𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 37 ༉‧₊˚.

8.7K 295 7
                                    

"ARGHHH!" Alanna menjerit seakan-akan tidak waras

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"ARGHHH!" Alanna menjerit seakan-akan tidak waras. Dengan hati yang sakit, dia ketawa jahat.

"Kau akan mati! Mati kau! Mati! Arghh!!"

Gambar Adellea menjadi sasaran. Alanna mengambil pisau itu dan ditikam dari jauh berkali-kali.

Setelah gambar Adellea itu sudah koyak akibat pisau miliknya, Alanna ketawa lagi. Ketawa dengan penuh lagak.

"Bodohnya bekas suami aku tu! Argh dua-dua patut mati!" jerit Alanna lalu menikam dada Adellea. Walaupun yang dia tikam itu hanyalah kertas namun ianya membuatkan Alanna puas. Dia merasakan bahawa sekarang dia sedang membunuh Adellea.

Ah gila! Gila! Dia memang gila!

"Hahaha kenapa lah kau hidup lagi ya Lea? Arghhhh! Kau sepatutnya dah mati haritu!!" Alanna meraung seperti orang tidak waras lagi. Seronok ketawa, dia menangis pula.

Mental koyak ke?

Ya, Alanna Arisha memang gila. Gilakan talak. Dah kena cerai tu terima jelah kan?

"ARGHHH matilah kau!!"

Semua barang-barang yang terdapat di dalam bilik nya dibaling. Dia tidak kisah lagi. Dia mahu Adellea mati. Dia tidak akan hidup senang selagi Adellea masih hidup.

Alanna ketawa lagi. Ketawa dengan penuh jahat.

"Aku akan pastikan kau mati. Mati kau!" jerit Alanna lagi. Dia pasti apa yang dia lakukan semua nya akan terjadi.

Aku akan matikan kau.

Setelah itu, pintu bilik dikuak dan terpampang wajah seorang lelaki yang mengenakan rantai silver di lehernya.

"You okey tak ni, baby?" Ujar Zyriel lalu mendekati tubuh Alanna. Dia ikut sahaja rancangan wanita itu kerana dia terlalu cintakan Alanna. Dia tidaklah sejahat seperti Alanna sehingga terdesak untuk merampas kebahagiaan orang lain.

"Okey je," Alanna berkata, dia meramas rambutnya dengan kasar. Stres!

"Tak serik-serik betullah you ni. Tak payahlah nak tipu I, Lanna. I kenal you." Sinis Zyriel, Alanna memang suka untuk tidak jujur dengannya. Mustahil untuk Alanna Arisha berkata benar. Sangat mustahil!

"Kalau betul you kenal I, mesti you tahu kan apa yang I rancang sekarang?" Alanna cuba untuk bermain tarik tali dengan lelaki dihadapannya itu. Setelah itu, dapat dia menangkap senyuman sinis Zyriel. Zyriel menghenyakkan badannya disofa. Dia tahu apa yang lagi Alanna rancangkan.

"You masih lagi dengan rancangan you tu untuk hapuskan Adellea dan anak dia tu ke?" Tebak Zyriel dengan senyuman sinis, pantas sahaja Alanna menjatuhkan kepalanya berkali-kali.

"Yes! You tahu apa yang I rancang." Alanna tersenyum puas apabila lelaki itu dapat menangkap apa yang dia sedang rancang.

Zyriel turut melakarkan senyuman puas. Asalkan Alanna puas hati, dia juga puas.

ZAHEEN AIMAN ©️ Donde viven las historias. Descúbrelo ahora