Selepas melafazkan ayat, air mata jatuh menitis di pipi Ikram. Dia dah lepaskan adiknya.

Isabella yang menjadi penonton itu juga menangis. Dia dapat rasa perit abangnya.

Dah lama mereka jadi anak yatim berdua, tiba-tiba kejadian tidak disangkakan berlaku.

"Aku terima nikahnya, Nur Isabella bin Muhammad Imran dengan maskahwinnya, 100 ribu ringgit tunai" hanya sekali lafaz, Isabella sah menjadi isteri Xavier.

"Sah?" tok kadi bertanya kepada 3 wakil Xavier iaitu Alexander, Aryan dan Haiqarl. Ketiga-tiga wakil itu mengangguk setuju.

"Alhamdulillah"

Skip

Sarung disarung di jari pengantin perempuan. Isabella malu-malu ingin menyalam tangan suami sahnya.

"Alahai korang berdua ni, tak payah nak acah malu sangatlah! Dah jadi suami isteri pun nak malu-malu bagai" komen pedas dari Aryan. Dia dahlah jadi photographer tak berbayar, pastu menyusahkan pulak.

Ini pun idea Aryan sendiri. Katanya hadiah kahwin untuk Xavier dan Isabella.

Aryan ada syarikat bergambar sendiri. Ini antara kemahirannya.

Xavier tajam pandang Aryan. "Kau tunggu belakang nanti eh?"

"Ey aku gurau jela!" Aryan dah takut dengan jelingan tajam Xavier.

Isabella salam tangan Xavier dan gambar diambil. Selepas itu, cincin pengantin lelaki pula disarung.

Xavier kucup dahi Isabella. Lama mereka berada di posisi itu. Ingin menambahkan rasa di dalam hati masing-masing.

Habis juga sesi pembatalan air sembahyang antara pengantin. Mereka perlu bersiap untuk majlis seterusnya.

"Ha Xavier dan Isabella kena pisahkan bilik ye. Karang satu bilik, bukan bersiap tapi buat benda lain. Hasya dan Haiqarl, pergi setelkan cepat" pesan Alexander. Dia kenal sangat cucu lelakinya itu.

"Ala ayahanda ni" keluh Xavier. Tahu-tahu je.

Isabella dah hilang di tarik Hasya dan Ayra. Mereka akan bersiap untuk majlis seterusnya iaitu tema warna biru.

Manakala Xavier bersiap dengan bantuan Haiqarl.

"Wei Qarl, kau ni bila nak terima Hasya tu?" tanya Xavier.

"Asal kau tetiba tanya?"

"Tak adalah, aku kesian dengan Hasya tu. Nampak sangat dia menaruh perasaan dekat kau, tak akan kau tak perasan lagi kot?"

"Aku bukan apa Xavier, aku tak pasti dengan diri sendiri. Aku tahu dia sukakan aku tapi aku tak rasa dia akan bahagia dengan aku" keluh Haiqarl sambil tangannya sibuk memakaikan Haiqarl baju.

(nak beritahu, baju tu agak susah nak dipakai ye, sbbtu Haiqarl kena bantu)

"Kau masih teringat perempuan tu ke?"

Terhenti sekejap kerja Haiqarl. Dia mengangguk.

"Aku tahu sakit untuk terima kenyataan Haiqarl tapi, dia bukan untuk kau. Aku harap, kau buat solat istikharah untuk tengok siapa yang sepatutnya dan sesuai jadi isteri kau. Kalau Hasyalah gadis itu, jadikan dia isteri.. Jangan sampai kau terlepas, ingat tu" pesan Xavier sambil dia menepuk bahu sahabatnya.

Walaupun susah untuk Haiqarl menerima kenyataan itu, dia harus menelannya. Gadis yang dia suka, bukan miliknya lagi.

"Aku cuma terkilan dia pilih Darwish dari aku, Xavier.. Dan pilihan dia salah sampai tuhan ambik dia" air mata Haiqarl mengalir saat dia meluahkan rasa hati.

"Allah sayangkan dia, Qarl. Kau tak boleh ubah takdir. Ye sakit, tapi aku dan yang lain ada dengan kau. Kau kena kuat okay?" Xavier tarik Haiqarl kedalam pelukkan.

Aryan dari luar mengintai dan masuk terus ke dalam bilik. Dia masuk ke dalam pelukkan.

Inilah sahabat yang mereka bersyukur Allah bantu mereka berjumpa. Mereka saling ada antara satu sama lain.

"Aku rindu dia.." rintih Haiqarl dalam pelukkan Xavier dan Aryan.

Rosean yang dah lama tunggu dekat luar tu terus masuk ke dalam bilik itu. Penat woi tunggu!

"Lah! Luah perasaan tak ajak!" Rosean berlari masuk ke dalam pelukkan.

"Eh dah dahlah. Ni majlis kahwin aku, tak akan muka kau nak sedih je kan?" Xavier bantu Haiqarl.

Haiqarl mengangguk dan lap air matanya. Mereka saling pandang antara satu sama lain dan ketawa.

"Woi buruk duh kau Qarl!"

"Diam lah kau Aryan! Sibuk je!"

"Memang fakta buruk tau!"

"Yah Rosean!"

"HAHAHAHAH" gelak mereka serentak.

Bersambung

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now