Wangian bunga-bunga itu menusuk kedalam hidung aku, serta merta aku melompat teruja lalu berlari anak kearah balkoni itu.

"Cantiknya!" Jeritku teruja membuatkan Tengku Darren ketawa besar, dia mendekati aku lalu mengeluarkan telefon berjenama mahalnya itu

"Jom ambil gambar, abang nak hantar dekat mommy dengan daddy"

Pantas aku mengangguk setuju, kami mengambil beberapa keping gambar bersama. Pelbagai aksi yang aku buat semasa penggambaran tadi, ada buat mini love, ada buat muncung bibir dan yang paling aku sakit hati bila selamba saja Tengku Darren mendaratkan bibirnya dipipi aku

Aku? Apa lagi, menjeritlah macam ternampak hantu!

"Abang dah hantar dekat dalam group whatsapp, cuba tengok apa yang mommy dengan daddy balas" Sengihan Tengku Darren itu membuatkan aku menjegilkan mata kepadanya, itu namanya senyuman yang ada udang disebalik batu. Pantas aku mencapai telefon lalu aplikasi whatsapp ditekan

Membulat mata aku apabila Tengku Darren menghantar gambar yang dia cium aku tadi, astagfirullahaladzim! Malunya aku!

"Awak!" Protes aku dibuatnya, makin cemberut wajah aku apabila tawa lelaki itu terhambur

TING! TING!

Pantas aku menunduk, membaca mesej yang dihantar oleh mommy dan juga daddy

Daddy : Wow, romantis nya bilik kamu berdua. Hmm nampak gayanya tak lama lagi daddy dengan mommy akan dapat cucu lagi lah ya?

Mommy : Masyaallah cantiknya menantu mommy ni, haa Luth.. nanti cepat-cepatlah bagi mommy cucu kedua. Hihi

Aku mengetap bibir, pandangan tajam dihadiahkan pada sang suami yang turut membaca mesej tersebut. Lebar sengihannya memandang aku. "Dekat siapa lagi yang awak hantar?" Tanya aku serius, kadang-kadang suami aku ni bukannya betul sangat. Nanti muncullah biul dia tu

Tengku Darren memasukkan kedua-dua belah tangannya didalam poket lalu dia membongkokkan badan, membuat tinggi kami menjadi sama

"Hmm, instagram?"

Ternganga mulut aku, pantas aku memukul dada bidang Tengku Darren dengan bertalu-talu. "Aduhh sakitlah Maya" Ujarnya lalu dia menangkap kedua-dua belah pergelangan tangan aku, namun disebabkan aku memberontak menyuruh dia melepaskan. Secara tiba-tiba badan aku berada di awang-awangan

"Arghh!" Terjerit aku dibuatnya apabila dengan selamba Tengku Darren mencampakkan aku keatas katil itu, fuhh nasib baik katil ni empuk. Kalau tak memang patah riuk pinggang aku!

Namun mata aku membulat apabila Tengku Darren berada diatas badan aku, serta merta bibir terdiam seribu bahasa. Tangan aku automatik menahan dada bidangnya dari menghempap badan aku, ya Allah beratnya suami aku ni

"Ap.. apa awak buat ni?" Soalku tergagap-gagap, Tengku Darren ukir senyuman nakalnya membuatkan bulu roma aku menegak. Air liur ditelan kesat apabila jari jemarinya bermain diwajah aku, dari hidung kemudian perlahan-lahan turun ke bibir mungil aku

"Pukul la abang lagi" Ujarnya, ingin mencabar aku.

Aku membuat muka kesian, bibir dijuih sambil mata dikelip-kelip berkali-kali. Ingin meminta simpati sang suami untuk bangun dari menindih tubuh aku, apa dia ingat aku ni bantal guling ke nak tindih-tindih?

Badan dah lah sado!

Kalau aku berada dibelakang dia, memang ghaib terus badan aku. Dah lah aku ni pendek!

"Kenapa buat bibir macam tu? Nak minta kena cium ke?" Usiknya sambil tersengih nakal, cepat-cepat aku menutup mulut aku menggunakan sebelah tangan. Manakala sebelah tangan lagi sedia menahan dada bidang lelaki itu

"Jangan gatal boleh tak?" Marahku, sempat dia ketawa sebelum dia menyembamkan wajahnya di leher aku yang berlapikkan dengan tudung

Air liur ditelan kesat

"Aw.. awak" Suaraku tersekat celah liur, semakin menegak bulu roma aku apabila hembusan nafasnya terkena pada leher aku.

"I love you" Ujarnya, Tengku Darren masih lagi menyembamkan wajahnya. Aku ukir senyuman dalam diam, walhal hati aku dah berbunga-bunga. Betapa indahnya bila kita berada ditangan yang tepat, terima kasih ya Allah kerana Engkau hadirkan seorang lelaki yang begitu tulus mencintai aku

"Hampir setiap hari awak cakap macam tu" Kata aku sambil tersenyum

Tengku Darren angkat wajah, mata kami bertembung beberapa saat sebelum aku mengalihkan pandangan. Tak mampu untuk bertatapan mata dengan Tengku Darren. "Mestilah, itu tandanya abang sangat cintakan Maya tau" Bisiknya dengan nada romantis

Dapat aku lihat kesungguhan lelaki itu, melalui anak matanya yang indah itu pun aku tahu bahawa dia tak maim-main dengan apa yang dia cakap tadi. Serta merta aku mengukir senyuman

"Thank you for all the special things you do, i love you.." Meleret suara aku berkata membuatkan semakin lebar sengihan Tengku Darren, dia memeluk aku erat

"I love you more, wifey."

Aku memutarkan mata keatas, sengaja ingin menyakat dia. "Kenapa? Muka abang ni.. muka yang tak boleh dipercayai ke?" Soalnya sambil menunding jari kedada sendiri, laju aku mengangguk

"Muka ni.. muka orang yang nak terkam saya tadi" Ujarku membuatkan tawa besar Tengku Darren terhambur

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 17/02/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤On viuen les histories. Descobreix ara