Isabella ukir senyuman, "ahh boleh je. Marilah masuk" Isabella membantu Darwish untuk masuk ke pintu utama mansion tersebut.

Sebelum mereka berdua ingin melangkah masuk, Xavier tiba bersama-sama Aryan dan Haiqarl.

Xavier tarik tangan Isabella dan sembunyikan Isabella ke belakang. "Asal kau balik ha?" soal Xavier keras terhadap Darwish.

Darwish sengih, "kau tak ada hak nak halang aku balik, Hans"

"Kau ni kenapa Xavier? Dia tu tetamu ayahanda tahu tak?" Isabella berusaha melepaskan tangannya yang digengam Xavier.

"Aku tak akan benarkan kau masuk mansion ni! Haiqarl Aryan, setelkan. Kau Bella, ikut aku!" keras betul suara Xavier. Xavier tarik Isabella untuk ikut langkahnya.

Melihat Xavier dan Isabella yang dah pergi, Haiqarl tajam memandang Darwish. "Kau jangan nak buat kerja bodoh Darwish. Kali ni, kau tak akan dapat Bella"

"Kalau aku boleh dapatkan Sofya, apa lagi Bella kan?"

"Kau-"

"Sudahlah Darwish. Kau tak penat ke sakitkan Xavier?"

"Selagi dia tak melutut minta maaf dekat aku, selagi tu aku tak akan pernah penat sakitkan dia. Apa sahaja yang menjadi kepentingan Xavier, aku akan rampasnya. Ingat pesan aku. Kirim salam dekat Alex" selepas berkata begitu, Darwish beredar.

Dia akan hancurkan kebahagiaan Xavier. Xavier tak layak bahagia!

"Dia masih tak nak terima kenyataan yang Xavier tak lakukan semua tu" keluh Haiqarl.

Dia dan Aryan termasuk Rosean tak tahu nak baikkan Darwish dan Xavier macam mana lagi.

Dua-dua tu kalau jumpa, bagaikan anjing dan kucing. Asyik nak gaduh je!

"Dia hilang satu-satunya nyawa dia Qarl, bukan senang untuk dia terima perkara tu. Kita hanya mampu berdoa" Aryan menepuk bahu kanan Haiqarl.

Manakala di bahagian Isabella dan Xavier, Xavier menghempas Isabella ke dinding. Lagi sekali, dia menghalang jalan untuk Isabella lari.

"Kau ni tak habis-habis kan? Kenapa suka sangat paksa aku ha?!" buat pertama kalinya, Isabella menengking Xavier.

Sakit tahu tak kena hempas dekat dinding?

Ingat Isabella tu tak ada perasaan?

"Aku tak nak dan halang kau seratus peratus untuk rapat dan kenal lelaki tu!" pesan Xavier.

"Kau boleh je pesan elok-elok, tapi kenapa perlu buat macam ni sekali?"

Soalan Isabella itu dibiarkan tanpa jawapan. Apabila Darwish buat kemunculannya, dia membuatkan Xavier takut untuk kehilangan Isabella.

Xavier sedar yang dia dah jatuh cinta terhadap Isabella. Cintanya kepada Isabella sangat tinggi.

Bibir Isabella yang pink semula jadi tanpa sebarang lipstick atau lipbum itu ditatap Xavier lama.

Xavier merapatkan wajahnya dengan wajah Isabella. Seluruh wajah Isabella dipandang Xavier tanpa matanya berkelip.

"Nur Isabella"

"Ye?"

Jujur Isabella pelik dengan Xavier sekarang ni. Tadi marah, ni tiba-tiba pulak suara lembut kemain.

Ada masalah jiwa ke apa?

"Aku tahu benda ni merepek tapi..."

"Apa dia?"

"Kahwin dengan aku?"

"Ha kau merepek apa ni?!"

Skip

Dah masuk dua hari, Isabella dan Xavier tidak bertegur sapa. Semenjak Xavier ajak Isabella kahwin, Isabella larikan diri dari Xavier.

Dia tak berikan jawapan. Tak menolak dan tak menerima. Isabella buntu.

Jujur Isabella pun sukakan Xavier tapi dia susah untuk terima hakikat yang Xavier ajak dia kahwin.

Macam dunia ni terbalik.

Dia teringat kenangan pertama kali dia kenal dengan Xavier. Xavier cakap kuat-kuat depan muka Isabella yang Xavier tak akan sukakan Isabella.

Isabella pula jenis trust issue dengan lelaki. Dia susah nak percaya lelaki selepas bekas teman lelakinya curang terhadapnya.

Isabella berjalan menuju ke dapur. Dia rasa dahaga.

Masuk sahaja dapur, langkah kaki Isabella terhenti apabila Isabella terlihat Xavier yang sedang minum susu di dapur. Sudah jadi kebiasaan Xavier minum susu sebelum tidur.

Isabella tak jadi nak minum air. Saat dia ingin melangkah keluar, suara Xavier menghalang Isabella.

"Minum je air ni, aku tak akan kacau kau"

Xavier basuh cawan yang dia gunakan. Cawan yang dah dibasuh itu diletakkan di rak cawan. Xavier jalan menuju ke arah Isabella.

Xavier jalan sebelah Isabella tanpa menegur Isabella. Dia hormat Isabella apabila Isabella tak mahu bercakap dengan Xavier.

Xavier tak nak paksa.

"Hans Xavier" panggil Isabella.

"Hm?" langkah Xavier terhenti.

"Aku terima.. Terima untuk jadi isteri kau" tujuh perkataan Isabella katakan dan membuatkan jantung Xavier terhenti.

Bersambung

( ✔ ) Xavier's CupcakeWhere stories live. Discover now