"Nama saya?" huluran pengawal keselamatan itu diambil Isabella. Isabella tutup pintu semula.

Dia duduk dan buka bungkusan tersebut. Ada sebuah pendrive dan gambar. Gambar itu dilihat.

Terhenti sekejap jantung Isabella. Gambar mesra Xavier dan Adriana.

"A-apa ni?" bergetar mulut Isabella berkata. Dia tak nak percaya gambar yang dilihatnya.

Laptop miliknya yang dihadiahkan Putra Aryan Xander, dibuka. Dia masukkan pendrive tersebut dan satu file ditekan. Hanya ada satu klip video.

Isabella tekan video tersebut dan dalam masa sama, Xavier baru balik dari kerja.

"Cinta tengok apa tu?" Xavier jalan ke arah Isabella.

Isabella tak sangka apa yang dilihatnya. Video Xavier di atas katil tanpa baju sambil baring bersebelahan Adriana. Adriana pula sedang usap badan Xavier.

Isabella geleng tak percaya. "Cinta?" panggil Xavier. Pelik bila isterinya tidak pandang kearahnya.

Isabella berikan laptop tersebut kepada Xavier. "Tengoklah."

Xavier ambil dan tengok apa yang dilihat Isabella. Video tersebut diulang dan Xavier sendiri terkejut.

"Apa maksud semua ni, Putera Hans Xavier?" soal Isabella dengan suara dingin.

"Cinta.. Ni bukan seperti yang cinta bayangkan" Xavier letak laptop itu ketepi dan cuba tarik tangan Isabella. Isabella menepis tangan Xavier dan berdiri. "Apa semua ni, ha?!" tengking Isabella.

Jantungnya berdegup laju, sama dengan kemarahan yang dia rasakan. Jadi inilah apa yang berlaku selama ini?

"Awak curang dengan saya? Sampai hati awak?" setitis air mata Isabella mengalir. Dia sakit sangat.

"Bukan macam tu cinta.. Dengar dulu" Xavier cuba lagi tarik tangan Isabella. Isabella menggeleng. "Awak memang lelaki tak guna! Awak tipu saya!" Isabella tak mampu tahan lagi.

Isabella berlari naik ke atas. Xavier sepak sofa dan cuba kejar Isabella. Isabella langsung tak fikirkan kandungan ketika dia berlari. Kemarahan mengatasi segalanya.

"Dengar dulu perjelasan sayang!" tangan Isabella disambut. Mereka berada di tingkat kedua di tangga.

"Lepaslah! Saya tak akan maafkan awak Hans Xavier!" Isabella menepis-nepis tangan Xavier. Rasa bencinya meluap-luap dalam diri. Sungguh dia benci apabila ditipu. Cukuplah dulu bekas teman lelakinya pernah curang.

Tak akan suami sendiri pun nak curang?

Apa kurangnya dia?

"Sumpah sayang tak ingat pun situasi tu! Sayang tak tahu bila Adriana masuk bilik sayang. Tolonglah percaya cakap sayang ni, cinta.." jelas Xavier dengan penuh merayu. Dia tak nak Isabella tinggalkan dia.

"Ceraikan saya."

"A-apa?"

"Ceraikan saya! Saya tak nak tinggal dengan lelaki curang macam awak!" jerit Isabella. Dia memang dah simpan dalam hatinya ketat-ketat. Kalau ada lelaki yang curang dengannya, lagi-lagi suami sendiri, Isabella tak akan maafkan melainkan suruh dilepaskan.

"Sayang tak akan lepaskan cinta!"

"Awak lelaki tak guna! Awak janji akan ada dengan saya susah dan senang, tapi awak tak ada! Awak lebihkan perempuan tak guna tu sampai awak tidur dengan dia? Apa kurangnya saya, Xavier? Bila awak nak, awak datang, dan bila awak tak nak, awak blah macam tu je. Saya ni hanya pemuas nafsu awak je ke?! Siapa saya dimata awak sebenarnya?"

Perit diri Isabella nak terima semua ini.

"Cinta penting untuk sayang.. Ye sayang silap. Sayang tak tahu kenapa sayang boleh percaya Adriana tu, dan lebihkan dia dari cinta. Cinta kena percaya sayang yang sayang hanya ada cinta dalam hati sayang.. Tolonglah jangan minta cerai, sayang tak sanggup nak lepaskan cinta" air mata Xavier pula yang menitis. Sakit hatinya untuk menerima permintaan Isabella untuk bercerai.

"Saya tetap dengan keputusan saya. Saya tak akan maafkan awak" Isabella tepis kuat tangan Xavier dan melangkah ke atas. Xavier geleng laju kepalanya dan tarik tangan Isabella semula.

Entah mana silapnya, Isabella tersalah pijak akibat tarikan Xavier dan Isabella jatuh berguling di tangga.

Xavier tak sempat sambut Isabella dan Isabella jatuh di tingkat satu.

"T-tak.. Isabella!!!" Darah yang mengalir di celah kaki Isabella dan kepala Isabella, betul-betul takutkan Xavier yang selama ini dah biasa dengan darah.

Buat pertama kalinya Xavier takut akan darah.

Xavier lari menuju ke arah Isabella. Dirinya pangku Isabella. "Jangan tinggalkan sayang.. Tolonglah cinta.. Ya Allah.."

Isabella pandang Xavier dengan mata yang hampir tertutup. Bibir terukir kecil, "halal segala makan minum saya, Xavier... Maafkan saya" dan perlahan-lahan mata Isabella tutup.

Haiqarl Daniel yang baru sahaja masuk ke dalam rumah, terkejut melihat Isabella yang terbaring darah di atas pangkuan Xavier. Xavier menangis memeluk isterinya.

"Isabella!"

Bersambung

please vote dan comment!

nak sad ending ke happy ending?

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now