02❤️

4.2K 202 6
                                    

(Bunyi tumbukan pada boxing) rutin aku kebiasaannya pada pagi Sabtu, lepas solat subuh tadi aku terus datang tempat boxing ni, memang aku pelanggan tetap kat sini, aku memang main boxing sejak umur 13 tahun.

Pada mulanya boxing ni aku join atas dasar keselamatan, aku nak protect diri aku sendiri especially masa duduk US dengan mommy dulu.

Tapi sekarang boxing ni dah jadi rutin workout aku, memang tak dijangka aku akan minat boxing ni.

Pintu bilik boxing yang aku sewa itu dibuka oleh Aira, aku boleh agak apa dia nak cakap, mesti pasal kerja.

"Miss Flora dah pukul 10.30 ni, dah nak masuk 2 jam Miss main boxing, kita ada meeting dengan Citra Company kejap lagi, saya rasa better Miss get ready."

"Hish..yelah..yelah saya pergi mandi jap.. mana baju spare saya nak, bak sini."

"Ni Miss, kalau takda apa apa lagi saya tunggu Miss kat tempat parking kereta ok?"

"Ha, ha okk.."

Selesai mandi, aku memakai baju blouse berwarna ungu perlahan beserta seluar putih yang sedikit kembang di hujungnya, aku memang suka seluar macam ni sebab tak ketat.

Arwah mommy selalu pesan, aurat kena jaga, tak kira lah pakaian jenis apa yang kita pakai yang penting pakaian tu tidak ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.

beserta dengan shawl putih bercorakkan bunga bungaan. Aku lilitkan shawl itu ke kanan dan mengepinnya. Manakala bahagian sebelah lagi aku masukkan ke dalam baju.

Aku ambil handbag Coach yang berwarna putih dan mengeluarkan lipstick Maybelline lalu meletakkannya ke bibirnya supaya kelihatan seperti natural pink.

Aku pakai stokin berwarna kulit lalu menyarungkan heels yang aku bawak dari rumah tadi, aku masukkan selipar, pakaian dan seluar kotorku serta inner tudung warna hitam yang aku pakai masa main boxing tadi ke dalam beg kecik berwarna coklat gelap.

Aku keluar dari bilik boxing yang aku sewa tu dan terus menuruni tangga untuk ke tempat parking kereta.

" Thank you Miss... Come again." Itulah yang dikatakan penjaga kaunter yang ada di situ semasa aku menuju keluar...aku hanya tersenyum tanda hormat.

Aku sampai di keretaku dan menghulurkan tangan kepada Aira tanda aku minta kunci kereta, walaupun aku boss tapi aku lagi suka pandu kereta sendiri.

Aku buka pintu kereta dan masuk, begitu juga yang dilakukan oleh Aira. Baru sahaja aku mengstart enjin kereta, ringtone telefon bimbit ku berbunyi.

Ternyata yang menelefon ku ialah daddy ku. Aku memang tak save "daddy" tapi aku save Encik Fahrin sejak mommy and daddy bercerai and daddy kahwin lain aku memang tak rapat dengan daddy dah.

Sedar tak sedar kami memang tak rapat. Kadang kadang kami tak bercakap langsung selama berbulan-bulan. Bukan sebab gaduh tapi sebab memang itulah yang akan terjadi.

Aku angkat telefon yang berbunyi tu.

"Nak apa?" Kataku agak kasar.

"Flora daddy nak mintak duit sikit boleh?"

"Kenapa? Daddy kan ada company sendiri mesti kaya kenapa mintak Flora duit?"

"Ala...daddy nak Kene bayar ganti rugi pada this one company."

"Daddy buat apa sampai diorang minta ganti rugi?"

"Ala daddy cakap yang company daddy akan bina satu bangunan dekat Selangor, tapi owner tanah tu tipu daddy. Company yang mintak ganti rugi ni dah bayar duit kat daddy 20 ribu sebagai duit pendahuluan untuk kami bina bangunan tu sama sama tapi jadi macam ni."

MY HUSBAND MR. DANIAL ✓Where stories live. Discover now