Bab 5

3.4K 197 12
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

   "Gempaklah concert tadi kan pakcik?" semangat Nur Isabella selepas concert Billie Eilish tamat. Dia melompat ceria dihadapan Alexander Iman.

Alexander tersenyum melihat tingkah laku Isabella. Alexander tak pernah ada cucu perempuan. Rosean pun dia kenal masa Rosean dah besar.

"Bella nak balik dah ke? Nak pakcik hantar?" tanya Alexander. Isabella mencari kelibat kedua kawannya, "hmm boleh je! Bella beritahu dua-dua kawan Bella kejap"

Selesai memberitahu, Isabella memandang Alexander semula. Cara Alexander melayani Isabella, serupa dengan arwah atok Isabella.

"Boleh tak Bella nak panggil pakcik Alex dengan panggilan atok?" tanya Isabella. Dia teringin sangat.

Alexander mengangguk, "boleh je. Panggil ayahanda"

"Baik ayahanda! Jom balik!" tanpa sedar, Isabella memeluk lengan Alexander dan berjalan bersama-sama menuju ke kereta.

Skip

"Pastikan majlis tu sempurna. Hari jadi ayahanda kena perfect untuk umur dia yang dah 70 tahun. Faham Dylan?"

Nik Dylan mengangguk mendengar arahan Putera Hans Xavier. Esok malam akan diadakan secara besar-besaran majlis hari jadi Alexander pada umurnya yang ke-70.

Setiap tahun mereka menyambut hari jadi Alexander cuma Xavier mahu menyambut dengan lebih besar untuk tahun ini.

"Buat apa tu Hans?" Alexander menanya Xavier sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu. "Rancang hari jadi ayahanda untuk esok malam" jawab Xavier. Tangannya sibuk menanda kertas di atas meja.

"Ayahanda lupa nak beritahu. Seminggu lepas, masa concert Billie tu, ayahanda ada jumpa seorang gadis ni, dan ayahanda dah jadikan dia cucu angkat ayahanda memandangkan ayahanda tiada cucu perempuan" terang Alexander sekali nafas.

"Ayahanda ni, senang-senang je jadikan orang cucu dia. Kita tak tahu niat orang ayahanda"

"Biarlah. Ayahanda tahu dia baik. Ayahanda nak ajak dia untuk majlis esok, nak kenalkan dengan kamu, mana tahu boleh terkenan ke kan?"

Memikirkan cucu lelaki dan cucu perempuannya kahwin, mesti sesuai!

'Haish tak sabar aku nak dapat cicit!' bisik hati Alexander.

"Yelah ayahanda. Hans nak kena pergi mesyuarat ni, jumpa esok tau? Malam ni Hans sibuk sikit"

"Okay. Ayahanda nak pergi main golf"

"Baiklah, hati-hati ayahanda"

Skip

Baju-baju yang ada di dalam almari, diselak Isabella berkali-kali. Dia tiada idea nak pakai baju apa untuk majlis esok.

Atok angkatnya, Alexander ajak Isabella untuk pergi majlis hari jadinya. Isabella buntu nak pakai baju apa.

Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk. Isabella membuka pintu dan kelibat abangnya, Muhd Ikram muncul dihadapan mata dengan sebuah kotak, "ni ada orang hantar untuk kau. Dia kata kau kena pakai baju ni esok"

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now