Perkara ini mesti diberhentikan. Itu yang akan dilakukan Alexander.

Skip

"Banyaknya lah barang yang saya beli ni kan, Aaira?" mata Isabella mengesan segala barang-barang yang dibeli Isabella untuk barang dapur.

Pembantu yang ditugaskan Xavier untuk jaga Isabella iaitu Nur Aaira, tersenyum kecil. Tuan baharunya ini sangat mesra dan murah dengan senyuman. Kerana itu Aaira begitu suka bekerja di bawah Isabella.

Isabella pun tak banyak songeh. Cuma kerap mengidamkan sesuatu semasa mengandung ni.

"Puan ada nak pergi mana-mana lagi ke?"

"Apa kata kita shopping baju nak tak?"

"Tapi puan larat ke? Dah sejam kita beli barang dapur"

"Larat je! Baby ni yang nak saya shopping." ujar Isabella dengan perasaan excited. Perutnya yang dah membesar itu diusap. Sayangnya Isabella terhadap anaknya, tiada tandingan.

Dia hanya ada anaknya sekarang. Walaupun Xavier layannya seperti Isabella tak penting, Isabella langsung tak kisah. Dia kuat demi anaknya.

"Baiklah. Kalau itu permintaan puan. Tapi lebih baik kita masukkan barang-barang ni dalam kereta. Senang sikit nak berjalan nanti"

"Bagus idea awak tu! Okay jom!" Isabella paut mesra lengan Aaira. Dia suka apabila Aaira layan sahaja karenahnya.

Aaira menolak troli sambil dirinya menjaga Isabella. Dia dah anggap Isabella seperti kakaknya sendiri.

Tiba je di kereta, Aaira masukkan barang-barang dapur yang dibeli dibelakang bonet kereta manakala Isabella berdiri menunggu.

Aaira melarangnya melakukan apa-apa kerja.

Sedang menunggu Aaira, Isabella nampak kelibat Darwish Farhan yang bersama seorang gadis.

"Cantiknya perempuan tu" Isabella terpegun melihat kecantikan gadis yang berada di samping Darwish.

Aaira melihat ke arah yang dilihat Isabella. Wajah Adriana yang diperhati matanya itu membuatkan Aaira meluat. Dia kenal siapa Adriana tu, lagi-lagi Aaira ni girlfriend Nik Dylan.

"Cantik-cantik pun, dia bukan perempuan yang baik puan"

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Saya kenal dia siapa. Lebih baik puan jangan dekat dan kenal dengan dia. Dia tu berbahaya dan jahat"

"Saya pun tiada niat nak berkawan dengan sesiapa. Terima kasih pesan untuk saya awal-awal, saya percayakan awak Aaira. Dah, jom kita pergi shopping."

Isabella peluk semula lengan Aaira dan mereka sama-sama berjalan masuk ke dalam shopping mall semula.

Skip

Rosean Kim tajam pandang gambar Adriana yang berada di papan putih yang berada di dalam biliknya yang berada di mansion Xavier.

Ini antara pusat persembunyian mafia mereka. Rosean masih tak berani nak beritahu Muhd Ikram tentang pekerjaan sampingannya.

Jadi mafia sangat bahaya dan Rosean tahu yang Ikram tak akan benarkan. Disebabkan itu Rosean simpan rahsia tersebut.

"Adriana Kamelia.. Kau ingat aku tak tahu kau siapa?" pisau lipat di tangan itu dimainkan di gambar Adriana.

Rosean tekan-tekan pisau lipat itu digambar tersebut. Rasa bencinya meluap-luap.

Bukan dia tak pernah dengar Isabella menangis seorang diri, lagi-lagi masa solat. Rosean sengaja biarkan Isabella solat seorang diri, dan dia dapat dengar Isabella menangis dalam solatnya.

Perit hati Rosean mendengar doa-doa yang dilafazkan Isabella. Isabella pun tidur di bilik tetamu.

Bila ditanya, Isabella senyap je. Tak nak beritahu dan berkongsi.

"Kau kacau adik ipar aku bermakna kau kacau aku. Kebahagiaan Isabella adalah kebahagiaan aku.. Kau silap Adriana.."

Rosean koyakkan gambar Adriana dengan pisau lipatnya. Cara koyakkan pun begitu kejam.

"Kau akan mati di tangan aku Adriana, just wait and see..."

Skip

Adriana usap rambut Darwish yang sedang tidur di atas katil. Senyuman terukir lebar di bibir Adriana. Dia cukup puas apabila dapat memiliki Darwish.

Adriana tahu Darwish bukan lepaskan nafsu dekat Adriana je, tapi Adriana tak kisah, yang penting Darwish tetap bersamanya.

Botol minyak wangi buatannya dikeluarkan dari almari kecil disebelah katil. Botol itu dikucup.

"Kau antara pembantu kesayangan aku! Tanpa kau, aku tak akan milikki apa yang aku dapat sekarang. Kau cuma perlu bantu aku sehingga dapatkan Hans Xavier.."

Tiada sesiapa tahu kandungan sebenar botol minyak wangi yang antara watak utama membantu Adriana dapatkan lelaki-lelaki yang diingini Adriana di dunia ini.

Darwish pun dia dapat melalui botol tersebut. Sekarang cuma perlu tunggu Xavier ceraikan Isabella dan Adriana dapat Xavier.

"Xavier.. Xavier.. You will be mine soon, honey boo.. Termasuk semua harta keturunan Alexander Iman! Hahahaha!"

Adriana akan pastikan impiannya tercapai. Berusaha dia melangkah sejauh ini walaupun dengan cara yang jahat.

Selimut ditarik dan Adriana tidur sambil memeluk badan Darwish.

Bersambung

(Cepat-cepat comment dan maki Adriana serta Xavier!)

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now