Capitolo 11(sedang edit)

Start from the beginning
                                    

"Hye baby. Miss me hah?"

Tengku Daariya mengeluh kerana jejaka itu sebenarnya obses dengan dirinya sejak beberapa tahun yang lalu. Tengku Daariya tahu yang jejaka itu akan guna kedua kawannya untuk buat pertukaran.

"Kau nak apa lagi? Aku dah cakap yang aku tak akan pernah terima kau untuk jadi suami aku. Jangan ulang kesilapan yang sama."

Jejaka itu terus berubah bengis bila Tengku Daariya menolak tawarannya untuk menjadi sebahagian hidupnya.

"Kalau macam tu, aku minta izin untuk sentuh salah seorang kawan kau yang cantik nie ." Tengku Daariya mula risau. Dia taknak kawannya jadi mangsa.

"Take me but let my friends go." Jejaka itu tersenyum bila Tengku Daariya menyerah diri tanpa ada sesiapa yang cedera. Tengku Daariya sempat beri senyuman sinis yang hanya mereka bertujuh sahaja tahu. jejaka bernama Mike mula pelik kerana dia tahu gadis hadapannya amat licik.

Tanpa berkata apa Tengku Daariya terus lepaskan dua tembakan. Tembakan itu kena pada dada serta dahi. Manakala mangsa tadi dibawa ke markas. Mereka akan seksa mangsa di Malaysia. Tengku Daariya mengeluh lega bila rakannya semua selamat.

Tengku Daariya terus keluar. Dia sempat set bom untuk hapuskan bukti. Cyra geleng kepala bila melihat kawannya a.k.a ketuanya menekan satu punat untuk aktifkan bom itu.

Tengku Daariya terus bergerak ke lapangan terbang peribadinya. Mereka mahu pulang ke Malaysia setelah selesai masalah itu. Tengku Daariya taknak kedua abangnya serta kembarnya tahu yang dia sudah berada di Malaysia.

**********

"OH yeah! Malaysia, I miss you." Tengku Daariya geleng kepala bila Layla serta Kyda dah buat perangai bala mereka.

Kini mereka menuju ke mansion milik Tengku Daariya. Disitu kawalan keselamatan ketat. Tengku Daariya lebih suka kawasan yang kurang bunyi. Kebanyakannya penduduk disitu adalah orang yang ternama. Tengku Daariya memilih mansion disitu kerana kawasan itu hanya ada mansionnya sahaja.

Cyra serta yang lain sudah balik ke rumah mak ayah masing-masing. Charles masuk dan melihat cik mudanya tertidur atas sofa dengan keadaan sopan. Nek jah yang sedang mengemas hanya biarkan sahaja anak muda itu. Tapi dia terfikir untuk memulakan rancangannya yang sudah lama dia buat.

Rancangan dimana Tengku Daariya meninggal dunia dengan betul. Ia kerana seseorang telah memberi upah yang banyak sekali demi untuk bunuh Tengku Daariya. Zayyan Ammar pula sudah dapat tahu pasal itu. Tapi dia mahu melihat sejauh mana orang tua itu mahu buat.

Tengku Daariya terjaga dan terus naik mandi dan solat Maghrib. Mujur sahaja sebelum mereka balik Malaysia, Tengku Daariya serta semua yang lain sudah solat zohor serta asar.

Tengku Daariya turun setelah siap solat serta mengaji. Dia turun ke dapur untuk minum air tapi tanpa Nek jah tahu, Tengku Daariya nampak semua perbuatan Nek jah yang sedang mengisi racun dalam makanan serta minuman.

Zayyan Ammar terkejut bila melihat ketuanya sudah tahu hal itu sebelum dia bongkarkan. Tengku Daariya terus telefon polis untuk menahan Nek jah. Walaupun dia sudah anggap pembantu rumah itu sebagai neneknya tapi kerana perbuatan wanita itu, dia terpaksa juga lakukan.

Beberapa jam kemudian Nek jah ditahan atas kesalahan cubaan membunuh. Nek jah juga telah memberitahu bahawa rancangan itu telah dirancang oleh seseorang yang merupakan bekas tunang Tengku Asry.

Tengku Asry yang dapat berita itu terus berubah bengis dan ke rumah adik sepupunya. Mereka merancang untuk ke rumah orang tua Raina. Kedatangan mereka berdua buatkan Encik Ramli dan Puan Dewi pelik. Tengku Daariya masuk setelah dijemput.

"Ry tak sangka Raina sanggup upah pembantu rumah adik sepupu kerana fikir Daariya yang penyebabnya. Hari nie Asry sendiri akan bongkarkan punca kami putus tunang."

Tengku Daariya tahu punca mereka putus tunang. Tengku Asry sendiri pernah kongsi bukti mengatakan Raina curang dan sedang mengandungkan anak lelaki lain. Tengku Asry tak sanggup bongkar tapi disebabkan Tengku Daariya hampir makan racun. Tengku Asry tekad untuk bongkarkan hal itu.

"Dalam sampul ini ada gambar Raina tidur dengan seorang lelaki, peluk, cium dan melakukan perkara yang Asry sendiri tak sanggup katakan. Dia hamil sebulan lebih. Tapi demi untuk tutup hal nie, dia ajak Asry kahwin awal. Tapi Asry taknak jadi kambing hitam. Daariya bukan punca kami putus tunang. Daariya adalah perempuan abang sulung Asry."

Terkejut kedua orang tua itu bila tahu punca anak Tengku Alyan putus pertunangan itu. "Benda nie Asry tak boleh berdiam. Asry terpaksa tahan anak uncle dan aunt."

Anggukan Tengku Asry buatkan kedua pegawai polis wanita naik dan gari Raina. Tengku Aslan masuk tanpa dijemput dan memeluk tubuh gadisnya. Tengku Daariya terpinar-pinar bila dirinya dipeluk erat. Kedatangan kedua abangnya turut buatkan gadis itu terkejut.

"Wah bawa geng nampak. Pasrah saya begini." Kata-kata Tengku Daariya buatkan mereka tergelak tanpa ingat punca mereka datang. Tapi Tengku Daaniyal terus berubah bengis.

"Saya tak akan maafkan anak perempuan encik Ramli jika berlaku apa-apa pada adik perempuan saya. Tapi jika encik nak anak encik bebas, boleh. Tapi dengan syarat dia perlu dihantar ke pusat pemulihan atau dia berkahwin dengan lelaki yang telah hamilkan anak encik."

Encik Ramli tahu syarat yang diberi itu tak boleh dibawa main. "Saya akan kahwinkan dia dengan lelaki itu.

Tengku Daariya ditarik masuk kereta Tengku Aslan. Ianya kerana semasa datang tadi dia bersama Tengku Asry. Keadaan dalam kereta sunyi bila keduanya diam. Tengku Aslan bawa gadis itu ke restoran mewah untuk makan malam.

"Erkk Nara nak solat isyak dulu boleh baru makan." Tengku Aslan angguk sahaja. Mereka solat di restoran. Danial yang merupakan pemilik restoran itu telah menunjukkan Surau untuk pelanggan Islam solat. Setelah itu mereka memesan makanan serta minuman.

Pelanggan yang sedang makan terus berhenti bila melihat CEO A.D HOLDINGS dan CEO A.I HOLDINGS makan bersama. Tengku Daariya yang rasa tak selesa itu buatkan Tengku Aslan bersuara.

"Tak pernah tengok kami berdua makan bersama ke? Perlu ke tenung sehingga orang lain tak selesa makan bila dipandang seperti kami buat salah."

Semua pelanggan disitu terus makan makanan mereka setelah ditegur. Tengku Daariya sempat meminta pekerja disitu untuk bungkus makanan untuk 100 orang. Tengku Daariya ingin belanja sekali anak buahnya. Tapi Tengku Aslan sudah bayar semua.

Kini mereka berdua terus pulang. Tengku Aslan hantar Tengku Daariya pulang. Dia perlu buat sesuatu untuk gadis itu terima keputusan yang dia dah lama rancang. Tapi dia perlu cari masa yang sesuai untuk mengatakan hajatnya.

-TBC-

Happy reading❣️

Updated : 9/3/23

Nanti akan diedit semula. Maaf sebab lambat update.

 Mrs Mafia : Aslan Dewigh (slow Update)Where stories live. Discover now