𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : SC 1 ༉‧₊˚.

5.9K 236 3
                                    

Empat tahun kemudian

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Empat tahun kemudian..

Bersama dengan orang yang tercinta sangat berharga. Hanya Adellea Sofea di hati Zaheen Aiman. Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Adeena Syakilla yang ke 9 tahun.

Sedar tak sedar, Adeena Syakilla kini berusia 9 tahun. Semakin matang ya kakak Zayyad ni. Tiada sudah Adeena yang kecil itu, sekarang Adeena semakin matang dan tegas terhadap adiknya, Zayyad Adwa'. Almaklumlah, anak perempuan sulung kan.

Semua sifat Adellea turun terhadap dirinya. Tegas seperti ibunya.

Adeena didandan rapi oleh mummy Irdeena nya. Katanya lagi, dia mahu Farrel dan Lily ada di hari ulang tahun kelahirannya.

Dan hari ini juga merupakan tahun pertama Zayyad menjejak kaki ke taska. Kini, Zayyad sudah berumur 7 tahun. Kacak? Alah sudah tentu saja! Tengok sahaja siapa ayahnya!

"Ibu ohhh ibu!" laung Adeena dengan nada yang lantang. Adeena sememangnya lebih rapat dengan ayahnya, namun, dia tidak pernah terdetik untuk melupakan ibu kesayangannya ini.

"Ibu Adeena Syakilla! Sini lah ibu! Hiks! Hiks!"

Ah mula sudah drama air mata Adeena. Taktik lah tu supaya ibunya mendengar. Adellea melepaskan ketawa kecil apabila melihat anak perempuannya berkelakuan sebegitu.

Alah comel sahaja anak dia ni!

"Kenapa princess kesayangan ibu ni? Ibu busy sikit je.."

Adeena muncungkan bibirnya. Ibu ni! Harini kan birthday kakak! Taknak lah busy! Nanti mesti ibu lupa kan kita! Hiks! Hiks! Amboi birthday girl ni! Pandai dah ya nak overthinking! Siapa saja lah nak lupakan dia? Dia kan permata hati kepada Zaheen.

"Ibu lupakan Adeena..."

"Siapa kata ibu lupakan permata hati ibu yang sangat berharga ni hm? Ibu tak pernah lupakan awak, Adeena Syakilla.."

"Meh, hug ibu, kakak sayang." kata Adellea lalu mendepakan tangannya. Pantas sahaja Adeena memeluk Adellea. Pelukan yang penuh dengan kasih sayang. Adeena ditatang bagai minyak yang penuh.

Tanpa mereka sedari, dua lelaki sedang melayan drama ini. Siapa lagi jikalau bukan Zaheen dan Zayyad! Cemburu sikit tengok dua orang ni!

"Kakak! Kakak Dee!" jerit Zayyad dengan senyuman manis.

Hanya Zayyad sahaja yang memanggilnya 'Kakak Dee'.

ZAHEEN AIMAN ©️ حيث تعيش القصص. اكتشف الآن