BAB 3

43 13 11
                                    

     AKU catit semua perkara yang dibincangkan antara Dato’ Laith dengan beberapa orang kliennya. Dewan resort yang ditempah khas untuk pasukan kami menjadi saksi perbincangan itu.

Walaupun aku begini, aku tak pernah mencampur adukkan urusan kerja dengan hal peribadi.  Demi melaksanakan tugas, aku terpaksa buang perasaan geli dengan kata-kata dato’ yang mahu cium atau meniduriku semalam walaupun sejujurnya rasa itu masih bersisa.

Aku tahu lelaki itu sekadar mahu mengancam kerana marah aku menjadi punca dia ditinggalkan perempuan jelmaan beruk utan tu.

      Sesudah perbincangan tentang projek membangunkan masjid, surau, tandas, kedai makanan dan tempat rehat serta membina satu pusat pertukaran ke destinasi-destinasi tertentu, mereka menjamu selera di restoran yang tersedia di dalam resort.  Ini sudah pun dirancangan Dato’ Laith sebelum datang ke Berjaya Langkawi Resort ini.

      Meledak kawah api kemarahanku sebaik mendapat tahu perempuan yang bersama dengan Dato’ Laith semalam turut dijemput untuk memperagakan pakaian.

Aku yakin pakaian itu mesti yang menggoda atau menjolok mata kerana itulah selera dan cita rasanya dalam berpakaian perempuan itu.

Aku berdecit bila dengan selamba dia menyapa bidadara jiwa ragaku itu menggunakan lenggok manjanya. Oh shit! Aku tak boleh biarkan mereka mencetuskan aksi semanis kurma di sini apatah lagi depanku.

      Memanglah gred pelajaran aku di sekolah tahap 11... namun begitu, otakku masih belum beku lagi untuk mengatur strategi demi mengenakan si beruk utan tu.

      Langkah aku atur menghampiri wanita itu apabila mendapati Dato’ Laith masih melayani  kliennya berborak sebelum mereka berpisah. Senyuman plastik aku pamerkan buat si beruk utan itu. Sekarang kami hanya berdua jadi  mudah aku melaksanakan agendaku itu.

      “Hey, you.” Aku menegur terlebih dulu.

       Dia pandang aku semacam hingga berkerut-kerut muka. Apa yang tak kenanya  sampai macam tu sekali dia tengok aku?
   
       “Hey, I remamber you... you perempuan scary yang ganggu privasi i dengan dato’ semalam tu, kan?”

       Scary? Aku ketawa mengejek. Siapa yang lebih scary sebenarnya? Dia tak sedar ke yang aku ni lagi rasa scary bila nampak muka dia.  Sebijik macam kembar beruk mak yeh dekat kampung mak aku tu?

Tahap puaka mulut si beruk utan ni sama tinggi dengan kelakuan tak semengahnya. Cuba dia pergi berjemur dekat pantai, semua buaya-buaya darat scary tengok dia punya make up tebal berinci-inci. Sekali kikis ha boleh buat rumah batu.

       Hmph, kau cakap aku ni scary ya? Kau tunggu, akak scary ni nak buat apa dengan kau. Aku masih kekalkan senyuman menawan demi menarik perhatian perempuan jelmaan beruk utan di depan aku ni.

        “Terlanjur you dah ingat, I nak mintak maaf pasal semalam. I bukan saja-saja nak ganggu privasi you dengan dato’ tu. I buat semua tu sebab i nak selamatkan perhubungan korang. I bukan apa, i tak nak la you tertipu dengan helah dato’ tu. Bukan mudah tau nak tawan hati Dato’ Laith. Dah ramai yang gagal goda Dato’ Laith tau. Sungguh, I tak tipu!”

DATO' LAITH QAISER : JEJAKA IDAMAN(EBOOK JUN 2023) Место, где живут истории. Откройте их для себя