S2 [24] Lembu Lari Rumah

Start from the beginning
                                    

"Mia gurau jelah. Jom!" Mereka berdua pun pergi ke bilik air bersama. Hud masih memegang erat lengan kiri Mia.

"Hud nak tau tak cerita seram dekat kampung ni?" Tanya Mia saat Hud sudah selesai ambil air wudhu.

"Tak nak tau.." Kata Hud. Mia sengaja ingin menakut-nakutkan Hud. Mia tergelak kerana seronok menyakat Hud.

Baru saja Hud pergi ke pintu dapur, tiba-tiba Tok Aki membuka pintu biliknya.

"Maa!!" Jerit Hud sekuat hati kerana terkejut. Tiba-tiba Tok Aki membuka silat kerana terkejut.

Hud terus memegang dadanya saat menyedari itu cuma Tok Aki.

"Budak ni!" Marah Tok Aki pada Hud kerana sudah membuatnya terkejut. Mia ketawa terbahak-bahak.

"Maaf Tok.. Hud tak sengaja." Hud meminta maaf sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 9 pagi. Kelihatan Mia sedang mengemas dapur dan Hud pula membantu Mia membasuh pinggan.

Pagi tadi Hud masak nasi goreng kerana Tok Aki kata dia nak makan nasi goreng. Tiba-tiba Hud teringat perbualan mereka pagi tadi.

"Hud.." Panggil Tok Aki.

"Kenapa Tok?" Tanya Hud. Dia terus pergi ke arah Tok Aki yang sedang duduk santai di sofa depan tv.

"Tok tiba-tiba rasa nak makan nasi goreng. Harini Hud masak nasi goreng yaa." Pinta Tok Aki.

"Mia yang pregnant, Tok pula yang mengidam ni kenapa." Kata Hud lalu tergelak kecil.

"Kamu nak masak ke tak?" Tanya Tok Aki dengan wajah tenang.

"Yelah nanti Hud masak. Boss nak makan apa-apa lagi?" Tanya Hud. Semenjak Mia mengandung, Hud tiba-tiba suka memasak. Kalau ada masa luang, dia akan belajar memasak di youtube dan media sosial yang lain.

"Nanti belikan goreng pisang dekat warung Pak Samad." Arah Tok Aki.

"Baik boss." Hud pun terus mencapai kunci keretanya lalu pergi ke warung Pak Samad.

"Hud." Panggil Mia membuatkan lamunan Hud terus mati.

"Yaa sayang." Sahut Hud.

"Mia nak makan mangga lah.. Kita pergi pekan beli mangga nak?" Tanya Mia.

"Mia tunggulah dekat rumah, nanti Hud pergi pekan belikan mangga Mia." Kata Hud.

"Mia nak ikut.. Nanti ada perempuan tengok suami Mia ni! Kalau Mia ada mesti tak ada yang berani tengok Hud." Kata Mia. Hud tersenyum penuh makna. Pertama kali Mia berkata begitu dengan dirinya. Hud tidak tau ingin berkata apa kerana hatinya berbunga-bunga.

"Boleh Mia ikut?" Tanya Mia.

"Ok sayang." Kata Hud. Dia masih tersenyum.

~°~

"Pekan tu jauh ke?" Tanya Mia. Saat itu Hud sedang memandu kereta. Hanya Hud dan Mia saja yang pergi ke pekan, Wallif tidak ikut kerana dia ingin membuat layang-layang bersama Harris.

"Tak lah sayang." Jawab Hud. Perlu melalui jalan kecil yang mereka lalui sekarang sebelum masuk ke jalan besar. Kiri dan kanan masih penuh dengan pokok besar. Hud melihat ke arah Mia yang sedang memeluk patung doraemonnya yang Hud hadiahkan tahun lepas.

"Lembu! " Jerit Mia sambil menunjuk ke arah depan.

"Hah?!" Hud yang terkejut terus menekan break kereta.

"Ah.." Wajah Mia tersemban pada perut patung doraemon yang dipeluknya sedari tadi. Hud pula kaku seperti tiang elektrik kerana terkejut. Nasib baiklah Hud tidak memandu kereta dengan laju tadi.

"Sayang!" Panggil Hud cemas.

TOK TOK TOK

Hud tersentak saat cermin keretanya diketuk dari luar. Hud melihat ke arah cermin lalu menurunkan cermin keretanya.

"Abang tak apa-apa?" Tanya seorang remaja lelaki yang berumur lingkungan 16 tahun. Wajah kelihatan sangat risau sekali.

"Y.. Ya. Abang ok.." Jawab Hud.

"Saya minta maaf bang. Sebenarnya lembu saya ni lari rumah. " Jelas remaja lelaki itu.

'Lembu pun lari rumah?' Tanya Hud dalam hati.

"Maaf bang, Sally ni memang nakal sikit." Kata remaja itu lalu menarik tali lembunya. Lembunya pun mula bergerak pergi ke tepi jalan.

"Sally?" Tanya Hud.

"Lembu saya ni nama dia Sally Hansen." Jawab budak lelaki itu. Bukan main lagi nama lembu dia dah macam nama artis. Hud hanya mengangguk tanda faham sambil melihat ke arah lembu yang bernama Sally Hansen itu.

"Adik tak takut ke dekat kawasan hutan ni? " Tanya Hud. Dia mula risau kerana hanya ada remaja lelaki itu dengan lembunya saja di sini.

"Tak lah bang, saya dah biasa. Lagipun rumah saya dekat dengan kawasan ni. " Remaja itu tersenyum. Hud sekadar mengangguk.

"Maaf ya bang." Remaja itu memohon maaf sekali lagi.

"Tak apa, abang faham. " Hud menepuk pelan bahu remaja itu.

"Saya pergi dulu bang. " Kata remaja itu.

"Hati-hati." Pesan Hud. Remaja itu pun terus menarik tali lembunya lalu masuk ke dalam jalan kecil yang berada di tepi jalan.

Hud melihat ke arah Mia yang masih membenamkan wajahnya di perut patung doreamonnya.

Hud dah terlupa dengan Mia.

"Sayang!" Panggil Hud lalu dia memegang bahu Mia. Mia melihat ke arah Hud.

"Sakit ke sayang?" Tanya Hud risau. Hud menyentuh kedua pipi Mia. Mia hanya menggeleng. Hud mengeluh lega. Nasib baik Mia tak apa-apa.

"Maafkan Hud sayang.." Hud terus memeluk Mia.

"Tak apa." Kata Mia, dia tersenyum.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now