𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 29 ༉‧₊˚.

7.3K 262 16
                                    

DUA BULAN KEMUDIAN

Ops! Esta imagem não segue as nossas directrizes de conteúdo. Para continuares a publicar, por favor, remova-a ou carrega uma imagem diferente.

DUA BULAN KEMUDIAN..

"Lily..." sahut Adellea lemah. Dia merasakan tubuhnya sangat lemah ketika ini. Selepas sahaja dia melahirkan puteri sulungnya, tubuhnya semakin lemah. Mungkin lumrah sebagai seorang Ibu.

"Ya Fea? Kenapa ni?" jawab Lily lalu bangun dari tempat duduknya.

"Nanti kalau Fea dah takde, tolong jaga Deena..." pinta Adellea dengan suaranya yang perlahan. Lily menghela nafasnya seketika. Ya Allah..

"Fea tak baik cakap macam tu..."

"Betul tu Fea, Rel dengan Lily akan sentiasa dengan Fea. Kita bertiga jaga Deena sama-sama" sampuk Farrel Iskander dengan senyuman manis.

Farrel yang memegang tubuh kecil itu membelai halus. Tepat pukul 9 malam, si kecil itu telah hadir dalam hidup Adellea Sofea. Setelah hampir satu jam bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya, kini Adeena Syakila telah hadir dalam hidupnya.

10 oktober

Tengku Adeena Syakila, selamat datang ke dunia ini. Semoga menjadi anak yang baik dan solehah ya, sayangku?

"Rel nak iqamatkan Deena dulu ya?"

Adellea tersenyum lemah lalu menganggukkan kepalanya. Jika dulu, impiannya adalah supaya suaminya sendiri yang bakal mengiqamatkan puteri mereka. Namun kita, dia tidak kisah lagi. Biarkan Farrel Iskander yang iqamatkan puterinya.

"Bismillahirahmannirahim.. Baarakallahu laka fil mawhuubi lak, wa syakartal waahib, wa balagha asyuddaha, wa ruziqta birraha..." Farrel memulakan dengan membaca doa untuk bayi perempuan. Dia mengucup ubun-ubun bayi kecil itu. Setelah itu, Farrel pun mula mengiqamatkan puteri Adellea.

"Allahuakbar Allahuakbar. Asy hadu alla illahi allah. Asy hadu anna Muhammadar-Rasulullah. Haiyyalas sollah, haiyyalal fallah. Qadqamatis sollah, qadqamatis sollah. Allahuakbar Allahuakbar. La ilaha ilallah."

"Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia ini, si kecil Papa." ucap Farrel dengan nada yang ikhlas dan lembut.

"Rel, Lily nak pegang baby!" kata Lily dengan penuh teruja. Dengan penuh berhati-hati Farrel memberikan tubuh kecil itu kepada Lily.

Adeena, kamu beruntung sayang kerana memiliki Ibu, Mama Lily dan Papa Rel dalam hidup kamu. Ibu love you little Deena.

"Hai sayang Mama Lily!" ujar Lily dengan penuh teruja. Di kucup lembut pipi tembam milik Adeena. Adellea hanya mampu tersenyum manis.

Teruntukmu, puteri ku, Adeena Syakila

Semoga Allah melindungi dirimu, puteriku

Ibu sayangkan awak sampai akhir hayat Ibu.

Walaupun kamu lahir tanpa adanya Ayah kamu disisi, Ibu akan sentiasa menyayangi kamu.

Semoga kamu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah kepada Ibu dan juga Ayah.

ZAHEEN AIMAN ©️ Onde as histórias ganham vida. Descobre agora