Dah masuk tiga bulan Xavier tak masuk pejabat, Rosean yang gantikan. Dari jadi pelakon dan model, Rosean terpaksa ambik alih syarikat.

Nasib dia pernah kerja sementara dengan Xavier, bolehlah faham sikit-sikit. Itupun Alexander ada tolong.

"Ayahanda?" Ikram pelik melihat Alexander dihadapan bilik Xavier dan Isabella.

"Eh Ikram, kamu dah balik?"

"Dah ayahanda. Ni ayahanda buat apa dekat sini?" Ikram salam atok angkatnya.

"Lawat Hans lah, apa lagi. Ayahanda rindu telatah dia. Sebab tu ayahanda datang sini"

Siapa je tak rindu cucu kesayangan kan? Lagi-lagi Xavier membesar dengan Alexander, mestilah Alexander rindu.

Terlalu rindu sehingga Alexander menangis dalam solatnya.

Setiap hari dan saat dia doakan supaya Xavier kembali seperti dulu dan Isabella pulang ke sisi Xavier serta Alexander.

Tak henti-henti dia doa. Hanya bantuan Allah sahaja yang Alexander ada.

Bila kritikal baru Alexander minta tolong doktor pakar.

"Ikram pun rindu adik ipar Ikram. Tapi nak buat macam mana, dia yang pilih untuk jadi macam tu" Ikram sedih sebenarnya.

Dahlah jauh dengan adiknya, lepastu adik ipar sendiri jadi gila. Haih.

Teruk penangan Isabella kepada Xavier.

"Rosean ada beritahu ayahanda"

"Apa dia tu?"

"Adriana dulu ngorat Xavier gunakan minyak dagu, sebab tu Xavier boleh jatuh ke tangan Adriana walaupun Xavier cinta mati dengan Isabella" terang Alexander.

"Patutlah! Jadi bukan salah Xavier lah?"

"Salah Xavier jugak sebab dia terlalu ikutkan. Rosean juga ada beritahu yang ini mungkin balasan Allah sebab terlalu palaukan bini dan ikutkan Adriana tu. Allah cuma nak sedarkan Xavier tentang kepentingan rumah tangga tu"

"Ouh.. Apa jadi dengan Adriana tu ayahanda?"

"Rosean dah setelkan. Katanya Adriana tu mati dilanggar kereta tak silap. Rosean yang pergi majlis kebumian Adriana. Adriana sendiri dah keluar Islam"

"Seriuslah?"

"Ye. Dia masuk agama Kristian tak silap, tanpa pengetahuan keluarga dia. Tahlah, ayahanda pun tak tahulah anak muda zaman sekarang ni"

Ikram mengangguk. Asal Rosean tak pernah cerita semua ini?

"Ah sudahlah. Cerita pasal hal orang ni, sampai ke sudah tak habis. Jomlah kita pergi makan sambil layan Billie Eilish. Katanya Ayra ada buat pizza"

"Okay ayahanda"

Skip

Akhirnya, Putera Haidar Iffat dah boleh keluar hospital. Sampai je di Rusia, 3 bulan yang lalu, Haidar terima rawatan di Rusia selama 3 bulan.

Rusia antara kawasan keluarga Haiqarl Daniel juga jadi Isabella dapat rawatan percuma je untuk Haidar, lagi-lagi Haidar ini nama penuhnya Putera Haidar Iffat bin Putera Hans Xavier. Jadi semua orang kenal siapa Haidar ini.

Anak kepada ketua mafia. Memang semua tak berani nak sentuh.

Isabella peluk erat anak pertamanya. Rindunya Isabella kepada Haidar, hanya tuhan yang tahu.

Sebulan sekali je boleh jumpa. Susu pun nak kasi, Isabella kena pum dari rumah dan Haiqarl yang hantar.

Isabella berpantang dengan bantuan Hasya Arianna dan makcik Haiqarl. Cara orang Rusia berpantang dan sedikit kepercayaan dalam Islam.

Makcik Haiqarl beragama Islam tapi membesar di Rusia jadi tak banyak amalan dalam Islam dan Melayu yang makcik Haiqarl tahu.

Rambut Haidar yang lebat itu diusap Isabella. Wajah Haidar betul-betul ikut wajah Isabella, kecuali bibir dan hidungnya yang ikut Xavier.

Warna mata Haidar pun ikut bapak dia sendiri.

Lama pandang macam Isabella tapi sekilas pandang, macam Xavier. Bila Isabella tatap anaknya, mesti dia teringat akan Xavier.

"Anak mama.. Mama rindu kamu, sayang.. Alhamdulillah kamu dah kembali ke pangkuan mama" Isabella rasa nak menangis bila doktor sahkan Haidar dah boleh pulang.

Tak terkata rasa gembira Isabella. Dia terus bersiap dan masuk kereta awal. Hasya perlu ambik masa sikit sebab Hasya tengah mengandung 5 bulan.

"Bella, jom balik? Cuaca panas ni, tak elok untuk Haidar" pesan Haiqarl.

Isabella mengangguk. Topi bayi yang dibelinya dipakaikan di kepala Haidar. "Ya Allah comelnya!" suka Isabella lihat kecomelan Haidar.

Haidar pula jenis tak kuat meragam. Memang Isabella suka sangat.

"Mari pulang anakku"

Bersambung

Maksud nama Putera Haidar Iffat :

[ Putera yang berani dan mempunyai kesucian, kemurniaan, kesederhanaan dan kehormatan diri yang tinggi ]

<3

please vote dan comment!

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now