"Kafe kakak kau? Sejak bila kakak kau buka kafe? Tak pernah cakap dekat aku pun?" Bertubi-tubi soalan ditujukan kepada Aidan.

Punyalah tak kisah terhadap sekeliling, sampaikan Hannah tidak tahu yang kafe ini milik kakak Aidan. Malah dia tidak tahu yang Aidan merupakan pekerja di sini.

"Sejak aku pindah atau lagi tepat sejak kau porak-perandakan hidup aku," balas Aidan acuh tak acuh.

Baginya Hannah seorang yang sangat dia percaya suatu masa dulu tapi tidak lagi setelah kejadian yang memberikan parut dalam Aidan. Hatinya bagai dicakar dengan rakus oleh Hannah.

"Aidan tolong dah nak masuk empat tahun dah kejadian tu. Bukan aku yang punca semua tu berlaku. Percayalah."

Aidan diam membisu bagai batu walau dipijak berkali tetap berdiam tak mengeluarkan satu bunyi pun.

"Aku ada bukti, Aidan. Percayalah bukan aku." Nada Hannah sedikit merayu. Baginya Aidan satu-satunya sahabat yang sangat memahami dirinya. Mana tidaknya, mereka berdua bersahabat berumur satu tahun. Aidan dan Hannah merupakan jiran dan kedua ibubapa mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab.

"Apa bukti kau? Cukuplah menipu Hannah." Aidan senyum sinis. Penat ditipu oleh gadis di hadapannya. Serik.

Syah hanya melihat keadaan regang mereka berdua. Takut hendak masuk campur. Hal yang dia ingin ceritakan boleh tunggu tapi hubungan antara dua sahabat ini tak patut diganggu.

"Aidan!" Terhinjut sedikit bahu Syah mendengar suara Hannah naik seoktaf.

Hannah benar-benar sudah hilang sabar dengan perangai Aidan yang kini. Berkali-kali dia cuba menceritakan perkara sebenar kepada Aidan tetapi Aidan hanya buat tak endah dan tak ambil peduli.

"Kau cuba dengar dulu aku nak cakap apa. Tolonglah. Penat aku sabar dengan perangai bodoh kau ni. Percaya sangat si Alif tu. Kau tengok apa dia dah buat dekat kita. Ini ke persahabatan yang kau nak selama ni? Ini ke yang kau janji dekat aku dulu ?" Hannah mengatur nafas sebelum menyambung kata-katanya. Dada kini terasa semakin sesak dek kerana pelbagai perasaan yang dirasai. Marah, sedih, kecewa dengan Aidan.

"Aidan kau sedar tak sekali pun kau tak bagi aku peluang untuk jelaskan apa yang jadi. Sekali pun tak, Aidan. Kau nak aku buat apa untuk kau duduk dan bagi aku jelaskan benda ni. Kau nak aku buat apa?"

Aidan diam membatu. Tak tahu apa yang patut diucapkan sekarang.

"Jawab Aidan...Jawab..."

Muka Hannah terasa bahang. Nafas terasa seakan tersangkut di kerongkong. Penglihatannya sedikit kabur dek air mata yang mula bertakung. Perlahan air mata mula mengalir di mata kiri Hannah.

"Hannah..." Hati Aidan sedikit terusik melihat Hannah dalam keadaan seperti itu. Syah terus mengambil tempat di sebelah Hannah dan menepuk perlahan belakangnya walau berkali tangannya tebus menerusi Hannah.

Air mata dikesat lembut dengan tangannya. Hannah terus menyelok poketnya dan mengambil telefon. Aplikasi WhatsApp dibuka dan terus mencari nama Alif. Ruangan sembang dibuka dan telefon dihulur kepada Aidan.

"Ni baca. Then it's up to you. Nak percaya atau tak."

"

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن