"Merepek!"

"Kalau tak nak, sudah. I ni pakej lengkap idaman semua mak mentua tau. Rugilah sesiapa yang tak dapat kahwin dengan I."

"Macamlah aku hamak sangat kat kau."

"Apa-apalah you ni. Now, fiancé..."

"Aku bukan tunang kaulah!"

Nel tetap tersenyum-senyum senget dan merapatiku. Jantung aku mula memainkan rentak yang sama laju dengan kelajuan bullet train. Bila dia semakin dekat, tapak tangan aku terasa berpeluh pula. Matanya mencari mata aku.

"Tadi tu apa? Jangan kacau Nel? Kau kacau dia, Kau kacau aku juga. Urm...What's that?" Bisikannya berjaya menaikkan semua bulu roma aku.

Serta merta darah menyerbu wajah kemerahan aku. Terasa panas saja muka aku. Rasa macam nak lari balik rumah dan hantuk kepala sendiri pada dinding bilik. Kenapa aku cakap begitu? Padahal Nel bukannya sesiapa pun bagi aku melainkan musuh abadi aku dunia dan akhirat. Jadi kenapa? Kenapa?!

"M-mana ada! Kau suruh aku berlakon jadi teman wanita kau, jadi aku buatlah! Lagipun kau yang pandai-pandai cakap aku ni tunang kau. Aku hanya buat apa yang..."

Aku berhenti bercakap tatkala mata Nel semakin lama merenung muka aku tanpa berkata-kata. Terkatup terus mulut aku.

"You betul-betul menjiwai ya watak you?"

Terkulat-kulat aku cuba mencari jawapan yang sesuai. Aku cuma geram saja apabila diperlakukan begitu. Tak tahu pula sampai boleh ke tahap itu.

"A-aku...Terlepas! Ya, terlepas cakap. Haha..." Tergagap-gagap aku berbicara sebelum aku lepaskan tawa yang kedengaran begitu pelik di telinga aku. Bibirku diketap-ketap malu. Sudah pastilah Nel fikir macam-macam apabila aku berkata begitu.

"Terlepas? I don't think so..." Di hujung katanya, hujung bibirnya ternaik. Senyuman yang sukar untuk aku tafsirkan maksudnya tapi yang aku tahu, senyuman itu tidak membawa maksud yang baik.

"Aku dah cakap, terlepas terlepaslah! Kau nak aku cakap apa kalau macam tu?"

"I ingat you nak cakap you really mean it."

"Hah?"

"Don't you, Nayra?"

"Dahlah! Balik-balik!" Aku mengubah topik dengan segera. Aku memang nak balik pun. Menyesal pula aku ikut saja Nel sampai ke sini. Dengan muka tomato aku, lagilah aku tak mahu hadap Nel lagi! Nanti mulalah dia cakap itu ini yang boleh membuatkan darah aku naik dalam sekelip mata.

"You nak jawab apa dengan mak you? Cakap pergi terjun masuk dalam sungai?"

Aku memicingkan mata aku ke arah Nel yang memeluk tubuh. Tapi mata aku membulat semula apabila otot-otot lengan sasa Nel itu terserlah. Berketak-ketak nyah! Lama mata aku berada pada otot-otot lengan menawan milik Nel.

Kalau aku sentuh, macam mana rasanya?

EH! Apa aku fikir ni?! Kenapa jauh sangat otak aku terbang? Ni mesti kes terbang Neptun ni. Datang balik wahai otak kesayangan yang tak berapa function ke bumi!

Perfectly Yours! [OG]Where stories live. Discover now