Bab 5

78.2K 5.9K 1.3K
                                    

Pagi itu Dhia turun dari katilnya. Lapar. Tapi malas betul nak masak. Dhia naik ke atas mengambil tudung sarung dan juga purse. Pintu rumah di kunci terlebih dahulu sebelum keluar. Dhia bercadang untuk membeli sarapan pagi di kantin tentera sahaja.

Tanpa membuang masa, dia berjalan dengan terjengket-jengket. Nak exercise! Sampai saja ke kantin, Dhia menoleh ke kiri. Ada latihan kawad ke harini?

"Kak, saya nak nasi goreng kampung satu. Bungkus eh." pesan Dhia. Dia masih lagi memandang padang kawad. Anak mata gigih mencari susuk tubuh seseorang. Manalah tahu, ada ke? Kan nama rezeki tu.

Gotcha! Lelaki itu segak mengenakan pakaian seragam berwarna putih. Terlebih handsome! Extra sexy! Cepat-cepat Dhia mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar Ehsan di snap dari jauh.

"Nah dik, semuanya Rm 5.50."

Dhia mengeluarkan not sepuluh ringgit.

"Keep the change kak. Oh kak, diorang ni tengah ada latihan kawad ke?" Tanya Dhia tanpa segan silu.

"Haah dengarnya macam tula."

Dhia mengangguk dan memberikan senyuman sebelum pergi.

"Cikgu Dhia!"

Dhia menolehkan kepalanya kebelakang. Susuk tubuh Zahid sedang berlari menghampiri ke arahnya.

"Tuan Zahid, Tuan buat apa dekat sini?" Tanya Dhia sekadar untuk maniskan suasana saja. Tak bermaksud lebih.

"Saya terlibat dalam latihan kawad ni. Cikgu Dhia buat apa dekat sini?"

"Oh saya beli breakfast dekat sini." jawab Dhia. Dia tersenyum.

Anak mata Ehsan memandang tajam ke arah lelaki dan perempuan yang sedang rancak bersembang. Liur di telan. Fikri menguis Ehsan di sebelahnya.

"Fokus Ehsan. Aku tengok kau dah terbang jauh ni." tegur Fikri. Anak mata Ehsan masih lagi menumpu ke arah gadis itu. Gadis itu sedang tersenyum.

"Kau handle diorang. Aku ada hal kejap." kata Ehsan dengan dingin.

"Cikgu Dhia nak saya belanja makan? Lagipun saya pun belum breakfast lagi ni." kata Zahid. Dhia menggarukan kepalanya.

"Tak apalah Tuan Zahid. Lagipun saya dah beli breakfast ni kan. Saya makan dekat rumah aje." jawab Dhia. Sejujurnya dia tidak selesa. Dhia memberikan senyuman kelat.

"Saya baru ingat nak belanja cikgu Dhia makan. Yela, sebab cikgu dah ajar anak saya dengan baikkan? Sebab tula saya nak balas jasa baik cikgu." kata Zahid.

"Itu memang tugas saya sebagai seorang cikgu Tuan Zahid. Jadi tak perlu la balas jasa baik untuk saya seorang. Ada juga cikgu lain yang mengajar anak Tuan Zahid dekat tadika tu." jawab Dhia. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia meninggalkan lelaki itu begitu saja. Dhia memandang sekeliling. Bayangan Ehsan di padang kawad sudah hilang. Mana lelaki tu pergi?

"Tak apalah kalau macam tu, saya ada kerja sikit. Saya minta diri dulu Tuan Zahid." pamit Dhia. Nafas lega dihembuskan. Lega!

"Kenapa kau keluar Dhia Raihana?" Tanya Ehsan sambil memeluk tubuhnya. Dia berjalan menghampiri ke arah Dhia. Terhenti langkah Dhia.

"Dhia cuma beli breakfast aje."

"Kaki kau dah baik? Belum kan?"

"Kenapa kau tak call aje aku? Kaki kau tengah sakit Raihana. Lagi banyak kau berjalan, lagi lambat kaki kau akan sembuh."

"Dhia cuma beli breakfast area sini aje. Lagipun, Dhia tengok abang tengah sibuk handle kawad kaki tu tadi. Ni dah habis ke?"

Ehsan mendekati gadis itu. Dahi lincin Dhia dijentik perlahan.

HIS CODE NAME: ALPHA  ( TERBIT )Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon