Nineteen - Junior Came

942 29 2
                                    

hari ni hari pendaftaran pelajar form4 aka junior sekolah ni.

pelbagai ragam. pelbagai kerenah. pelbagai bantal busuk..

memandangkan aku xda jawatan dalam dorm dan asrama, aku balik mcm biasa ikut waktu sekolah. yang berjawatan di asrama boleh uruskan junior2 yg masuk asrama.

katil sebelah aku yang kosong dihuni oleh junior. Junior Ada nama nyer. budak elektric. sama jugak, dalam dorm aku xda budak aliran sama dengan aku.. aman.

aku bukan lah ramah sgt nak tegur2. lantak korang la kan.

sebelom waktu solat maghrib, junior2 ni ada perjumpaan dengan exco aspuri. lepas tu perjumpaan dorm.

perjumpaan dorm ni la xbole belah.

si ila poyo tu acah2 akak2. alahai. gedik kemain.
so kitorang introduce diri sendiri kat junior. time giliran aku, aku bisu. mood anoying aku tgk si ila tu datang. so aku xda mood nak cakap.

ikin main angkat2 kening. aku geleng2. ok la tu dia faham.

"ok. senior yang duk kat katil tu nama nya Syaz. student xx...akak tu garang. korg jgn buat hal dengan dia..."

"ptfff.." tersedak airliur aku... cepat2 aku minum air.

semua mata junior pandang aku. aku just anggok la kan. mengiyakan apa yang ikin ckp.

ikin ni pulak biarkan si ila tu conquer perjumpaan tu.. padahal jawatan dia dlm dorm , jawatan agama je pon.. dia punya berlagak.. nampak x aku mmg benci si ila.. (btw ila ni bukan nama sebenar.. aku ubah nama lain...)

lama jugak budak2 ni bebel. sorang junior amik masa 10 min kot. itu ini ditanya. pastu bebel peraturan sekolah dan asrama. pokpekpokpek..

dlm kol 12.30 mlm kot.. tamat sudah perjumpaan. aku terus baring tido. tah pape la. esok kan sekolah. buat je la hari jumaat sabtu ke..

semua org g tandas. aku je baring nk tido.

"awal lg wak. "

"awal apa yerk wak.... dah masuk pagi kot.. ish" aku geram betul kalau waktu tido aku xcukup

"hahaha.... meh la tido sini..." jemput ikin.

"xpe ke?"

"xpe la. napa? sapa pulak yg berani nak marah?"

" eh xley la.. ni junior saya ni sian dia tido sebelH xda orang..."

"aah la.. okok.. "

kalau aku tido katil ikin, sian junior sebelah aku ni, first night dah kena tido sorang2.

bila semua dah masuk dorm, tido.. ikin datang mcm biasa masuk selimut aku. dia selimut membaluti badan aku dan dia. tangan dia mcm biasa. gatal dok peluk2 sampai naik ke leher aku.

.. tapi bila nak bangun tido. masing2 jarak. tido lasak kan..

dah beberapa hari junior masuk, jiran katil sebelah aku ni, 'ada start nak borak2 dgn aku.. dari soalan tanya tinggal dimana sampai la "akak dgn akak ikin mmg rapat ke?"

aku xtaw nak jawab apa masa tu. aku riadah kena tinggal dgn semua orang.. sbb memerut dlm tandas.. kebetulan si ada ni pon lambat g riadah.. berani betul junior g riadah asing2.

"oh.. aah mmg rapat dari tahun lepas lg.. nape tanye?"

"xda la.. akak slalu tido dgn akak ikin.."

"haha.. saya dah biasa lah tido dgn dia.. saya ada masalah susah nak tidur..." aku tipu si ada ni.. tapi mmg betul pon..

"ooo...faham2.. akak dua nampak comel je .."

"eh.. comel? haha biasa la.. dah anggap akak ikin tu mcm adek beradek sendiri pon.." jawapan aku. xnk aku dia pikir bukan2, nanti dia sebarkan yang bukan2. habis kitorang.

naseb dah sampai kawasan riadah aspuri. si junior ada ni g kat geng junior dia. aman.

riadah kali ni, exco sukan buat sukan bola jaring. ah bosan sekali. aku sampai2 je terus duduk tepi longkang batu yang kering xda air tu.. bersih.

aku xkisah pon duduk seorang diri. geng dorm aku, aku nampak lepak hujung sana. mata aku tertacap pada mata ikin yang sama2 tengok aku.

'ok. dia bangun pulak.'

ikin bangun dari kedudukan dia, berjalan menuju aku. mata dia still xnak lepas pandang aku. aku xnk mengalah, tapi aku tetap kalah sbb renungan mata dia fuh seram.

dia duduk sebelah aku.

"ini kira date x?"

"hah date?" aku terkejut dengan pertanyaan ikin. dia ni nak sgt date berdua dgn aku sejak kejadian curi kiss tu.

"ok.. ni kira date la yerk .. date kat sekolah.. lepasni saya nak date kat luar sekolah, date dalam rumah..."

bila ikin cakap 'date dalam rumah' tangan aku automatic respon satu tamparan pada lengan dia. kuat. padu.

"ouch.. sakit la.. apa ? salah ke? nak date dgn orang yang saya sayang ni?"

"xsalah pon..."

"dahtu.. napa pukul saya..?"

"xda pe la.. sori xsengaja.." aku urut lengan dia balik. sian...

"ok... minggu balik nanti balik rumah saya nak?" pinta ikin.

"hah? nape pulak?"

"nape ? xley ke? famili saya xkesah pon. dorang lagi suke. jum la .. saya nak bermanja2 dgn awak.." sengih2 dia

"apa senyum2? abis nanti makayah saya tanya la.."

"hihi.. xpa nanti awak call la dorang, saya teman. mintak kebenaran.. time awak call tu, nnt pas kat saya, biar saya tanya makayah awk pulak.. ok? "

"hrmm yela.." aku layan kan saja kehendak ikin ni. tp best jugak duk umah famili dia. mak dia suke masak lauk mcm2.

"mcm tu la.... rase xsabar nak balik minggu ...." muka dia mcm muka baru menang kuda.

"nape pulak x sabar?" tanya aku yang bodoh2.

"nak date dengan awak la syg oi.."

"whatever.." malas aku layan ikin ni. makin hari makin gila.

"everwhat.." oh dia pandai dah balas aku.









.

tbc








🫣

Menengah Atas [GxG] ✅Where stories live. Discover now