Bab 27

3.1K 188 16
                                    

Hans Xavier & Nur Isabella

Pintu besi itu ditolak dari luar oleh anak buah Rosean Kim. Rosean masuk dengan membawa kapak besar di tangannya. Seksaan berakhir hari ini.

Dua hari lagi Rosean biarkan Adriana Kamelia di dalam bilik seksaan itu tanpa makan, minum dan mandi. Dia nak tengok sejauh mana Adriana bertahan.

Tanpa minyak wangi tersebut, badan Adriana lain. Muka cantiknya sebelum ini dah berjerawat penuh. Rambut mula gugur. Bibir bengkak.

Darah seksaan sebelum ini pun dah kering. Muka Adriana pucat.

"Ini rupanya kesan balas minyak dagu tu ye?"

Adriana tak mampu angkat muka. Dia lemah.

Kehilangan banyak darah betul-betul buatkan dia penat. Dahlah tak makan dan minum, lagilah tak bertenaga Adriana.

Malam-malam dia diganggu jin yang berikan dia minyak dagu itu. Jin tersebut tak puas hati bila Adriana dah tak pakai minyak dagu yang dijanjikannya. Jin rasa tak puas hati jadi dia seksa dalaman Adriana.

"Angkat muka dia, bagi dia hadap aku" arah Rosean. Anak buah Rosean mengikut arahan dan angkat wajah Adriana.

Rosean tajam pandang Adriana. Bibir terukir sinis.

"Kalau aku tamatkan riwayat kau hari ni, boleh ke?" tanya Rosean. Adriana mengangguk. Dia dah rela.

"Aku nak berikan peluang untuk kau bertaubat, kau nak tak?"

Adriana diam. Dia tak rasa dia mampu untuk bertaubat.

"Okay, tu pilihan kau" Rosean pegang kapak kesayangannya dan dia tetak jari-jari Adriana yang tinggal. Adriana menjerit sakit.

"Aku tak nak bunuh kau dengan darah, jadi" picagari diambil. Di dalam picagari itu dimasukkan ubat yang boleh membunuh. Rosean cucuk tangan kanan Adriana dengan picagari tersebut.

"Selamat tinggal" Rosean melangkah keluar, tinggalkan Adriana sendirian.

Kesan ubat dalam picagari itu mula berikan kesan. Adriana menggelupur sakit dengan mulutnya yang berbuih. Sakit dalaman dan luarannya betul-betul seksa dirinya.

Dia rasa, ini adalah seksaan dunia yang Allah berikan kepadanya kerana murka, jahil dan langgar semua perintah Allah swt. Jadi Adriana redho.

Nak menyesal tak guna lagi, dia dah terlambat.

Perlahan-lahan mata Adriana tertutup dan dia mati pada pukul 12.00 tengah hari, hari Khamis.

Skip

Nur Isabella usap perutnya yang semakin memboyot kedepan. Dah masuk 7 bulan kandungan Isabella. Haish, tak sabar betul dia nak lahirkan anak itu.

Hubungan Isabella dan Hans Xavier pun dah seperti dahulu. Xavier asyik pulang awal dan luangkan masa dengan Isabella.

Isabella gembira. Tak sangka suaminya dah jadi seperti yang Isabella inginkan.

Ting! Tong!

Bunyi loceng menarik perhatian Isabella. Dia berdiri dan membuka pintu rumah. Seorang pengawal keselamatan berdiri dihadapan pintu, "ada orang hantar barang atas nama puan"

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now