07:Gempur

19 7 2
                                    

Selepas ketiga-tiga askar muda itu selesai briefing taktikal itu maka mereka memulakan pergerakan kepada checkpoint masing-masing. Lokasi yang mereka tujui adalah Dewan Utama Kongress Senat aras 2.Maklumat yang diketahui bahawa Tuan Senator Donald Duke Trumpet berada di situ terperangkap dengan dikelilingi bunyi tembakan, Beliau dilindungi oleh Pengawal Etruscan Guard yang berperanan melindungi Bangsawan Drakness.Tetapi dengan keadaan Insurgen itu terus menggempur kedudukan Senator , keadaan senator berada di ambang tanduk.

" Sarjan Briar Berserta Skuad Alfa yang berperanan sebagai team penembak hendap telah bergerak ke point yang ditetapkan bagi bersedia untuk mengambil posisi memberi sokongan tembakan untuk membantu Etruscan Guard melindungi Senator. "

" Korporal Clause dan Skuad Bravo akan rendezvous Bersama-sama Etruscan Guard bagi melicinkan keberangkatan Tuan Senator keluar dari zon panas .

" Bagi skuad Charlie yang diketuai Specialist Belio-Laiden , mereka akan membuat formasi " memburu pemburu" iaitu menghapuskan potensi serangan yang bakal mendatang. "

" Keutamaan kita adalah mengutamakan keselamatan Senator Trumpet dalam keadaan sejahtera.Kegagalan adalah bukanlah pilihan. "

Selepas mendengar transmisi telekomunikasi jauh dari Mejar Forten, ketiga tiga skuad itu begegas bergerak.

****

Dewan Utama,Aras 1, Bangunan Kongress, Etruscan Hill , Emperium Drakness

Berdasarkan keadaan di dalam dewan itu, ancaman utama adalah penembak hendap. Mereka perlulah menyingkirkan penembak-penembak hendap supaya Skuad Bravo dapat bergerak memulakan misi mereka.

" Terdapat dua jenis penembak hendap dalam medan pertempuran.Satu ialah "sharpshooter" manakala satu lagi ialah "sniper". Sharpshooter tugas mereka ialah untuk memberi sokongan pada insurgen-insurgen itu untuk menggempur lokasi yang ditawan mereka. Kalau Sniper, mereka berperanan untuk mengenal pasti lokasi musuh bagi membolehkan suatu infantri untuk mobilize " terang Sarjan Briar kepada Guinevere

" Tugas kita sekarang ni ialah sebagai sniper kita kena "identified" lokasi tepat sharpshooter musuh.Sharpsooter musuh ialah prioriti kita sekarang, puan! "

" Jelas sarjan, terima kasih untuk info padat itu" balas Guinevere Forten.

"Sebagai skuad alfa kita perlu beri tembakan sokongan untuk skuad bravo bergerak! Ayuh Semua buru para penyelinap haram ni dari ceroboh dewan ini !!". selepas itu guinevere mengarahkan skuad alfa untuk bersiap sedia untuk menembak

******

Skuad Bravo pula sedang berbalas tembakan dengan insurgen yang menggempur lokasi itu. Mereka Cuba merampas lokasi itu kerana di situlah Senator Trumpet terperangkap.

"Cepat Secure lokasi "Itik", prioriti kita jangan biarkan "itik" jatuh. " Perintah Corporal Odin Clause kepada unitnya itu.

" Corporal !! , Situasi sukar sedikit bagi kita!", Seorang askar Drakness Dari unit charlie memaklumkan yang point senator Masih panas kerana terdapat sharpshooter yang memberi sokongan kepada insurgen- insurgen.Odin Cuba menghubungi Sergeant Briar berkenaan situasinya itu.

"Alfa 1, ini Bravo 1! Saya perlukan tembakan perlindungan
dari Skuad Alfa! .Skuad kami sekarang berisiko dengan situasi sniper insurgen musuh. Selagi sniper musuh tidak lagi jatuh, kami tidak boleh secure lokasi itik. Beberapa pengawal Etruscan ada yang tercedera kerana dihendap Sniper Insurgen.
Kami perlukan tembakan sokongan.

"Roger Bravo 1 ! ". Skuad Alfa bersama saya sekarang ini memang bertujuan untuk melindungi kemaraan skuad Bravo ke point Itik. Skuad kamu ialah kunci skrimish ini. Kamu perlu secure " Kodnama Itik " di samping kami memberi sokongan. Jika skuad kamu tumpas, mereka akan secure Itik sebelum kita! Kami akan sedaya upaya lindungi skuad kamu ! Misi kamu ialah selamatkan Kodnama Itik iaitu Tuan Senator Donald Trumpet itu sendiri. " Major Guinevere memaklumkan objektif skuad Bravo kepada Corporal Odin Clause.

Operasi :Perang  TempurWhere stories live. Discover now