Bab 10

116 11 10
                                    

"ROMLAH? oi Romlah?" Aku bersembunyi di sebalik pagar. Kepalaku angkat sedikit mengintip si Romlah.

Ha itu dia, merata dia cari aku. Aku yakin kau tak akan dapat jumpa tempat persembunyian aku. Aku sengih-sengih sendirian.

Aku mengundur sedikit demi sedikit dalam situasi bertinggung. Mahu sorok di kawasan lain pula apabila aku dapati Romlah semakin dekat dengan aku. Haisy, sudah dekat pun masih tak nampak aku ke Romlah oi? Romlah Romlah...

Senyap-senyap aku keluar dari situ dan...

Mbek...

Terperanjat aku si Romlah tiba-tiba muncul depan muka. Tak sempat nak bangkit lari dari situ, telah dicekup awal-awal.

"Kau ni Romlah! Kus semangat aku. Aku tahulah kau ni cantik hitam manis. Tapi, janganlah suka terkejutkan aku macam tu lagi. Lama-lama aku boleh mati terkena serangan jantung tau!" Aku mengambil Romlah membawa ke dalam pangkuanku seiring dengan mulutku mengomel.

Mbek...

"Hah, melawan melawan! Cakap sikit nak sentap. Semua nak sentap! Kememeh betullah dia ni." Aku menggomol-gomol si Romlah sampaikan dia naik jelak dengan aku.

Sejak berhenti kerja dan selepas aku lari dari dewan majlis beberapa hari lalu aku terus balik ke kampung menetap di sini terus. Sejak itu juga, si Romlah inilah tempat aku mengadu nasibku yang dirundung malang. Emak dan Diniy tak tahu masalah yang aku alami di pejabat dengan dato'. Aku tukar nombor baru dan nombor lama tu aku buang.

Aku kasihan dekat Aiyana dan Kak Eton ronggeng yang tak dapat hubungiku. Bukan apa, aku tak nak mereka menjejaki aku lagi. Malu yang menyelubungi diri aku atas perbuatan bodoh aku, masih menempel di dinding perasaanku sampai sekarang.

"Romlah, mesti seronok jadi kau kan? Tak payah nak fikir masalah yang mendatang. Hm, kalau kau kambing yang bijak cuba kau bagi cadangan dekat aku, awek cun macam aku ni layak jadi apa?" Boleh pula aku bertanya soalan tak masuk dek akal dekat si Romlah. Bukannya dia faham pun.

Mbek...

Amboi, pandai kau menjawab eh? Walaupun hanya bunyi ngembek, aku seakan faham dia nak aku jadi apa.

"Kau nak aku jadi taik kambing? Banyak hudoh muka kau nak aku jadi taik kambing. Tak naklah aku! Busuk! Bagilah cadangan yang bernas sikit. Sekurang-kurangnya jadi ratu cantik. Barulah gempak!"

Mbek... mbek...

Aku cebir bibir dengan ngembek si Romlah seolah-olah terdengar suara dia berkata, 'buat apa jadi ratu cantik, kalau raja kacak pun tak ingin pandang. Daripada jadi ratu cantik yang selalu hati dilukai, baik jadi tarzan. Hidup bebas berkawan dengan binatang dalam hutan. Jiwa pun tenang...'

"Hek eleh kau ni, Romlah... berani ek kau pertikaikan angan-angan aku nak jadi ratu cantik. Aku sembelih jadikan lauk kari kambing baru kau tahu! Tapi... ada betul jugak cakap kau. Aku jadi cantik pun dato' tak pandang. Hm baik aku jadi tarzan. Tak payah nak fikir sakit hati lagi diri tak dihargai sebab aku percaya haiwan semacam kau lebih ikhlas sayangkan aku dan hargai aku berbanding dengan manusia yang ada akal tapi tak boleh pakai! Hailah dato' singa... jampi apa yang kau tiup dekat aku hah? Sampai sekarang ni pun, mulut aku ni fikiran aku asyik nampak kau je hmpf!" Dalam pada tengah memikirkan dato' singa, entah macam mana tiba-tiba aku ternampak dato' dari jauh berjalan ke arahku sambil melambai tangan.

DATO' LAITH QAISER : JEJAKA IDAMAN(EBOOK JUN 2023) Where stories live. Discover now