"Hmm.."

"Maaf kalau suara aku tak sedap"

"Suara kau okay je" kata Xavier. Walaupun di luar mulutnya kata begitu, di dalam hati, Xavier dah puji Isabella macam-macam.

Sedang Isabella sambung menyanyi dan Xavier fokus memandu sambil melayan Isabella menyanyi, sesuatu menganggu mereka berdua.

Xavier pandang cermin kereta di atas yang memantulkan belakang. Dari satu simpang, sebuah kereta sibuk mengikut kemana sahaja kereta Xavier bergerak.

Bukan itu sahaja, Xavier dapat lihat dengan jelas penumpang di dalam kereta tersebut.

Dua lelaki yang bawa pistol di tangan.

Xavier dapat kesan bahaya.

"Isabella"

"Ye?"

"Pegang erat tali pinggang tu" arah Xavier.

"Kenapa?"

"Ikut cakap aku!" tengking Xavier. Isabella terkebil-kebil dan memegang erat tali pinggang. Xavier menekan minyak.

Betul tekaan Xavier. Kereta itu ikut mereka.

Laju Xavier bawa kereta sambil masuk pelbagai simpang. Dia kena hati-hati kerana dia membawa anak orang.

"K-kenapa ni Xavier? Ada apa-apa berlaku ke?"

"Kau call Aryan sekarang"

"H-ha?"

"Call cepat!" cemas Xavier. Kereta itu semakin laju mengejar mereka.

Isabella mengeluarkan telefonnya dengan keadaan yang sedikit kelam kabut. Dia menekan number Aryan. Selepas beberapa deringan, panggilan diangkat.

"Asal call Bella? Bukan ke kau keluar dengan Xavier?" jawab Aryan.

"Aryan! Ada kereta ikut aku!" jerit Xavier.

Mendengar jeritan dan ayat Xavier, Aryan cepat-cepat keluarkan telefon keduanya. Dia menelefon Rosean Kim.

"Cari tempat tersorok sikit Xavier. Aku nak suruh Rose scan kau" arah Aryan.

"Okay! Pastikan jangan matikan panggilan ni tau Bella?"

Isabella tak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk.

Xavier berhentikan keretanya di bawah pokok yang sedikit terselindung. Nasib ada beberapa kereta yang membantunya lari. Sekarang dia perlu tunggu arahan seterusnya.

Dia boleh je lawan cuma dia bawa Isabella jadi dia tak nak Isabella diapa-apakan.

"Kau okay?" tanya Xavier apabila dia pusing memandang Isabella. Risau Xavier saat air mata Isabella mengalir.

Badan Isabella pun menggeletar takut. Xavier menarik Isabella kedalam pelukannya. Belakang badan Isabella diusap.

"Aku minta maaf bawak kau terlibat dengan benda macam ni. Aku tak expect diorang nak serang aku malam-malam macam ni"

"S-siapa diorang tu?" soal Isabella dengan tergagap-gagap. Dia takut.

Bukan takut sebab dikejar cuma takut apabila memikirkan yang nyawa mereka dalam bahaya semasa Xavier pandu kereta macam orang gila.

Disebabkan kemalangan kereta lah, Isabella dan Ikram kehilangan kedua ibubapa mereka, semasa hari jadi Isabella sendiri.

Isabella dapat lihat kematian ibu dan ayahnya dihadapan mata. Ini antara trauma terhebat Isabella ada.

"Diorang musuh aku dan ayahanda. Sejujurnya, aku ni mafia dan bakal jadi ketua mafia. Ramai orang cuba serang aku untuk bunuh aku bagi dapatkan title ketua mafia tu" jelas Xavier. Dia terpaksa jujur.

Lagipun Isabella memang dah terlibat dengan keluarga mereka.

"M-mafia? Kau merepek ke ni?" Isabella tak percaya.

"Ikut kaulah nak percaya ke tak, tapi kau jangan risau, sekarang ni kau selamat dengan aku"

"Kenapa tak serang je kereta tu?"

"Aku tak nak diorang apa-apa kan kau. Aku dah janji dengan abang kau untuk lindungi kau, Bell."

"Ramai ke yang kejar?"

"Aku dapat tengok dua orang je"

"Setakat dua orang, kita boleh lawan. Kalau kita duduk je dekat sini dan tunggu bantuan, akan ambik masa lama. Baik kita serang dua orang tu dulu"

Isabella dah tak kisah. Ketua mafia ke, mafia ke, musuh ke, yang penting dia kena selamat.

"Kau boleh ke berlawan?" tanya Xavier.

"Sebab tu aku ajak kau lawan. Kau bawak kereta ni pergi tempat terdedah sikit dan tunggu diorang datang" jelas Isabella.

"Tapi-"

"Kalau nak selamat, ni je cara dia. Kata ketua mafia, tak akan lawan dua orang pun tak boleh kan?"

"Baiklah. Tapi kau kena hati-hati faham?"

"Hm!"

Xavier mengangguk dan pandu keretanya ke tempat yang sedikit terbuka. Tiba sahaja, dia memakirkan keretanya.

Selepas beberapa minit, kereta yang mengejar mereka itu berhentikan kereta dibelakang kereta Xavier. Dua orang tersebut turun dengan bersenjata.

Dua-dua menghampiri kereta Xavier. Seorang ke arah Isabella dan seorang lagi ke arah Xavier.

Cermin pintu kereta diketuk. Seorang itu melihat ke dalam dan tiada kehadiran sesiapa.

"Wei aku tak nampak-"

Bush!

Bersambung

( ✔ ) Xavier's CupcakeDonde viven las historias. Descúbrelo ahora