S2 [34] Cemburu Berakhir Fatal

Start from the beginning
                                    

~°~

Harris dan Hud akhirnya sampai di lokasi yang diberi oleh Sara. Gedung itu itu dipandang oleh Harris dan Hud. Mereka berdua pun terus keluar dari perut kereta lalu masuk ke dalam gedung.

Mereka pun sampai di ruangan di mana Sara dan Mia berada. Hud dan Harris melihat ke arah Mia yang sedang di ikat di kerusi. Hud cuba untuk pergi je arah Mia namun Harris menghalang kerana terlihat pisau yang berada di tangan kanan Sara.

"You kata you nak jumpa I, kenapa dia ada?" Tanya Sara sambil melihat ke arah Hud.

"Sayang letakkan pisau tu dulu, Harris nak cakap ni." Kata Harris. Sara melihat ke arah pisau yang dipegangnya.

"Kenapa nak letak?" Tanya Sara. Hud masih focus melihat ke arah Mia saja.

"Hud.." Panggil Mia pelan. Entah kenapa Mia merasa sangat lemah sekali. Hud menahan dirinya untuk tidak pergi ke arah Mia.

"Sayang.. I nak bincang dengan you tentang wedding kita ni." Kata Harris sambil tersenyum manis. Sara bagaikan terpukau dengan kata-kata Harris. Sara tersenyum lalu meletakkan pisau itu di atas kerusi yang berada di hadapan Mia.

Sara terus pergi ke arah Harris namun di pertengahan jalan tiba-tiba terdengar jelas siren polis. Mata Sara terus membulat.

"You call polis ke?!" Jerit Sara. Langkah terus mati.

"Berani you!" Sara pun terus melihat ke arah pisau yang berada di tas kerusi hadapan Mia. Hud dan Harris terus berlari ke arah Sara dan Mia. Belum sempat Sara menikam perut Mia tiba-tiba tangannya ditepis oleh lelaki yang berpakaian serbah hitam itu.

"You dah kenapa?!!" Jerit Sara sekuat hati. Hud terus mendapatkan Mia lalu memeluk erat tubuh Mia. Ternyata Mia sudah pengsan. Harris pun terus memegang kedua tangan Sara dengan kuat.

"Lepas!" Jerit Sara. Kelihatan polis sudah masuk ke dalam gudang bersama senjata di tangan masing-masing.

Tidak di duga lelaki yang berpakaian serbah hitam itu terus menikam belakang Hud. Harris sungguh terkejut.

"Ahh.." Hud merasa sakit yang teramat di bahagian belakangnya. Lelaki berpakaian serbah hitam itu terus berlari ke belakang namun langkahnya terhenti saat satu tembakan mengena tepat di kakinya. Hud meletakkan kepalanya di peha Mia. Dia memang wajah Mia yang maish belum sedarkan diri.

Harris terus menolak tubuh Sara ketepi lalu memegang bahu Hud. Pandangan Hud tiba-tiba berubah jadi kabur dan akhirnya gelap.

~°~

Puan Shila terkejut saat terdengar handphone Tok Aki yang berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

Saat di lihat, tertera nama Harris di screen handphone Tok Aki. Puan Shila terus menyambut panggil itu.

"Assalamualaikum Tok." Kedengaran suara Harris di hujung talian.

"Waalaikumsalam Harris." Jawab Puan Shila laju.

"Siapa yang call?" Tanya Puan Sofia. Dia terus berlari ke arah Puan Shila.

"Mana Hud dengan dengan Mia?" Tanya Puan Shila laju

"Hud dan Mia ada dalam wad kecemasan sekarang.." Kata Harris.

"Ya Allah." Puan Sofia terus menangis teresak-esak.

"Aunty datanglah sini, nanti Harris bagi location." Kata Harris sebelum mematikan talian. Puan shil juga menangis teresak-esak.

"Macam mana dengan Hud dan Mia?" Tanya Tok Aki dengan wajah cemas.

"Ada dalam wad kecemasan sekarang." Kata Puan Shila.

"Abang jom pergi hospital." Kata Puan Sofia pada Encik Ilham. Encik Ilham pun terus mengambil kunci keretanya lalu mereka bertiga terus turun ke bawah.

"Abah tolong tengokkan Wallif yaa." Kata Puan Shila pada Tok Aki.

"Jangan pandu laju-laju bahaya." Pesan Tok Aki.

"Yaa abah." Kata Encik Ilham.

Encik Ilham, Puan Sofia dan Puan Shila pun terus masuk ke dalam perut kereta.

Tok Aki melihat ke arah kereta Encik Ilham sehinggalah kereta itu keliar dari perkarangan rumahnya.

Tib-tiba Wallif menggoyangkan tangan kiri Tok Aki.

"Mana Mama dengan Baba?" Tanya Wallif. Tok Aki terus melihat ke arah Wallif yang sedang berdiri di sisinya sambil memeluk patung doraemon.

"Ada dekat luar.." Jawab Tok Aki. Wallif terus melihat ke arah perkarangan rumah. Langit sudah semakin gelap.

"Masuklah, oyang nak tutup pintu." Kata Tok Aki. Wallif pun terus pergi ke ruang tamu. Tok Aki terus menutup pintu utama dan jendela rumah.

'Ya Allah, selamatkanlah cucuku..' Doa Tok Aki dalam hati.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now