𓏲 ࣪₊ ZaheenAdellea : 36 ༉‧₊˚.

8.8K 308 13
                                    

"DAH sekarang ni kita kena balik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DAH sekarang ni kita kena balik. Ibu awak risau nanti.." kata Zaheen kepada Adeena. Adeena mula membuat muka cemberut dia. Taknak balik! Nanti ibu mesti marah kita..

"Wajib ke balik? Hm.." Adeena membalasnya dengan muka yang tidak mahu balik. Adeena memeluk tubuh tanda protes tidak mahu balik rumah.

"Wajib princess cantik.. Ibu risau nanti, okey?" Zaheen cuba memujuk hati Adeena. Dia sengaja memanggil Adeena dengan panggilan 'princess cantik'. Manalah tau tiba-tiba sahaja Adeena bersetuju.

"Hmm okeylah.." jawab Adeena dengan mukanya yang monyok.

"Jangan sedih.. Nanti kita jumpa lagi okey?" pujuk Zaheen lagi. Dia melakar senyuman di bibir Adeena supaya budak kecil dia ini tersenyum.

Biarlah senyum paksa. Asalkan senyum.

"Janji." kata Adeena dengan menunjukkan jari kelingkingnya. Manalah uncle handsome nak mungkir janji kan. Kita kena ikat dia jangan lari! Uncle handsome milik Adeena seorang je.

Zaheen tersenyum lalu melingkarkan jari kelingking nya dengan jari kelingking Adeena.

"Janji sayang..."

Auch! Bertambah happy lah Adeena hari ini. Dahlah kena panggil sayang pula tu. Uncle handsomenya yang panggil lagi tu! Ni nak story kat ibu ni!

"Uncle handsome takkan tinggalkan Deena kan?" tanya Adeena kepada uncle handsomenya, Zaheen.

"Takkan Deena sayang. Uncle handsome kan sayangkan Deena macam mana Deena sayangkan ibu.." balas Zaheen dan mendapat senyuman manis daripada Deena.

"Nanti uncle handsome hantar depan rumah tau.. Tapi, Deena takut papa dan mama marah kita.." kata Adeena namun ayat dihujungnya membuatkan Zaheen terkejut. Tapi cepat sahaja Zaheen mengawal riak muka itu.

Mungkin Papa dan Mama yang Deena cakap tu kawan kepada Adellea je. Husnuzon je..

"Kenapa papa mama awak marah?" tanya Zaheen

"Errr sebab Deena tadi lari..." takut-takut Adeena mahu membalasnya. Dia langsung tidak memandang wajah Zaheen. Takut uncle handsomenya pun marah dengan dirinya..

"Kenapa lari, Deena?"

Tiada nada. Hanya persoalan yang dingin. Dia turut risau akan Deena.

"Errr-"

"Adeena! Kenapa buat Papa risau ha! Kalau apa-apa jadi macam mana! Deena tak sayang ibu ke! Tak sayang papa?! Tak sayang mama?!" terjah Farrel dengan nada yang cukup lantang. Dia marah sangat-sangat apabila Deena tiada tadi. Hampir beberapa jam mereka mencari sekali nya keluar dengan lelaki yang tidak dikenali. Farrel meraup wajahnya dengan kasar.

ZAHEEN AIMAN ©️ Where stories live. Discover now