Bab 12

3K 144 13
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

   Alexander Iman menepuk tangannya. Dia terasa dia bagaikan di dunia lain. Impian yang pernah diimpikannya dahulu, akhirnya termakbul.

"Ayahanda tak sangka cucu lelaki dan cucu perempuan ayahanda akan berkahwin! Bagus pilihan kamu, Hans" ujar Alexander dengan rasa bangga.

Dia memang nak sangat jodohkan Nur Isabella dengan Hans Xavier tapi dia tak nak paksa Xavier.

"Jadi ayahanda setuju?" soal Isabella inginkan kepastian.

Alexander mengangguk, "mestilah setuju. Kamu berdua pun sesuai apa. Ingat ayahanda tak perasan ke kamu berdua beberapa hari ni? Asyik gaduh tapi sebenarnya suka kan? Itulah orang dah pesan, jangan benci lama-lama, karang suka baru tahu!"

"Ey ayahanda ni. Hans sukakan Isabella pun ada sebabnya. Ni ayahanda nak buat majlis ke atau kami?"

"Kamu berdua ada fikirkan tema?"

"Hans ikut Bella je"

"Tapi aku ikut kau Xavier"

"Alah, kau lah"

"Kau!"

"Kau!"

Haiqarl Daniel yang menjadi penonton di situ, sudah menggeleng kepala. Dah start dah.

"Sampai bila nak kasi tema kalau masing-masing tak nak. Macam nilah, biar ayahanda dan Rosean yang setelkan majlis ni. Untuk tema, Rosean akan pilihkan"

"Ha itu Hans setuju"

"Betul tu! Okay jugak idea ayahanda"

Alexander tahan je sabar dalam hati. Ada jugak dia cekik dua cucunya ini.

"Untuk hantaran, ayahanda nak Hans cari sendiri dan sama dengan Bella. Itu kamu berdua kena fikirkan sendiri. Ayahanda tak nak bantu"

"Ahh kenapa pulak ayahanda?"

"Dengan cara ni, dapat bantu kamu berdua kenal hati masing-masing. Pilih hantaran yang kamu rasa sesuai. Sudah, itu sahaja. Ayahanda ada kerja nak selesaikan"

Alexander berdiri dan beredar dari ruang tamu.

Isabella dan Xavier saling pandang antara satu sama lain. Haiqarl disitu hanya diam.

"Hurm kalau macam tu, aku pergi kerja dululah"

"Okay. Aku pun nak keluar dengan kawan aku" Isabella berdiri dan betulkan bajunya. "Kawan? Lelaki ke perempuan? Siapa?" tanya Xavier secara tiba-tiba.

Kening Isabella mengerut pelik, "hurm kawan aku perempuan, Ayra dan Hasya lah, siapa lagi?"

"Ahh okay. Nah, guna kad ni untuk keluar" kad berwarna hitam diberikan.

"Eh tapi ni kan kad-"

"Ye, unlimited card. Pakai je. Aku yang akan tanggung kau mulai sekarang"

"Kita belum suami isteri lagi" perlahan-lahan Isabella menolak tangan Xavier.

"Kau tak sayang aku ke?" soalan Xavier itu membuatkan Haiqarl dan Isabella terdiam seribu. Ini serius ke Xavier?

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now