C26

13.6K 491 36
                                    

Hye! Rindu ke tu? Anyway, sengaja saya awalkan update chapter bru. Awalnya nak update pada 7/11. So enjoy😚😚

************************************

Dato Halim dan Marissa memasuki suite room hotel 5 bintang pada malam itu. Marissa langsung tidak tahu tujuan Dato Halim membawanya ke situ namun, dia hanya mengikut arahan Dato Halim yang menyuruhnya tunggu di bilik itu sementara Dato Halim keluar mengambil barang di lobby.

Marissa berjalan memerhatikan setiap sudut bilik suite itu sendiri. Tidak lama begitu, pintu bilik dibuka dari luar. Sangkanya, Dato Halim namun hampah. Terserlah seorang lelaki yang sudah berumur masuk ke dalam bilik itu. Lelaki itu langsung Marissa tidak kenal.

Dia melangkah mendekati Marissa. Dia menggenggam dan menarik lengan Marissa ke atas katil bersaiz king itu. Marissa yang tidak sempat bertindak itu terus terjatuh ke atas katil. Dia ketakutan. Dia menjerit memanggil meminta pertolongan dan mengharapkan kedatangan Dato Halim namun harapannya punah apabila mulutnya ditekup kuat oleh lelaki tadi.

"Diam, atau aku bunuh kau." Ugutan itu dapat mendiamkan Marissa yang sedang meracau.

"You siapa Hah?!" Marahnya.

"You tak perlu tau. Yang penting sekarang, Dato Halim dah jual you dekat I."

Marissa bingung. Jual? Dato Halim menjualnya. "Kenapa Dato jual I? You nak apa dari I?" Dia cuba mengelak tangan lelaki itu daripada menyentuh wajahnya.

"Macam I cakap, you tak perlu tahu apa-apa." Lelaki itu mengunci tangan Marissa dan mendekatkan wajahnya ke leher putih Marissa.

"Lepas lah!" Jerit Marissa sambil kakinya menendang kuat lelaki itu. Tersungkur ke lantai lelaki tadi dan terbatuk beberapa kali. Marissa bangun dari baringannya dan berlari ke arah pintu. Belum sempat kunci itu dia buka, rambutnya sudah digenggam kuat oleh lelaki tadi sebelum ditarik kasar dari belakang sehingga terasa rambutnya mahu tercabut . Dia cuba memukul tangan lelaki itu berkali-kali meminta dilepaskan tapi hanya sia-sia.

Lelaki itu mengheret Marissa ke katil semula dengan penuh paksaan. Lalu dicampaknya Marissa ke atas katil dengan kuat. Pergelutan antara mereka berdua berlaku. Marissa cuba melawan lelaki itu, malangnya tangan lelaki itu lebih pantas mencengkam lehernya.

"Lepas!" Jerit Marissa yang sudah hampir hilang nafas. Dia menendang lelaki itu sekali lagi di bahagian perutnya hingga membuatkan lelaki itu terhempas jatuh ke atas lantai. Marissa cuba mencari nafasnya dalam keadaan masih terbaring tidak bermaya. Tanpa dia sedar lelaki itu sudah berada di atasnya.

"Pelacur tak sedar diri!" Lelaki tadi melepaskan beberapa tumbukan pada pipi kiri Marissa dan pipi kanannya. Dapat Marissa rasakan cecair pekat mengalir dari hujung bibirnya. Kepalanya semakin pening, begitu juga pipinya yang terasa pedih. Lehernya menjadi sasaran kedua buat lelaki itu. Dia mencengkam leher Marissa sekali lagi sehingga Marissa rasa seakan mahu mati disaat itu juga namun, dia cuba untuk mencapai kasut tingginya lalu memukul lelaki itu dengan tumit kasut tingginya.

Akhirnya dia berjaya melepaskan cengkaman lelaki itu apabila lelaki tua itu pengsan dengan kepalanya berlumuran darah. Ini adalah peluang untuk dia cabut lari dari lelaki itu. Dia tidak sangka yang Dato Halim akan menjualnya. Tidak mahu membuang masa, dia terus mengambil barangnya dan keluar dari tempat itu.

~~~~~~~~~~~

Cahaya matahari yang mencuri masuk telah mengganggu Aish yang sedang dibuai mimpi. Mata digosoknya perlahan. Tingkap rumah yang menghadap belakang rumah dibuka luas. Deruan angin segar dan cahaya matahari tadi dibiarkan bebas masuk ke dalam.

Dr. Zharil DarrizWhere stories live. Discover now