Sepanjang sebulan itu juga lah dia merindukan Aish namun disebabkan dia yang mementingkan diri itu, telah membuat luka pada hati isterinya dan dia sendiri.

"Mari lah kita makan. Zharil belum makan kan?" Ajak umi yang sudah bangun dari duduknya diikuti suaminya.

"Jom sayang." Lembut sahaja nada suara Zharil masuk ke dalam telinga Aish. Dia mengangkat pandangannya memandang Zharil yang sedang berdiri menunggunya untuk bangun.

"Takpe, saya dah kenyang." Balas Aish selamba.

"Apanya yang kenyang? Kamu tu tak makan lagi dari pagi tadi. Meh makan nanti masuk angin perut tu." Sempat lagi umi membocorkan rahsianya sebelum meninggalkan mereka berdua. Why umi? Why?!

Benar kata umi, dia belum makan dari pagi lagi. Dia sangat lapar. Tapi seleranya hilang begitu sahaja melihat wajah Zharil. Perlukah Zharil datang ke kampungnya dan berpura-pura mengambil berat tentangnya kalau niat sebenar hanya semata-mata mahu menjaga nama baiknya. Tak perlu risau Zharil, dia bukan perempuan yang suka membuka aib suami sendiri.

Zharil masih setia berdiri di hadapan Aish menunggu Aish untuk bangun.

"Takpe, Dr pergi je lah makan. Saya tak lapar." Tipunya lagi. Dia bangun dari duduknya dan melangkah ke arah bilik namun pergerakannya terhenti apabila Zharil pantas memaut lengannya.

"Sayang, please... kita makan okay? Sayang belum makan lagi kan, nanti sakit macam mana?" Dapat dia rasakan sebesar mana kemarahan Aish pada dirinya apabila mendengar Aish menukar nama panggilan antara mereka. Ya, dia memang layak dilayan seperti ini. Dia tidak marah sekiranya Aish tidak melayannya dengan layanan yang baik kerana dia juga berbuat sedemikian sebelum ini.

Aish melepaskan pegangan Zharil pada lengannya. Dia membalas pandangan sayu Zharil dengan pandangan yang serius tanpa perasaan. "Ni perut saya. Suka hati saya lah nak sakit ke tak. Yang penting, saya tak akan susahkan Dr." Dengan suara yang perlahan dia membalas, tidak mahu umi dan ayah terdengar. Lantas, dia meneruskan langkahnya masuk ke dalam bilik.

Dia menutup pintu itu lalu melabuhkan punggungnya pada katil. Air mata yang dia tahan sejak dia melihat wajah Zharil itu dengan lajunya mengalir bagai tiada hari esok. "Sakitnya Ya Allah... kenapa diwaktu aku sedang lemah begini kau hadirkan dia di depan mataku? Hati aku sudah cukup terluka untuk menerima luka yang baru."

~~~~~~~~~~~

Pintu wad private itu dibuka dari luar. Marissa melihat orang yang melangkah masuk ke dalam biliknya. Dengan air mata yang mengalir perlahan, dia pandang lelaki yang kini berdiri di sebelah katilnya. Aiman memandangnya kosong. Tatkala melihat wajah lelaki itu, hatinya terasa sangat sakit. Sakit yang teramat. Kalau dia tahu hidupnya akan musnah apabila mengenali lelaki ini, dia pasti tidak akan membuat kerja bodoh untuk masuk ke kandang harimau.

"Sebelum tu, aku nak berterima kasih dengan kau. Pandai juga kau berlakon kan. Disebabkan lakonan yang kononnya kau pengsan tu, aku dapat tangkap gambar mesra korang berdua." Ujar Aiman bangga. Senang hatinya apabila dapat menangkap gambar mesra Zharil dan Marissa.

Marissa hanya diam memandang selimut dan memegang perutnya. Benar, semua itu hanyalah lakonan supaya Aish percaya yang Zharil ada hubungan dengannya. Semua itu dia lakonkan atas arahan Aiman yang mengambil kesempatan ke atasnya kerana wajahnya yang mempunyai kesan lebam dan bengkak.

"Kenapa kau diam?" Tanya Aiman kasar. Dia sangat pantang kalau orang tidak bersuara dan tidak menyokongnya.

"I'm pregnant Aiman." Pelan sahaja suaranya. Dia menundukkan kepalanya tidak mahu memandang wajah lelaki itu. Dia takut.

"Good then, kau cakap lah anak kat dalam perut tu anak Zharil. Pandai juga kau ni Marissa. Lagi cepat lah aku boleh dapat hak aku semula." Aiman menepuk tangannya berkali-kali kerana peluang untuk dia dapatkan Aish sangat besar.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now