Hujan lebat membasahi bumi menciptakan irama titisan yang beralun di atas atap dan dedaun.Langit yang kelihatan mendung seolah-olah menangis bersama alam menambah suasana muram di luar rumah.Burung-burung telah lama kembali ke sarang berlindung dari tempias air hujan yang menderu-deru turun.
Namun, di tengah-tengah kehampaan langit
terdapat seorang gadis kecil yang tersenyum lebar sedang menikmati setiap titisan yang membasahi tubuh kecilnya.
Annisa dengan langkah ceria melompat-lompat riang di atas rumput yang basah memeluk setiap titisan hujan seolah-olah ia adalah teman setia yang
memberikan kebahagiaan.Air hujan yang turun deras membuatkan hatinya berbunga riang.Bagi Annisa, hujan bukan sekadar fenomena alam tetapi bagaikan penawar untuk ketenangan jiwa yang polos.
Setiap titisan yang jatuh dari langit umpama pelukan lembut yang meredakan segala gelisah.Bunyi titisan hujan yang jatuh ke bumi pula bagai irama merdu seakan-akan tangisan halus yang
menemani saat-saat mencari kebahagiaan di tengah-tengah perjalanan hidup yang penuh misteri.
"Ibu, marilah sini main hujan dengan Nisa!" Ajak Annisa dengan suara yang nyaring mengatasi bunyi derasnya hujan.Dia terus melompat-lompat di atas rumput di halaman rumah dengan mengangkat tangannya tinggi seolah-olah mahu menangkap hujan dengan tapak tangan kecilnya.
Semakin lebat hujan semakin seronok Annisa bermain.Bagi gadis kecil itu hujan adalah kebebasan.Satu bentuk kegembiraan yang tidak bisa diungkap dengan kata-kata.
"Nisa! Dah jom masuk sayang.Nanti Nisa demam!" Laung Datin Munirah yang berada dalam rumah.Patutlah dari dapur, dia terdengar suara budak yang sedang bermain.Rupa-rupanya
suara budak itu ialah Annisa yang seronok bermain hujan.
"Okay, ibu!" Balas Annisa dengan nada sedikit enggan tetapi tetap menurut.
Dia terus berlari kecil ke arah ibunya dan sebaik sampai di hadapan pintu tanpa ragu-ragu gadis kecil itu memeluk kaki Datin Munirah dengan erat.Kepala yang mendongak, dia memandang wajah ibunya sambil tersengih lebar yang menampakkan barisan gigi susunya yang comel.Baju dan seluar yang dipakainya kini basah kuyup dan rambutnya yang halus menempel di dahi.
"Haih, habis seluar ibu basah.Nisa... Nisa..." Datin Munirah tergeleng-geleng melihat telatah
anak perempuannya.
Kasih sayangnya kepada Annisa tidak pernah luntur malah bertambah setiap hari.Hati seorang ibu selalu lembut apabila berdepan dengan wajah comel anaknya.
"Hehe.ibu tolong mandikan Nisa, boleh?" Pinta Annisa sambil mempamerkan wajah yang
paling comel untuk meraih simpati ibunya.
Datin Munirah melutut di hadapan Annisa dan mencuit hidung kecil anaknya dengan penuh
kasih.Wajah comel itulah yang selalu menjadi kelemahannya. "Dah besar pun nak suruh ibu
mandikan lagi.Umur awak dah 5 tahun."
Datin Munirah tersenyum lembut sambil bangun
dan memimpin tangan Annisa menuju ke bilik mandi. "Dah jom, anak manja ibu.Kita masuk
mandi." Ujarnya lembut.Tidak sampai hati menolak permintaan anaknya.
"Yeay! Sayang ibu! Muahhh!" Annisa menghadiahkan ciuman mesra di pipi Datin Munirah tanda sayang yang tulus daripada seorang anak yang begitu dekat dengan ibunya.
Sememangnya, Annisa sangat manja dengan Datin Munirah.Setiap hari, ibunya yang paling banyak meluangkan masa dengan dia yang menjadikannya tempat bermanja dan bergantung harap.Manakala dengan Dato Hamdan, Annisa masih manja juga tetapi kehadirannya tidak sekerap Datin Munirah.
Dato Hamdan sering sibuk dengan urusan kerja yang tidak putus-putus.
Tetapi walau sibuk macam mana sekalipun, kasih sayang Annisa terhadap kedua-dua ibu
bapanya tidak pernah berkurang.
♡♡♡
Langit yang kelabu semakin pekat menandakan hujan bakal berlarutan malam itu.Angin lembut yang kini membawa titisan hujan yang menari di atas jalan.Rumah agam Datuk Hamdan yang berdiri megah terlihat lebih suram dalam redup senja itu namun kehangatan di dalam rumah tidak terjejas sama sekali.
Suasana di ruang tamu yang luas berbaur antara
kedinginan udara hujan dan kehangatan kasih sayang keluarga kecil itu.
"Abah!" Jeritan nyaring Annisa memecah kesunyian rumah sebaik sahaja pintu utama dibuka dan susuk Dato Hamdan melangkah masuk.Senyum terukir di wajah kecilnya yang comel dengan mata bersinar penuh gembira.
Gadis kecil itu yang baru berusia lima tahun berlari anak menuju ke arah bapanya kerana tak sabar mahu memeluk lelaki yang paling dirindui
sepanjang hari.Langkah yang kecil tapi lincah membuatkan dia kelihatan seperti anak rusa
yang gembira menyambut kepulangan sang induk.
Dato Hamdan yang masih berusaha menanggalkan kasut kerja langsung mendukung Annisa
dengan penuh kasih.Lenguh di bahunya seolah-olah hilang seketika tatkala wajah Annisa yang manis mencium pipinya.
"Erm, wanginya anak abah ni." Ujarnya lembut sambil mencium kedua-dua belah pipi gebu Annisa.
"Mestilah wangi! Ibu yang mandikan Nisa tadi! Abah suruhlah ibu mandikan abah juga.Mesti abah pun wangi macam Nisa!" Celoteh Annisa dengan suara kecilnya memantul di segenap ruang rumah membawa senyuman di wajah ibu dan abahnya.
Begitulah Annisa yang selalu tidak sabar mahu berkongsi cerita tentang apa yang dilakukannya sepanjang hari.
Dato Hamdan tersenyum memandang sekilas ke arah Datin Munirah yang sedang berdiri di tengah ruang tamu. "Abah setiap hari ibu mandikan.
Mestilah abah wangi." Usik Dato Hamdan.Manakala Datin Munirah yang sedang berdiri di ruang tamu hanya menahan malu saja.Wajahnya yang sedikit kemerahan menunduk seketika mengelak daripada tatapan nakal suaminya.
"Haa abang, meh sini beg tu.Pergilah mandi dulu." Bukan boleh dilayan sangat perangai suaminya, nanti makin menjadi-jadi.
Namun, Dato Hamdan tidak mudah mengalah. "Sayang, mandikan abang sekali boleh?" Usiknya lagi sengaja mahu melihat wajah isterinya berubah malu.Gelak kecil terbit dari mulutnya yang segar selepas seharian penat bekerja.
Seketika, wajah Datin Munirah berubah.Matanya menjegil garang.Haa kan dah keluar 'perangai singa' tu.
"Okay, okay, abang mandi sendiri ya, sayang." Ujar Dato Hamdan apabila wajah isterinya mula berubah.Usikan yang ingin diteruskan terbantut melihat ketegasan di wajah isterinya.Cepat-cepat dia menurunkan Annisa dari dukungan dan bersedia untuk beredar ke bilik.
"Abah naik dulu ya, buchuk acham abah ni." Dato Hamdan mencium pipi Annisa sekali lagi
sebelum berlalu.Rindunya terhadap gadis kecil itu sukar diungkapkan dengan kata-
kata.Walaupun kerja selalu menghalang dia meluangkan masa bersama Annisa, namun
hatinya tetap dekat dengan anak daranya.
Bagi Dato Hamdan, Annisa adalah permata hidup
dan setiap senyuman itu adalah pelita yang menyinari hari-harinya.
Annisa ketawa kecil walaupun dia tidak sepenuhnya faham apa yang berlaku antara ibu dan
abahnya.
Bagi gadis kecil itu, apa yang penting adalah dia disayangi oleh kedua-duanya dan
suasana penuh keriangan ini adalah dunianya yang paling berharga.
YOU ARE READING
ARYAN ANNISA [C]
RomanceLOVE AND EGO CAN NEVER EXIST TOGETHER Hani Annisa Dia seorang gadis yang sangat cantik dan baik.Ibunya telah meninggal dunia.Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak.Kehidupa...
![ARYAN ANNISA [C]](https://img.wattpad.com/cover/328099998-64-k503664.jpg)