Mereka berdua masuk ke dalam lif selepas lif tiba. Dalam perjalanan turun, Dyra sengaja melihat kertas yang dipegangnya yang merupakan senarai nama penuh pelajar yang telah mengesahkan menyertai trip percutian anjuran fakulti.

Mata Dyra tertumpu pada dua nama yang baru dikenalinya.

Neil Heidi Bin Nuel Hayder
Dzal Aidi Bin Fzal Qaidi

AYUNI yang sedang menunggu di tempat duduk segera bangun dan berjalan ke arah Dyra dan Aidi yang baru keluar dari lif.

Ayuni baru sahaja selesai bersarapan. Walaupun dia memberitahu Dyra bahawa dia pergi makan makanan yang lazat, dia hanya pergi makan roti di kedai bakery yang dibuka di dalam universiti kerana dia masih berniat untuk makan makanan berat bersama Dyra pada sebelah petang nanti.

"Aidi, kereta awak parking kat mana?" Tanya Dyra yang sedang berjalan di sebelah Ayuni.

Aidi yang berjalan di belakang mereka berkata, "Luar universiti dekat depan kedai mamak."

Dyra mengangguk.

"Oh, saya Aeleasha Dyra." Dyra hampir terlupa memperkenalkan dirinya kepada Aidi.

Dia juga memperkenalkan nama kawan baiknya, "Ini Ayuni Yumna. Kawan saya, ambil course yang sama."

Ayuni menoleh ke belakang memandang Aidi. Belum sempat Aidi berkata apa-apa, Ayuni bertanya, "Dzal Aidi, kan?"

"Ha'ah." Aidi menjawab sepatah.

Dyra mengangkat kening. Ayuni yang perasan pandangan Dyra, dia terus menerangkan kepadanya, "Aidi ambil course sama dengan kita la. Cuma dia dari kumpulan lain. So, waktu tengah-tengah semester je ada pernah kita sama kelas dengan dia. Tu pun sekali dua je."

Kemudian, Ayuni mengalihkan pandangannya ke hadapan dan merendahkan sedikit suaranya seakan-akan berbisik kepada Dyra, "Lagi satu, orang handsome kan. Siapa je tak kenal."

Ayuni tersengih. Dyra menggelengkan kepalanya. Ayuni pantang jumpa lelaki handsome. Semua nama dia boleh ingat.

"Tadi Madam Ismah panggil sebab nak minta tolong belikan barang bbq je ke?" tanya Ayuni.

"Ha'ah. Sebelum tu Madam nak bagi senarai nama ni." Dyra menunjukkan kertas yang dipegangnya.

Kemudian, kertas itu dimasukkan ke dalam begnya. "Madam minta saya jadi person in charge waktu trip percutian nanti dengan ada seorang lelaki ni..emm nama dia Heidi tak silap."

Mata Ayuni terbuka luas. "Neil Heidi? Yang handsome tu?" Suara Ayuni dilempar kuat.

Nampaknya nama lelaki itu juga dikenalinya. Cuma Dyra tidak pernah mendengarnya kerana dia tidak suka mengambil kisah tentang orang yang tidak dikenalinya.

"Ehem, nak bergossip boleh tapi tolong jaga hati dan perasaan orang belakang ni." Mereka berdua menoleh ke belakang apabila mendengar teguran daripada Aidi yang dari tadi berjalan di belakang mereka.

Mereka tersengih dan membuat tangan meminta maaf.

Setelah mereka tiba di luar universiti berhampiran kawasan mamak yang disebut oleh Aidi, Aidi berjalan mendahului mereka berdua menuju ke arah kereta Perodua Myvi 1.3 EZi yang sedang double park di hadapan sebuah kereta yang diletakkan di tempat yang betul.

"Aduh, ada orang double park pulak." Aidi berhenti di hadapan kereta Myvi itu.

"Siapa lah yang park depan mini cooper aku ni? Mentang-mentang lah kereta dia king, ingat boleh parking sesuka hati ke." Bengang Aidi.

HYDRA 187Where stories live. Discover now