S2 [26] Kalau Dah Jodoh

Start from the beginning
                                    

"Kenapa tak ngantuk?" Tanya Hud.

"Tak tau.." Jawab Mia. Hud tersenyum.

"Hud nak tanya boleh?" Hud memegang tangan kanan Mia lalu meletakkan tangan Mia di pipinya.

"Tanyalah." Kata Mia.

"Apa yang jadi dekat Hud lepas Hud jatuh dari bukit dulu?" Tanya Hud inginkan kepastian.

"Lepas Hud jatuh dari bukit dulu, Hud koma selama sebulan. Waktu tu Mia sedih sangat sebab Mia tak nak kehilangan Hud. Mia happy lepas tau yang Hud dah sedarkan diri. Tapi waktu Mia dengan mummy jenguk Hud, Hud dah tak ingat Mia. Hud cuma diam, Hud tak cakap apa-apa pun dengan Mia." Jawab Mia panjang lebar. Hud hanya mendiamkan diri.

"Waktu Mia tanya mummy kenapa Hud berubah, mummy kata Hud sakit. Mia fikir mungkin lepas dah sembuh Hud akan ingat Mia lagi." Mia meneruskan ceritanya. Hud masih focus mendengar.

"Mia berharap sangat Hud ingat Mia lagi. Tapi tiba-tiba Hud, mama dengan papa pindah ke luar negara. Tok Aki kata sebab nak rawat Hud dekat sana. Mia tak sempat pun jumpa Hud. Akhirnya Hud membesar dan sekolah dekat sana. Mia rindu Hud sangat-sangat." Mia meneruskan ceritanya. Hud mengusap tangan Mia yang berada di pipinya. Hud tiba-tiba rasa sedih mendengar cerita Mia.

"Waktu mama dan papa dah balik KL, Mia fikir Hud ada. Rupanya Hud tak ikut sekali sebab Hud sambung belajar dekat luar negara. Mia nak sangat jumpa Hud waktu tu sebab Mia dah tunggu Hud lama. Mia sedih sebab Mia rasa Hud betul-betul dah lupakan Mia." Kata Mia. Hud masih mendiamkan diri kerana focus dengar Mia bercerita.

"Tapi tiba-tiba papa datang rumah jumpa mummy dengan Mia dan cakap yang papa nak jodohkan Hud dengan Mia. Mia terkejut sangat waktu tu. Papa kata Hud selalu cerita dekat dia yang Hud selalu mimpikan budak perempuan. Papa tau budak perempuan yang selalu ada dalam mimpi Hud tu Mia, itulah sebabnya papa nak jodohkan kita." Kata Mia. Hud tersenyum menampakkan gigi arnabnya. Dia ingat lagi, dulu dia selalu mimpi budak perempuan.

"Dulu papa kata waktu Hud tidur, papa selalu dengar Hud sebut nama Mia. Waktu tu Mia masih tak percaya sebab Hud kan dah lupakan Mia. Tapi lepas kita dah kahwin, Mia selalu dengar Hud sebut nama Mia waktu Hud tidur. Jadi betul lah kata papa dulu." Kata Mia.

"Kenapa sayang tak pernah cerita dekat Hud sebelum ni?" Tanya Hud. Dia tidak sedar yang dia ada menyebut nama Mia saat dia tidur.

"Sebab Hud tak tanya." Kata Mia. Hud tergelak kecil. Namun kini dia sudah dapat mengingati sedikit kenangan bersama Mia.

"Lagi?"

"Lagi apa?" Tanya Mia.

"Cerita lah lagi." Kata Hud. Dia suka bila dengar Mia bercerita.

"First Mia jumpa dengan Hud, Mia nervous sangat. Mia macam tak percaya yang Mia akan jumpa Hud dan akan kahwin dengan Hud." Kata Mia. Hud masih ingat pertemuan pertama mereka dulu.

"Mia sengaja buat rambut tocang ikat tepi sebab Mia nak Hud ingat dengan Mia." Mia tergelak kecil apabila teringat kelakuannya dulu.

"Patutlah." Hud juga tergelak.

"Mia buat banyak benda untuk buatkan Hud ingat Mia. Tapi Hud tetap tak tunjukkan apa-apa riaksi pun yang Hud ingat dengan Mia." Kata Mia lagi.

"Hud minta maaf sebab tak dapat ingat Mia." Kata Hud. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa bersalah.

"Hud tak salah pun.. Haritu Hud cakap yang Hud ada ingat kenangan kita kan, waktu tu Mia happy sangat." Kata Mia. Kalau Hud tak tanya semua ni pasti dia tidak pernah tahu apa yang Mia rasakan selama ini.

"Terima kasih sebab tunggu Hud." Kata Hud lalu memeluk Mia. Kini kepala Mia berada di dada Hud.

"Hud dah janji nak kahwin dengan Mia kan." Kata Mia, Hud tersenyum.

"Hud sayang Mia sangat-sangat." Kata Hud lalu mencium dahi Mia lama.

"Mia sayang Hud sangat-sangat." Mia membalas pelukan Hud.

"Tapi.." Mia tidak meneruskan kata-katanya.

"Tapi apa?" Tanya Hud.

"Walaupun Hud tak ingat Mia, Hud tetap tak berubah. Hud tetap sama macam Hud yang Mia kenal dulu. Hud takut tinggi dan Hud tak suka haiwan. Dulu Mia fikir Hud dah berubah, tapi rupanya tak. Sampailah sekarang." Kata Mia, dia tergelak kecil.

"Hud dah berubah lah." Kata Hud kerana tak nak dipandang lemah oleh Mia. Mia hanya tergelak.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now