"Hari ini saya ada apa je Bella?" tanya Haikal aka bos Isabella. Isabella bekerja sebagai assistant Haikal di syarikat Haikal. Dari Isabella lah Haikal mengenali Haliza.

Isabella berdiri dan memegang bukunya, "hari ini tuan ada mesyuarat penting dengan syarikat yang akan bantu tuan untuk tapak di Johor yang akan membangunkan perumahan dan...." panjang lebar juga penerangan Isabella.

Haikal mengangguk, "baiklah. Sediakan ruang mesyuarat macam biasa"

"Tapi tuan, encik Kasim nak tuan berjumpa dengan dia dekat syarikat dia untuk mesyuarat ini. Dia kata di sana lebih mudah untuk dia terangkan sebab pembantu encik Kasim yang buat ini sedang mengandung" terang Isabella walau dalam hati dah membara, 'kepala bana dia? Kalau dah tahu mengandung, kau jelah terangkan!'

"Okay. Awak ikut saya pergi syarikat encik Kasim"

"Baik tuan, saya kemas barang saya dulu"

"Ha, habis kemas panggil saya. Kita pergi naik kereta saya" selepas itu, Haikal beredar masuk ke dalam pejabatnya.

Ini dia datang lambat pun kerana baru sahaja habis cuti seminggu perkahwinan dia dan Haliza. Haliza saja lambatkan waktu kerjanya.

Biasalah orang baru kahwin.

Isabella membetulkan tudung dan wajahnya dihadapan cermin yang tersedia di atas meja kerjanya.

Beg diambil dan dia berdiri sebelum mengetuk pintu pejabat Haikal.

"Masuk!"

Skip

Beberapa pembelot dihadapan, ditatap tajam oleh Xavier. Haih, menyusahkan betul!

"Aku ni dahlah ada banyak mesyuarat tau, sekarang kena handle korang-korang yang perangai macam cibai ni!" sumpah Xavier malas.

Dia sedang fokus jalankan mesyuarat dan tiba-tiba anak buahnya telefon memberitahu bahawa mereka sudah berjaya tangkap pembelot dalam ahli kumpulan mafia Xavier.

Apa lagi? Xavier berhentikan mesyuaratnya kerana kemarahan yang melanda.

"Kenapa tak kena tangkap masa hari aku cuti? Eish korang ni pun. Kalau nak sembunyi pun, pergilah Brazil ke, India ke, ini tak, dekat Singapore jugaklah korang lari. Macam tak tahu itu kawasan Haiqarl"

Untuk satu pengetahuan tambahan, Haiqarl Daniel dilahirkan di Malaysia tetapi dibesarkan di Singapore kerana ibunya orang Singapore.

Xavier menarik senapang yang ada di atas meja. Dia memang nak seksa pembelot dihadapannya ketika ini, tetapi dia malas.

Lagi penting teruskan mesyuarat.

"Aku malas nak tanya soalan sebab sekarang ni aku tengah tak ada mood. Tapi kalau dah belot tu, jalannya mati kan? Jadi Assalamualaikum!"

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga pembelot mati ditembak tepat oleh Xavier di kepala mereka. Xavier meletakkan kembali pistolnya.

"Dylan, bagi tiga ekor ni dekat anak kesayangan aku. Aku lapar, sediakan kereta dulu" Xavier memberi arahan kepada satu-satunya bodyguard setia serta penolongnya dalam dunia mafia, Nik Dylan.

Dylan yang setia berdiri dipintu, mengangguk dan menunduk hormat. Anak-anak buah Xavier lain yang berada disitu mengikut arahan yang diberikan Dylan.

Xavier berjalan keluar dari bilik seksaan. Dia lapar sebenarnya ni.

'Sumpah rasa nak makan daging!' bisik hati kecil Xavier.

Sedang Xavier berjalan, telefonnya yang berdering menarik perhatian Xavier. Dia mengeluarkan telefon IPhone 13s dari dalam poket dan mengangkat panggilan dari Putra Aryan Xander.

"Asal?" tanya Xavier baik sahaja dia mengangkat panggilan tersebut. Speaker turut dipasang.

"Jom makan dekat sebelah syarikat sepupu kau. Dekat sana ada bukak restoran baru"

"Kau ajaklah orang lain. Aku nak makan daging lah"

"Sini ada jual daging jugak. Kau ni, aku mana ada teman! Datang jelah! Aku belanja makan!"  balas Aryan dengan keluhan kesal. Itu je cara nak ajak Xavier ni. Entah kenapa pemalas sangat nak keluar duit.

"Okay cun! Aku datang lagi 10 minit. Kau pergi sewa meja" Xavier terus masuk ke dalam kereta yang disediakan.

Aryan menutup panggilan dan memandang hadapan restoran tersebut. Waiter yang sedang mengambil pesanan di luar restoran itu sebenarnya saat menarik perhatian Aryan.

Disebabkan itu Aryan nak makan dekat restoran ini sebab ada gadis yang ingin dikejarnya.

'Ayra Medina, wait for me'

Bersambung

( ✔ ) Xavier's Cupcakeजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें