"Cinta.. Sayang nak cinta.." tanpa kisahkan orang lain, Xavier memanggil Isabella dengan tangisannya sehingga dia pengsan terbaring.

"Xavier!"

Skip

Sebulan telah berlalu. Isabella masih tak sedarkan diri. Tiada siapa dapat melawat kecuali Ikram.

Xavier murung di dalam biliknya dan Isabella. Tak nak keluar makan ataupun minum. Apatah lagi melihat Isabella di hospital.

Yang lain datang lawat walau hanya lihat dari cermin. Xavier seakan-akan orang tak betul.

Dia asyik sebut-sebut nama Isabella. Tidur pun tak lena.

Lepas pengsan, doktor sahkan Xavier ada depression yang melampau akibat tak mampu terima kenyataan sebenar. Dalam fikiran Xavier sekarang hanya mahukan Isabella.

Manakala di hospital, Haiqarl tatap cermin bilik di mana Isabella berada.

"Kau pasti dengan keputusan kau?" tanya Ikram. Haiqarl mengangguk. "Aku akan bawa Hasya. Haidar kena rawat dekat luar negara sana. Sini tiada rawatan yang sesuai"

"Kau tak nak beritahu yang lain?"

"Tak perlu. Ini keputusan Isabella sendiri, kau lupa?"

Ikram mengangguk. "Bila kau nak bawa mereka dua?"

"Lusa. Kau akan berikan surat ni dekat Xavier dan Alexander. Yang lain, aku akan terangkan dalam whatsapp. Ingat, tiada sesiapa boleh tahu di mana Isabella berada kecuali aku, kau dan Hasya sahaja. Aku nak rawat Isabella."

"Baiklah. Kalau ini permintaan Isabella, aku ikut" Ikram terpaksa ikut.

Sudah seminggu Isabella sedar sebenarnya. Dia yang buat permintaan ini.

Kandungan Isabella berjaya diselamatkan dan anak Isabella dilahirkan kurang bulan. Usianya sekarang dah masuk 8 bulan setengah.

Rawatan di Malaysia tak mampu nak tampung anak sulung Isabella dan Xavier iaitu, Putera Haidar Iffat, nama yang diberi oleh Haiqarl.

Selepas melahirkan Haidar, Isabella sempat pesan kepada Ikram dan Haiqarl supaya sembunyikan Haidar dari orang lain. Isabella terpaksa buat semua ini.

Ikram dan Haiqarl ikutkan sahaja. Apabila nama diberi, Isabella tiba-tiba pengsan dan disahkan koma akibat kehilangan banyak darah.

Jadi, atas permintaan Isabella, Haiqarl bawa Isabella dan anak sulungnya ke luar negara untuk dapatkan rawatan lebih lanjut.

"Kau rasa Xavier akan menyesal tak?"

"Mestilah menyesal. Lagi-lagi bila dia rasa dia penyebab segalanya."

Hanya ini yang Haiqarl boleh bantu Isabella. Dia nak Xavier rasa menyesal dan rasa apa yang Isabella rasa sebelum ini. Dengan cara ini sahaja.

Skip

Xavier termenung pandang gambar dia dan Isabella semasa pernikahan mereka. Senyuman manis yang terukir di wajah Isabella ketika itu, membuatkan Xavier rindu.

Sehingga sekarang, dia masih sukar untuk terima berita yang anaknya tidak dapat diselamatkan dan Isabella koma. Lagi-lagi apabila dia penyebabnya.

Xavier jadi gila dihantui rasa bersalah. Dia perlukan Isabella disisinya.

Tiada suara Isabella. Sentuhan Isabella. Perhatian Isabella. Buatkan Xavier berubah.

Tok! Tok!

Ikram masuk ke dalam bilik Xavier. Dia menuju ke arah Xavier yang terbaring di atas katil.

"Xavier, Isabella berikan ini kepada kau, nak aku bacakan?"

Surat Ikram hulurkan kepada Xavier. Apabila tiada respon Xavier, Ikram buka surat tersebut.

Wahai sayangku, Hans Xavier,

Saya terpaksa pergi, pergi tinggalkan awak. Saya minta maaf kerana pergi tiba-tiba. Saya minta awak halalkan makan minum saya.

Sebelum itu, saya nak awak tahu yang saya cintakan awak. Awak adalah cinta terakhir saya. Saya tak mampu hidup tanpa awak disisi saya. Ye, salah apa yang awak buat kepada saya sebelum ini, tapi saya dah maafkan.

Untuk anak kita, saya minta maaf tak dapat selamatkan dia. Dia dah pergi. Pergi tinggalkan kita berdua buat selamanya.

Sayang, janji dengan saya, yang awak akan sentiasa sihat dan tunggu saya. Berikan saya masa untuk kembali kepada awak. Kalau awak sanggup tunggu saya, saya akan muncul semula dihadapan mata awak.

Saya sayang dan cintakan suami saya selamanya, dengan janji saya kepada Allah, hanya awak yang layak bertakhta di hati saya. Hanya awak yang akan jadi suami saya sehingga maut memisahkan.

Terima kasih untuk segalanya, assalamu'alaikum Hans Xavier, cinta terakhirku.

Dari isterimu, Nur Isabella.

Mendengar surat yang dibaca Ikram itu, semakin teruk Xavier menangis. Isabella pergi tinggalkannya.

Haiqarl masuk ke dalam bilik. Dia lawat Xavier dahulu sebelum bergerak ke luar negara.

"I'm sorry Xavier but, Isabella's gone. I'm late." Haiqarl usap bahu sahabatnya.

Xavier merintih. Dia pandang Haiqarl dengan tangisannya. "I need her, I want her.. I'm sorry my cupcake.. Please come back my love, Bella..." baju Isabella yang ada di atas katil diambil dan dipeluk erat.

Manakala Isabella yang berada di KLIA, pandang luar tingkap. Dia menitiskan air mata. Dapat dia rasa tangisan Xavier.

"I have to go and I want to know that I love you, Hans Xavier.." Isabella senyum senipis.

Dan segalanya bermula semula.

Bersambung

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now