13❤️

3.6K 157 1
                                    

            Mata ku perlahan cuba dibuka. Tersedar, aku di atas katil. Katil putih yang empuk. Aku juga perasan tudung ku tidak lagi membaluti kepala.

        Entah dimana aku ni. Suasana bilik dan rekaannya sama seperti rumah Danial. Mungkin ini blok akhir. Aku belum pernah pergi ke blok akhir rumah Danial ini. Ianya berada di belakang sekali.

Lagipun blok akhir selalu tempat bodyguard Danial. Jadi tiada sebab aku perlu kesini.

        Pintu dibuka setelah aku duduk. Lelaki tinggi dan berbadan tegap. Seluruh pakaian nya berwarna hitam. Dari topi sehingga ke kasut.

          Mask yang dia pakai menyebabkan aku tak nampak mukanya. Apa yang aku nampak rambutnya berwarna blonde serta mata nya yang berwarna sedikit coklat.

              "Kau siapa?"

"Kau rasa aku siapa? bereit für morgen" nanti. Itulah perkataan Jerman yang aku dengar dalam telefon semalam.

Dia sengaja menekankan ayat dalam bahasa german itu supaya aku mengecamnya.

          Nampaknya aku rasa aku boleh agak siapa dia ni. Mungkin salah seorang musuh Danial.

          Aku cepat cepat turun dari katil dan menjauhkan diri dari lelaki itu.

          Malah dia mendekat. Pinggangku dipeluk, rambutku direntap kuat. Sakit yang teramat.

         Aku menepis dadanya dan menendang kakinya. Aku kemudian meluru keluar dari bilik itu.

------*****-------

Betul sangkaan ku. Aku bersyukur sekurang kurangnya aku masih dalam rumah Danial.

        Lelaki tadi mula mengejar ku. Aku berlari selaju yang mungkin. Tiba tiba seorang lagi lelaki yang turut berpakaian seperti lelaki tadi menangkapku.

        Leher ku dicekek. Lelaki tadi turut sampai. Aku menggunakan segala teknik yang telah aku pelajari semasa boxing untuk melepaskan diri dari dua lelaki itu.

         Akhirnya mereka jatuh. Tapi buat sementara. Aku berlari ke blok hadapan dan menaiki tangga menuju ke bilik. Telefonku dicapai lalu nombor Danial ditekan.
   
          Bergetar tangan memegang telefon itu "Assalamualaikum my sweet Flora.. sayang ok ke tu?"

       "Abang.. tolong Flora abang.. tolong balik please..."

          Tiada jawapan salam dariku. Terus aku meminta pertolongan darinya.

       "Kenapa ni sayang..sayang ok tak?" Nada Danial mula bertukar risau.

       Belum sempat aku menjawab pintu dirempuh kuat oleh enam orang lelaki. Mereka melulu masuk ke dalam.

        Aku ditolak ke atas katil. Segala jeritan ku didengar Danial kerana aku belum mematikan panggilan kami tadi. Handphone ku pula kini tercampak di bawah katil.

          "Lepaslah...kau nak apa? Lepas lah..." Aku cuba mengelak dari disentuh lelaki lelaki itu. Seorang dari mereka mula membuka mask.

        Lelaki yang tadi. Berambut blonde berserta mata coklat cair.

        "It's okay sayang it'll be end soon"
Kata nya padaku

   Aku masih menjerit dan melarang nya dari menyentuh diriku. Mukanya dirapatkan denganku. Aku meludah mukanya.

  Pang!!!

Satu tamparan dia berikan padaku. Berdarah dan pecah bibirku. Rambutku direntap kuat lalu dihantukkan kepala ku di pintu.

       Sakit yang sukar ku gambarkan. Aku sudah tidak bermaya lagi. Tambah lagi aku sememangnya tidak sihat sejak semalam.

MY HUSBAND MR. DANIAL ✓Where stories live. Discover now