BAB 5

51 10 7
                                    

SAYA nak berterima kasih pada korang semua sebab... projek kita yang dekat Tambun tu dah berjaya disiapkan seratus peratus, hanya menunggu masa untuk dirasmikan pembukaannya...” Dato’ Laith berjeda.

       “Tanpa korang my best team especially Kak Eton kita yang tak jemu memberi komitmen untuk memastikan projek residence luxury house di Tambun berjalan mengikut jadual dan jugak masa yang ditetapkan. Tanpa kerjasama yang yang begitu padu dari kita semua, mungkin projek kita takkan berhasil siap secepat ni. Come on, appreciate untuk diri sendiri.” Ucapan Dato’ Laith bersama senyumannya benar-benar mengejutkan kami dalam ruangan mesyuarat itu.

        Lain yang kami jangka, lain pula yang jadi. Tadi beria tunjuk muka bengis dia depan kami. Sekali yang keluar dari mulut ungkapan terima kasih? Fuh, hebat! Kami berpandangan sesama sendiri dengan muka sangsi. 
   
       “Ha, apa hal semua diam? Nampak hantu? Ke ada yang tercekik biji durian? Dah takde mulut nak jawab?” Mendengar suara keras dato’, barulah semua bagi respons dengan menepuk tangan bagi meraikan kejayaan masing-masing.

      Aku yang tengah seronok bertepuk tangan, terasa tangan disenggol kuat. Aku menoleh ke sisi kanan. Ish, orang tengah asyik melayan cinta hati tersenyum kambing tu, Aiyana pula yang mengacau. Kacau daun betul minah mengkudu masak ni!

       “Daliya? Kau tak rasa pelik ke dengan pe'el dato’ tu? Tiba-tiba je buat perjumpaan, pagi-pagi buta pulak semata-mata nak ucap terima kasih sebab projek tu je? Sebelum ni, takde pulak dia nak raikan kita sebagai staf dia kalau berjaya dalam apa-apa projek. Macam ada something je.” Aiyana pula terlebih berfikir. Bukan kata dia, aku pun rasa pelik. Walaupun rasa pelik, aku suka tengok dato’ yang sekarang. Mungkin Allah dah turunkan hidayah dekat dia kut. Itu yang senyum je memanjang.
  
       “Apa yang nak dihairankan? Memang tulah sikap dato’ dari dulu. Mood on off. Kita je yang kena siap-siaga dengan perangai singa dia tu.” Ada pula Kak Eton ronggeng nak tumpang sekaki si minah senget ni mengumpat bos, buah hati pengarang jantung aku tu.
  
       “Apalah korang ni. Sepatutnya kita bersyukur dan happy sebab dia dah berubah. Bukannya fikir buruk pasal dia, tsk!” Aku menyailang kata-kata Kak Eton ronggeng dengan si minah senget bff~ku.

     “Nak jugak back up kekasih dalam mimpi dia tu.” Aiyana mencucuk pinggangku buat aku geli sampai tersenget tubuh. Aku membalas cucuk pinggang dia balik.

       Kali ni dia pula terlari-lari elak tubuh dicuit aku sehingga terhimpit Kak Eton ronggeng dan tertolak wanita di sebelahnya sampai jatuh bertindih dek terlanggar staf sederet. Sudah rupa gerabak keretapi yang terlanggar antara satu sama lain.

       Eh eh alahai, gelak kuda aku terkeluar dek tidak dapat ditahan melihatkan situasi itu.

       “Daliya Clemira! Hormat meeting ni, please!”

        Terlorot tubuhku jatuh ke bawah kerusi akibat terkejut disergah. Uish, kus semangat. Nasib baik aku tak melatah. Cuma bontot mungilku ini yang terasa sengal-sengal sebab terhentak atas lantai tadi.

      Semua mata tertumpu pada aku. Hilai tawaku termati. Wajah berapi Dato’ Laith menjadi jamuan mata kini.

       “Daliya, jumpa aku di bilik. Ada tugas untuk kau. Jangan sibuk nak ketawakan orang je. Bangun!” Aku bangun dengan perlahan bila dimarahi dato’ di hadapan staf. Menci tau! Tadi elok je senyum seringai kambing dia tu. Tiba-tiba bertukar jadi drakula bertaring rimau. Tak suka! Aku bersungut sambil menjeling Aiyana di sisi.
   
      Aiyana tersengih-sengih diikuti Kak Eton ronggeng juga yang lain. Kurang asam katak betul dorang ketawakan aku dalam diam. 

DATO' LAITH QAISER : JEJAKA IDAMAN(EBOOK JUN 2023) Where stories live. Discover now