"Tak lapar" Isabella jalan cepat ke arah ruang laundry. Xavier fikir semula apa yang dia dah buat.

Xavier teringat akan ayatnya yang terlepas dari mulut tadi. "Haish! Kau ni bodohlah!"

Isabella keluarkan baju yang dah dibasuh oleh mesin basuh. Dia letakkan di dalam bakul.

Mesin pengering didekati. Baju yang basah di dalam bakul itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam mesin pengering.

Sedang Isabella asing-asingkan baju, pinggangnya dari belakang dipeluk Xavier. Isabella tahu siapa dari bauan minyak wangi Xavier. "Cinta..." panggil Xavier dengan suara lembutnya.

Isabella diam je. Dia fokus asingkan baju. Langsung tak berikan perhatian terhadap Xavier.

"Sayang minta maaf.. Sayang tak patut cakap macam tu dekat cinta. Sayang bersalah. Cinta janganlah macam ni hm?" Xavier usap atas kepala Isabella.

Isabella tolak tangan Xavier. Button start ditekan dan bakul disimpan ditempatnya.

Isabella berlalu ke ruang tamu. Ingin bersihkan ruang tamu pulak.

Xavier tahu Isabella marah. Riak wajah Isabella je ketat semacam. Isabella pulak tak balas apa yang dikatakan Xavier.

Selepas 2 bulan balik ke Malaysia dan sebulan tinggal di rumah baru, Isabella senang sangat terasa. Apa je Xavier buat, ada je yang tak kena.

Bukan itu je. Emosi Isabella lagilah tak stabil. Asyik nak marah. Tiba-tiba menangis dan tiba-tiba jadi hantu. Xavier sendiri penat nak layan karenah Isabella tu.

Tapi dah isteri kan, nak buat macam mana.

"Cinta pergi kerja dulu okay?" Xavier hulur tangan kanannya. Isabella sambut tangan tersebut dan salam. Saat dia ingin lepaskan, Xavier tarik Isabella ke dalam pelukkan.

Dahi Isabella dikucup sekilas. Atas kepala Isabella yang dibalut tudung itu diusap. Terpaksa bertudung kerana Xavier hantar 20 orang pengawal jaga di sekeliling luar rumah Xavier.

Pagi sampai petang, tingkap dibuka jadi Isabella kena pakai tudung. Malam je Isabella tak pakai dan bila di ruang tingkat atas je Isabella tak perlu nak bertudung.

"Maafkan sayang boleh hm? Sayang tak kisah cinta nak merajuk, lagi-lagi bila salah sayang tapi sayang rindukan cinta. Ni sayang nak pergi kerja, nanti bila cinta merajuk, siapa nak balas rindu hm? Sayang minta maaf okay?" Xavier usap pipi Isabella.

Isabella menitiskan air matanya. Dia mengangguk perlahan. Pelukkan dieratkan.

"Nak dengar suara cinta"

"C-cinta maafkan.. Maaf cinta marahkan sayang hm"

"Itukan sifat perempuan, sayang faham. Nanti makan tengah hari ni, kita makan luar nak?"

"Hurm esok lah sayang, tengah hari ni cinta nak keluar dengan Rosean dan Haiqarl"

"Eh pergi mana?"

"Rosean minta tolong pilihkan hadiah untuk Ikram dan Haiqarl bawa kereta"

"Okay. Hati-hati tau cinta? Kad hitam tu ada lagi kan?"

"Ada! Malam ni cinta masak special untuk sayang okay?"

"Okay cinta. Sayang nak pergi dah ni, assalamu'alaikum.. I love you, cinta" Xavier kucup kedua-dua pipi Isabella.

Isabella balas kucupan Xavier. Isabella kucup bahagian bibir Xavier sekilas. "Waalaikumussalam, love you too, sayang"

Setelah Xavier beredar, Isabella usap perutnya. Dia sebenarnya terpaksa tipu Xavier.

Telefonnya dipegang dan dia dail nombor Rosean. "Xavier dah gerak, awak dan Haiqarl boleh datang ambik saya"

Skip

Papan kekunci komputer itu ditekan sambil mata Xavier fokus hadap benda-benda di skrin komputer. Banyak kerja yang dia perlu selesaikan.

Pintu pejabatnya diketuk dari luar. Xavier benarkan dan Nik Dylan masuk. Dylan tunduk hormat. "Tuan, ada seseorang nak jumpa tuan"

"Siapa?"

"Katanya dia nak partner dengan tuan untuk produk yang dia mahu keluarkan"

"Ada yang buat temu janji ke?"

"Tiada tuan. Tetamu ni datang tiba-tiba."

"Benarkanlah. Sediakan dua teh"

"Baik tuan" Dylan tunduk hormat semula dan benarkan tetamu itu masuk. Adriana Kamelia masuk dengan senyuman manis terukir di bibir.

Tangan dihulurkan. Xavier tak sambut dan hanya tersenyum.

Adriana tarik tangan semula, "you Hans Xavier right? I Adriana Kamelia, nice to meet you."

"Dari syarikat mana ye?"

"ANA Sendirian Berhad"

"Ah selamat datang. Okay produk apa tu?"

Dan segalanya bermula.

Bersambung

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now