11:Provokasi

18 6 0
                                    

Selepas kedua-dua pegawai tinggi tentera Drakness itu disambut dengan hormat. Panglima Tinggi itu mula berucap di khalayak ramai.

" Wahai Kesatria-kesatria tanah air bapa pertiwi, wira  aquilla perak kesemuanya, kamu semua telah buktikan yang  kamu ialah pahlawan terbilang. Berdirinya Sir Donald Duke Trumpet di sini ialah bukti kehandalan kamu sebagai  Tentera Diraja Empayar ini. " Beliau, Apocalypse General Lancelot Forten menghalakan tangannya itu  kepada senator Trumpet.

"Jika Beliau  tumbang bersama para saudara-saudara kita yang telah tumpah darah mereka melindungi nyawa Senator, kita pasti akan hilang seorang lagi bintang sebagaimana yang menbidai seorang patriot kita,  mendiang Dr Weiss Von Voght Borealis yang terkorban dalam tragedi malang  tanggal 1 Decrete pada bulan lalu. Tetapi kerana kamu semua gigih dalam usaha kamu sekalian. Tragedi itu tidak menimpa kita semu pada tanggal hari ini. " General Lancelot berhenti berucap untuk mengambil nafas pendek seketika.

" Tetapi penceroboh-penceroboh ini bukan menyasarkan beliau, Tuan Senator tetapi mereka memburu individu yang tengah berucap di hadapan kamu sekarang ini. " General lancelot menepuk dada bagi menjelaskan maksudnya. tetapi kerana ketangkasan  Colonel Schmidht, usaha mereka tumpas dan nyawa saya sejahtera. " beliau kemudian menghalakan tangannya menunjukkan Colonel Schmidht.

" Jadi inilah individu yang paling berkuasa dalam dewan ini sekarang bukan  ?" Leon bertanya kepada Grizzly.

"seorang merupakan komander kanan briged elit pengawal panglima kiamat manakala seorang lagi merupakan salah seorang dari empat panglima kiamat itu sendiri. Beliau berdiri in person di hadapan kita sekarang ni. " Grizzly berjawab dengan nada yang dipenuhi dengan kekaguman.

Guinevere melihat kedua-dua pegawai tinggi itu seperti ingin mengharapkan sesuatu.

" kau nak tahu plot twist tak, Leon? " Grizzly bertanya dengan curious kepada Leon.

"Kau diam dan biarkan aku teka sendiri Grizzly " Leon hanya mampu mendengus pelawaan Grizzly itu.

"Takpa Leon, kau hanya perlu tunggu je apa yang bakal berlaku selepas ni. "

Selepas General Lancelot memberi ucapannya itu, beliau menjemput Senator Trumpet untuk memberi pembukaan kata. Senator Trumpet tidak berucap panjang dan terus kepada point utamanya.

" Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada beliau , General Lancelot kerana  memberi peluang kepada saya untuk mengucapkan sepatah dua kata walaupun beberapa minit yang lalu dewan ini  ialah medan tempur. " Senator Trumpet bercakap dengan ton suara jelas.

" Adalah suatu dukacita, sebagaimana apa yang disentuh oleh General Sendiri. kita kehilangan beberapa  individu berani yang terkorban dalam pencerobohan di dalam dewan ini,  takziah kepada keluarga mereka kerana mereka telah berjasa kepada Empayar terbilang kita. Saya berdoa supaya mereka semua diberikan penganugerahan tertinggi di Elysium atas di sana. semoga Saint Reise memberkati mereka semua dengan memberikan darjah kebesaran tertinggi di sana "  senator trumpet mengambil masa untuk berdiam kerana dia mengenang kembali para etruscan guard yang terkorban melindungi beliau dari serangan hendap insurgen yang menyelinap beberapa jam yang lalu.

" Apa- apa pun saya ingin menjemput seorang pegawai muda yang tenang ketika operasi tadi... "

Senator Trumpet memandang kepada Guinevere.

"Cik Guinevere Cyrila Forten,  sila mara ke hadapan sekarang " kata senator menjemputnya  untuk ke hadapan. Guinevere berjalan dengan cergas bagi menjemputnya ke hadapan bagi memperkenalkan dia kepada seluruh Briged Elit Forten itu. Guinevere berdiri sopan  santun sambil memandang wajahnya ke hadapan.

" benda yang aku musykilkan sudahpun terjawab. " bisik Leon. Grizzly hanya tersenyum sahaja didepannya.

 Colonel Schmitdht membisikkan sesuatu kepada telinga senator. Senator seperti terlintas seuatu.

Operasi :Perang  TempurWhere stories live. Discover now