Ending 3 : Bab 40 : Last

Start from the beginning
                                    

Nak ajak Alexander tinggal bersama pun hampir bergaduh, antara Alexander dan Isabella.

Xavier tak kisah. Dia ikut cakap bini.

"Ye cucuku. Dah dah. Hantar cicit ayahanda sana"

"Baik. Bella dan Xavier pergi dulu tau?" Isabella peluk Alexander dan salam atok angkatnya. Xavier juga sama.

Haidar ikut apa yang dilakukan mamanya. Dia juga amat sayang dengan moyang angkatnya itu.

"Jumpa dekat sana okay?" Alexander usap atas kepala Isabella. Semenjak anak dah 11 ni, Isabella semakin nampak cantik. Pandai Xavier jaga.

Badan pun tak nampak macam mak orang!

Kalau Isabella ni pakai ketat-ketat ni, mesti ramai lelaki tak jangka Isabella dah kahwin. Nasib Isabella ni jenis baju longgar.

Haiqarl datang sebelum Xavier pandu keluar. Dapat pastikan Alexander masuk kereta Haiqarl, kereta keluarga Xavier gerak tinggalkan mahligai dunia mereka.

Dan Private Primary School Kuala Lumpur dituju mereka. (hanya rekaan)

Skip

"Cantiknya abang unye skool!" (cantiknya abang punya school) turun je dari kereta, Puteri Hafiya Iffah orang pertama yang puji sekolah Xavier.

Haidar pimpin adik-adik kecilnya iaitu Puteri Hanna Iris dan Putera Harraz Insyad, manakala Putera Haffaz Ilyas jalan dihadapan Haidar.

Tiga sebelum Hawa dan Hayyan antara adik-beradik yang suka berkepit dengan Haidar. Kalau boleh kemana pergi, nak ada abang sulung mereka.

Muka pulak hampir sama dengan Haidar.

Semua adik-adik Haidar memang suka dengan Haidar kerana sifat abang yang penyayang dan sentiasa utamakan adik-adik dia dari benda lain.

"Semua pegang tangan masing-masing dan pegang tangan papa mama. Jangan pernah lepas, faham?" Hawa dan Hayyan berada dalam baby court yang dibawa Xavier.

Isabella dah ajar anak-anaknya supaya sentiasa pegang tangan antara satu sama lain dan yang paling hujung akan dipegang Isabella manakala hujung lagi satu dipegang Xavier.

Haidar pula pegang tangan lagi satu Isabella.

Itu lah cara mereka sekeluarga berjalan ketika di luar. Isabella rasa ini je cara selamat untuk pastikan semua ada dengan dia dan Xavier.

Keluarga mereka menjadi tumpuan ramai di sekolah Haidar. Antara keluarga paling ramai.

Sebelas orang anak mat!

Bukan hanya kerana ramai, tetapi wajah unik anak-anak Isabella dan Xavier juga dijadikan tumpuan. Mereka semua ada mata unik seperti Xavier dan rambut lebat seperti Isabella.

Kulit pulak putih melepah macam papa mereka. Tinggi-tinggi pulak tu.

Kebanyakannya ada sifat Xavier manakala perangai macam Isabella.

Isabella pun bersyukur anak-anak dia ada muka Xavier. Nampak special sikit.

Anak orang luar negara lah katakan!

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now