-kata yang panjang lebar dari Matron Norli itu sudah bergenang air mata.

"Maira mesti nak cepat-cepat boleh solat macam biasa kan. Sampai bila nak solat atas kerusi?" Tambah Sister Sakinah pula..Dia tahu anak buah dia yang seorang ni terpaksa solat di kerusi akibat kecederaan yang dialami. Mendengar ayat dari Sister Sakinah membuatkan air mata yang ditahan mengalir jua.

"Baiklah matron, sister.. kalau itu yang terbaik untuk saya, saya terima je."

CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)Where stories live. Discover now