BAB 6

51 11 10
                                    

HOI, bangun! Hoi hoi bangun!” Terperanjat aku yang tengah mimpi menuju ke gerbang perkahwinan bila terasa bahuku ditepuk kuat.

      Terimpulsif aku angkat kepala sambil memisat mata dek pedih kerana terjaga mengejut. Tampang serius Dato’ Laith menjadi sajian mataku saat ini. Ish, dia ni buat terkejut aku jelah!

       “Bangun, ikut aku!” Aik, tadi dia denda aku suruh tulis surat minta maaf seratus helai kertas atas kes kerjakan sepupu dia si tenuk tu sampai terlena aku di meja kerja ruang bilik dato’ ni.

       Ikutkan hati taknya aku mahu menulis surat berjela semata-mata perkataan maaf je tu. Disebabkan dato’ memberi peringatan tegas mahu pecat aku, maka aku terpaksa patuhi perintahnya demi tidak mahu ditendang keluar dari sini. Siapa tak sayang pak cik singa tu hoi! Susah payah aku capai ke tahap ni, tiba-tiba kena buang. Pergh, musnah duniaku. Tak sanggup sey!

       Tup tup sekarang, minta aku ikut dia pula? Dengan hidangkan muka mencuka masam macam katak puru tu. Elok sangatlah tu! Eh, memang elok pun. Itu puncanya aku terpikat melekat dengan dato’ sehingga sekarang, uh!

        “Oi makcik miang! Cepatlah! Termenung apa lagi? Nak aku tambah lagi denda kau? Atau kau nak aku pe...” Tidak berketentuan aku jadinya saat mendengar ayat hujung. Lekas aku bangun dan pekup mulut lelaki itu biar dia tak habiskan ayat hujungnya. Aku tak nak dengar ayat pe... cat tu lagi! No way!

        “Okey okey dato’. I ikut sekarang.” Dato’ Laith tolak tanganku yang masih menempel di mulutnya dengan tangannya. Dia mendenguskan aku. Eleh, nak tunjuk garanglah tu. Dia tak tahu, lagi dia garang lagi aku suka. Ini Daliya la!

        “Pergh tangan busuk, bau taik! Kau berak tak cebok ke minah kangkung? Cis, bakteria habis mulut aku!” Bukan main lagi dia tenyeh mulut dia laju-laju.

        Eleh, padahal dia nak cakap wangi. Malulah tu nak ngaku tangan bidadari cintamu ni wangi bak bunga harum sundal malam tu. Aku senyum-senyum sendiri.

         “Selama i hidup belum pernah lagi i bau taik yang wangi. Taik dato’ pun busuk tau. Silap-silap lagi busuk dari i. Ish, dato’ ni nak berseloroh pun beragaklah. I wangi tau hm... atau dato’ ni... malu la tu dah terjatuh hati bau wangi i ni, kan? Kan? Kan?” Aku meliuk lentokkan tubuhku sudah gaya obor-obor di laut saja. Siap menolak bahunya aksi malu-malu kerbau.

          Dato’ Laith bertekuk tangan ke tubuh sendiri. Dia membayar kelakuan gedikku dengan mendekatiku lalu mencapai tanganku. Aku melengak merenung lelaki tinggi segalah di depanku ini mencari sinar harapan bahawa dato’ akan membalas cintaku. Yeah, inilah saatnya.

         Makin tinggi di paras dada tanganku dipegangnya dan...

          Pap!

         Tubuhku terundur ke belakang ditempek tangan sendiri tepat atas tengah hidungku. Pergh! Bau belacan kuat oi! Ni mesti kes pagi tadi aku tersalah bawa belacan yang ku sangka biskut tiger dalam ruang gelita di dapurku itu ke tempat kerja. Aku sendiri nak termuntah apa lagi si bidadara cintaku tu. Patut dia cakap bau jamban. Mak aih malu woi!

         “Macam mana? Bau bunga harum sundal malam kau tu ke atau... bau... jamban?” Dia menunjal dahiku dengan hujung jarinya agar menjauh darinya dan berlalu ke pintu. 

           Ceh, aku ingatkan dia nak lafazkan kalimah cinta padaku. Baru nak bayangkan corak filem Ali Setan, kisah cinta Ali dan Asmidar tu. Lain pula jadinya. Sudah bertukar watak Tom and Jerry. Pantang bersua ada saja yang tak puas hati, uh!   Aku merengis-rengis sendiri masih tidak bergerak dari tempat aku berdiri tadi.

DATO' LAITH QAISER : JEJAKA IDAMAN(EBOOK JUN 2023) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz