1 - Perkenalan Kes (edit)

133 5 4
                                    

LEO melangkah laju memasuki lorong malap bersebelahan dengan hotel tempat dia menginap. Sesekali kepalanya ditolehkan ke belakang. Terasa seperti diri diekori seseorang, namun apabila berpaling tiada sesiapa di situ. Hanya suara tapak kasut dan roda bagasinya saja yang memenuhi lorong itu.

Dia tak boleh berdiam diri lagi jika diteruskan begini. Dia tahu bahaya semakin menghampiri. Dia perlu pergi dari situ segera dan meminta bantuan secepat mungkin!

Sudah dua orang korban yang ditemui mati dan Leo cukup kenal dengan kedua-dua mangsa. Dia yakin yang dia bakal menjadi mangsa seterusnya! Dan dia tahu siapa pembunuh itu!
Hanya tinggal beberapa langkah dari kereta Toyota Vios miliknya. Tanpa diduga mulut serta hidung Leo diterkup kasar dari belakang kemudian badan diheret ke tempat yang gelap. Lorong itu kembali sunyi seperti sedia kala. Tanpa seorang pun.

. . . .

JALAN raya yang dibasahi air hujan direnung kosong. Memikirkan masalah yang dihadapinya kini. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya makanan yang dipesan tiba di hadapan mata. Sejurus mengucapkan terima kasih kepada pelayan kafe itu dia kembali merenung ke luar tingkap semula sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.

'Kat mana lagi aku nak cari rumah sewa ni?' resah Johari dalam hati. Apa tidaknya sudah dua minggu dia mencari tapi yang dia jumpa cuma bilik sewa kecil dan jauh dari tempat kerjanya. Sudahlah dia tiada kenderaan sendiri mahu ulang-alik.

"Encik ni Wan Johari, kan?" tanya seorang lelaki berdiri di sebelah meja Johari.

Dia menelan makanan sebelum menjawab soalan lelaki itu, "Ya, saya Wan Johari. Encik ni..." ayat Johari tergantung cuba untuk mengingati wajah lelaki itu.

"Ini akulah, Rizuan Mokhtar! Kawan kau masa kat universiti dulu, ingat lagi tak?" kata Rizuan bersungguh lalu duduk di kerusi menghadap Johari.

"Mestilah aku ingat. Lama tak jumpa kau," senyuman diukirkan pada bibir.

Rizuan Mokhtar, kawan rapat ketika Johari menyambung pengajian diplomanya di Malaysia dulu. Setelah itu dia tinggal bersama bapa saudaranya di England. Tak sangka dia dapat berjumpa semula dengan Rizuan di kafe itu.

"Pejam celik dah tujuh tahun masa berlalu... Kau apa khabar sekarang?"

"Macam inilah keadaan aku sekarang, terlibat dalam kemalangan dua bulan lepas. Kau pula buat apa sekarang?" tangan kirinya yang disokong dengan arm sling diangkat sedikit. Rizuan mengangguk faham akan situasi rakannya itu.

"Aku mengajar dekat universiti tempat kita belajar dulu..."

"Jo, kau ada masalah ke? Sebab dari tadi aku perhatikan kau asyik termenung aje. Ceritalah mana tahu aku boleh tolong," kata Rizuan lagi ingin membantu.

Senyuman mengendur sebelum dia menceritakan masalah yang dihadapinya itu, "Sebenarnya..."

"Ouh, kau cari rumah sewa ke? Dekat kawasan sini memang susah sikit nak jumpa..."

"Hah! Baru aku ingat, ada seorang rakan sekerja aku ni tengah cari teman serumah. Katanya dia baru pindah ke satu rumah kedai ni. Mungkin kau boleh tinggal sekali, nanti aku tanyakan dia semula." Terpancar sinar di mata Johari tatkala mendengar kata-kata Rizuan itu.

"Bagi nombor telefon kau, nanti kalau ada apa-apa senang aku whatsapp beritahu kau..." telefon Rizuan bertukar tangan. Kini Johari menaip nombor telefonnya sendiri lalu mendailnya. Nada dering lagu Lights by Ellie Goulding berbunyi pada telefonnya. Setelah memastikan panggilan dari nombor Rizuan, telefon diserahkan semula kepada si pemilik.

"Tapi kan dia tu pelik sikit," Rizuan buka cerita.

"Pelik? Pelik macam mana tu?" soal Johari ingin tahu.

"Kau jangan risau dia baik orangnya. Cuma perangai dia aje lain daripada yang lain. Dia terlalu spesifik dan kalau bab penyelidikan dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan maklumat yang tepat..."

HOUSEMATE AKU SHERLOCK?Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon