"Lebih dari untung dia dapat. I sayang bini I, jadi I akan buat apa sahaja untuk dia sentiasa rasa diri dia untung dapatkan I"

Adriana hanya ukir senyuman walau dalam hatinya dan berbakul-bakul seranah hinaan dia berikan kepada Isabella. Rasa sakit hati pulak bila Isabella dapat benda yang Adriana sendiri tak dapat.

Adriana betul-betul ingin miliki Xavier. Mesti Adriana jadi gadis paling terbahagia di dunia.

Bukan sahaja bahagia jadi isteri orang, tapi bahagia kekayaan Xavier yang tiada kurangnya.

Xavier baca doa makan dan mula makan makanan yang dipesannya. Dia makan sambil matanya pandang Adriana.

"Kenapa Xavier boleh curang dengan Isabella?" tanya Ayra kepada Aryan. Dia rasa benci betul tengok Adriana. Rasa nak cekik-cekik je Adriana tu. Sibuk kacau suami orang.

"Bie tak tahulah sayang. Memang Xavier tu nak kena dengan bie. Bie geram sebenarnya ni. Isabella dekat rumah tu sorang-sorang dan dia boleh keluar makan dengan betina lain? Memang cari pasal betul" Aryan suap spageti ke dalam mulut sambil matanya cerlung pandang Xavier.

Xavier masih tak sedar dengan kehadiran Aryan dan Ayra. Dia fokus sangat terhadap Adriana.

"Terima kasih you sebab bawak I keluar makan"

"Sama-sama. You ada nak pergi mana-mana ke lepasni?"

"I rasa nak makan aiskrim lah. Boleh ke you?"

"Untuk Adriana Kamelia, semestinya boleh. Jom kita pergi" Xavier bangun dan tarikkan kerusi Adriana. Adriana senyum bangga dan berdiri. Dia tarik tangan Xavier dan peluk tanpa rasa malu.

Aryan yang lihat itu dan tahan api kemarahannya. Baran Aryan boleh meletus bila-bila masa je.

"Sabar bie" Ayra usap lengan Aryan. Tak nak ada gaduh-gaduh.

"Xavier tu memang cabar bie. Siap dia"

Ayra tak mampu buat apa kecuali usap lengan suaminya. Dia pun marahkan Xavier dan Adriana tapi dia tak boleh nak bergaduh dekat public.

Apa yang Xavier lakukan, betul-betul boleh dikira curang. Xavier dah melebih.

'Kau janji untuk setia dengan kawan aku, tapi ni kau buat. Siap kau Xavier' luah Ayra di dalam hatinya.

Skip

"Betul ke apa Rosean buat ni Bella?" soal Rosean Kim saat dia ingin masukkan tepung ke dalam mangkuk. Isabella yang sibuk cuci pinggan di dalam singki itu mengangguk, "ye betullah tu. Awak dah makin mahir Rosean."

"Ini pun ajaran awak tau! Kalau tak minta tolong awak ni, siapa lagilah nak ajar saya buat kek untuk suami saya kan?"

"Awak tak ada kawan perempuan lain ke?"

"Nak kata ada tu, memang taklah. Saya ni susah sikit dengan perempuan, lagi-lagi orang susah nak berkawan dengan saya. Ada pun cuma Xavier, Aryan dan Haiqarl jelah. Awak satu-satunya kawan perempuan saya"

"Yeke? Untungnya saya jadi orang pertama kawan perempuan Rosean!"

"Kenapa pula untung?"

"Sebab awak ni cantik, baik dan saya suka sangat dengan awak! Rasa bersyukur gila Allah hadirkan awak dalam hidup saya!"

"Awak ni kan Bella, ada yang saya peluk-peluk awak kang!" Rosean geram betul dengan Isabella. Comel sangat!

Mereka buat kek sambil berbual mesra di dapur. Bacuhan kek itu dimasukkan ke dalam oven.

"Kita makan biskut dulu dekat depan jom?"

"Kek ni?"

"Tunggu dia masak tu lama jadi baik kita rehat dulu"

"Okay" Rosean bantu Isabella bawak makanan petang ke ruang tamu.

Pintu utama dibuka dari luar oleh Xavier. Isabella dari dapur itu berlari anak ke arah Xavier. Beg kerja Xavier diambil. "Sayang lapar?"

"Tak. Dah makan tadi" balas Xavier dengan suara dinginnya. Rosean perhati dari dapur.

"Hurm sayang makan dekat mana? Dengan siapa?"

"Dekat restoranlah, mana lagi. Dengan kawan."

"Ouh.. Hurm by the way, Rosean datang rumah buat kek dengan cinta. Sayang nak rasa kek buatan cinta tak?"

"Sayang dah kenyanglah cinta. Nanti-nantilah sayang makan. Dahlah orang nak mandi" Xavier langsung tak fikirkan perasaan Isabella dan terus menuju ke biliknya di tingkat atas.

Isabella angguk perlahan dan tuju ke dapur semula. "Awak okay?" tanya Rosean. Isabella pandang Rosean dan tersenyum, "okay je. Jom makan biskut?"

"Jom" Rosean peluk badan Isabella dan mereka sama-sama ke ruang tamu. Sambil makan itu, Rosean dah maki Xavier dalam hatinya. Dia rasa betul apa yang Aryan katakan.

Xavier curang dengan Isabella.

Bersambung

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now