Capitolo 12(sedang edit)

Începe de la început
                                    

"Jika ini keputusannya, kami  ikut lagipun lepas nie aku tahu yang ayah mentua kami akan cari isteri kami untuk pujuk kau untuk tak tarik pelaburan tu."

Tengku Daariya hanya angguk sahaja. Dia tahu keputusan ini akan buatkan Tengku Dura kembali sedih. Tapi demi mengelak dari bergaduh besar, Tengku Daariya memilih untuk pergi sekali lagi. Kemungkinan mereka akan hilang dari radar.

Mereka selesai beli barang. Kini Tengku Daariya dan yang lain terus pergi ke rumah ketiga wanita itu untuk berjumpa serta membersihkan nama mereka. Kehadiran Tengku Daariya buatkan ketiga lelaki berusia ketakutan serta mula risau jika gadis itu menarik pelaburan mereka. Mereka tahu agak susah untuk berkerjasama dengan syarikat cucu tengku Dihyan.

"Aku taknak bermukadimah kat sini. Tapi aku nak pesan. Sabtu minggu depan datang untuk jadi wali pada anak gadis korang. Jika korang dah selesai jadi wali. Ikut pandai korang untuk pergi. Ha sebelum Aku lupa. Anak korang tak pernah sekali pun terlanjur. Dalam tiga sampul nie, ada bukti serta ada rakaman CCTV."

Alangkah terkejut mereka bila dapat tahu sebenarnya itu adalah gambar anak saudara mereka tapi gambar yang mereka dapat adalah gambar yang telah diedit. Tengku Daariya bangun dan terus keluar. Tapi dia berhenti sekejap.

"Sebelum aku lupa. Sejurus anak gadis kau jadi hak mereka bertiga. Korang akan dapat panggilan dari syarikat aku. Sama ada aku tarik pelaburan dalam syarikat korang atau tak. And one more thing I want to say. Setelah kau dapat panggilan itu. Anak korang tak boleh tolong pujuk Aku sebab mesti si suami tak beri masuk campur."

Tengku Daiyan dan Tengku Dihyan meminta mereka yang lain menguruskan Majlis pernikahan mereka bertiga. Ia kerana mereka tidak dapat pulang dari tanah suci. Jadual mereka penerbangan mereka dilanjutkan sehari. Tengku Daariya hanya angguk. Hotel milik Tengku Daiyan bakal dijadikan tempat bersanding untuk pasangan itu.

Tengku Daariya perlu buat persiapan  untuk ketiga orang kepercayaannya. Kini tinggal lagi beberapa perkara sebelum majlis itu berlangsung. Tengku Daariya buat mesyuarat mengejut. Layla dan Kyda tidak tahu. Mereka yang lain tahu mengapa Tengku Daariya buat begitu.

*********

KETIBAAN Tengku Daariya buatkan semua anak buahnya tunduk hormat. Tengku Daariya terus duduk atas kerusi. Mereka tahu mengapa ketua mereka melakukan perkara itu.

"Setelah selesai majlis mereka bertiga. Aku nak semua bertolak ke United States. Syarikat utama di sana bukan lagi di Malaysia. Kita akan menetap disana sampai umur Aku 25tahun. Mungkin keputusan Aku nie akan buat mummy aku sedih. Tapi cara ini sahaja aku ada."

"Kami akan ikut ketua kemana sahaja ketua pergi. Kami mahu balas jasa ketua kerana jaga keluarga kami tanpa kami sedar."

Tengku Daariya tersenyum. Dia perlu beri amaran juga. "Tapi masa majlis nanti setiap orang jalankan tugas kau orang untuk lindung mereka. Ia kerana mereka juga seperti ketua bagi korang. FAHAM!"

Semua berdiri tegak semasa ketuanya beri arahan. Tengku Daariya dan yang lain bangun dan keluar. Manakala anak buah mereka mahu mengemas barang mereka untuk dihantar ke US. Mereka tahu sejurus majlis tamat, mereka akan terbang ke sana. Cyra turut mengemas barang miliknya.

Dia juga sudah beritahu si ibu dan ayah bahawa dia bakal menetap disana. Walaupun keluarganya juga mafia tapi demi sahabatnya, dia lepaskan jawatan Ketua Black Venom. Jawatan itu telah dia berikan kepada adik lelakinya.

********

SEMUA bakal pengantin mula gemuruh Walaupun Charles dan Achyls sudah kahwin dahulu kerana adat mereka lain. Tapi mereka tetap teruskan majlis bersanding bersama. Zayyan Ammar tersenyum bila wali kepada bakal permaisuri datang.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Aresha binti Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM100 000.00 tunai."

Zayyan menarik nafas sebelum lafazkan akad nikah itu. "Aku terima nikahnya Nur Aresha binti Ahmad dengan mas kahwin RM100 000.00 tunai."

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Kini Aresha sah jadi milik Zayyan Ammar. Kini mereka menadah tangan bila seorang ustaz membacakan doa. Tengku Daariya telah menghantar gambar itu pada WhatsApp group. Majlis bersanding akan berlangsung pada malam karang.

**********

TENGKU Daariya tersenyum bila melihat pasangan itu tadi. Dia masih belum mahu mendirikan rumahtangga. Tapi akibat sikap daddynya masih suka desak buatkan dia tekad untuk pergi dari situ.

Charles dan yang lain sedang bersiap untuk bersanding. Manakala Tengku Daariya sudah siap dan hanya menunggu Cyra yang sedang betulkan tudungnya. Tengku Daariya hanya mengenakan design selendang yang simple sekali.

Kini mereka turun ke dewan untuk majlis bersanding. Ianya kerana pada pukul 12.00 tengah malam mereka akan bertolak ke US. Tengku Daariya sempat meminta mereka semua hapuskan nombor telefon mereka supaya tak ada orang jejak mereka disana.

Tengku Daariya beli dua biji rumah. Satu untuk anak buahnya yang lain manakala sebuah lagi untuk mereka lapan orang tinggal. Walaupun Tengku Daariya punya rumah tapi dia mahu ketiga-tiga pasangan tersebut duduk sekali.

Dalam rumah mereka sudah diletak syarat. Mengatakan wanita Muslim wajib pakai tudung ketika keluar dari bilik. Jadi semua anak buah mereka sudah tahu tentang peraturan itu.

Tengku Daariya yang sedang pasrah bergambar angkat kening bila salah seorang anak buahnya datang. Lelaki itu berlari dan berbisik.

" Kita kena bertolak sekarang. Saya tahu bos nak habiskan majlis nie tapi keluarga bos dalam perjalanan ke sini."

Tengku Daariya melihat jam tangannya. Dia memandang ke arah pasangan tersebut. Cyra pula sudah meminta anak buahnya sediakan kereta sport mereka serta motor kuasa tinggi Tengku Daariya untuk ke lapangan terbang peribadi White Eagle.

Tanpa banyak kata, mereka berlapan terus keluar tanpa yang lain sedar. Tengku Daariya terus menanggal gaunnya. Tengku Daaniyal pelik bila melihat mereka semua.

"Naraaaaaa."

Tengku Daariya pandang dan beri senyuman ikhlas sebelum pergi. Mereka yang lain sudah mula masuk kenderaan masing-masing. Para tetamu sudah mula beransur setelah diberitahu oleh anak buah Tengku Daariya bahawa para pengantin ada kecemasan yang memerlukan mereka semua bertolak ke destinasi seterusnya.

Tengku Daariya pandang Charles. Dia memberi isyarat untuk mereka bawa laju. Kelibat anak buah Tengku Dary kelihatan. Alat komunikasi ditelinga telah diaktifkan.

"Guna jalan lain supaya kita boleh lepaskan diri dari mereka. Daddy hantar anak buah dia untuk tahu kita kemana. Guna jalan yang banyak kenderaan lain guna. Dengan cara tu sahaja kita dapat lepaskan diri."

Kini mereka guna kelajuan yang mungkin bahayakan diri mereka tapi cepat dapat lepaskan diri. Tengku Daariya terus pecut setelah lampu isyarat mahu bertukar merah. Anak buah Tengku Dary mengeluh kerana mereka terlepas sasaran.

-TBC-

Happy reading❣️

Updated :31/3/2023

Story nie akan diedit balik

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum