20🥰

11 3 0
                                    

Areum tersengih kerana melihat pakaian semasa aku pergi jalan kan misi telah dilipat di tepi meja bersebelahan katil pesakit. Terhasil gelak hambar datang dari Areum sendiri.

Identiti aku dah terbongkar. Getus hati aku tatkala empat belas mata toleh ke arah aku dengan tanda soal di muka masing-masing.

"Nama awak bukan...Park Hyeji, right?" Tanya Jimin dan jhope serentak.

"Betul tak?"

Selimut, aku tarik sekuat hati. Menutupi gelang aku pakai. Nervous.

"Kita pernah berjumpa kan sebelum ni?" Habis soalan itu sudah muncul kan diri.
Patut ke aku bagi jawapan yang sama atau jujur je dengan mereka?

Yoongi melihat aku dengan pandangan tak apa kau cakap je aku ada kat sini. Dia seakan-akan cuba menenang kan aku yang gelabah penyu.

Aku tak terkejut yang yoongi oppa dapat tahu. Sebab dia ni senang sikit nak cam orang.

"Okay fine, kita memang pernah berjumpa tapi awak semua tak cam saya langsung kecuali Yoongi oppa..."

Selepas aku menyebut nama lelaki itu terus semua memandang tajam ke arah nya.

"Pehal kau tak cakap awal-awal, huh!"

"It's not my fault, kau orang tak tanya pun sebab tu aku diam kan diri je..." Yoongi mengangkat dua belah bahu dia serta tangan di naik kan sedikit.

"...Dan nama sebenar saya ialah Lee Areum, nama Park Hyeji itu hanya lah nama samaran saya. Sebab kalau saya letak nama sebenar...mesti dia orang akan ganggu orang yang saya sayang." Aku menghela nafas, berat.

Semua memandang sesama sendiri. Jimin datang ke hadapan dan menunduk kepala nya sambil mengusap rambut aku. Lembut sekali.

"Mianhae...saya tak sepatut nya paksa awak untuk jawab soalan macam tu...maaf kan kami." Jimin berasa bersalah pula ajukan pertanyaan yang tiba-tiba keluar tadi.

Mahu tak terkejut Areum dibuatnya.

Aku menggelengkan kepala. Tidak mengapa. Mereka yang dapat tangkap gelengan aku automatik tersenyum manis.

"Kami nak mengucap kan terima kasih banyak-banyak kepada Areum kerana telah menyelamat kan kami semua!" Ucap mereka penuh bersyukur.

Dalam beberapa jam kemudian,

"Areum-ah, macam mana awak boleh dapat kuasa hentikan masa?" Aku kekal menyembunyikan gelang itu di dalam selimut. Areum hanya memberi sengihan comel sebagai jawapan.

Nick ada cakap lagi, dia suruh jangan bagitahu sesiapa tentang gelang yang dia bagi ni...mian semua. Bisik hati Areum. Baru je dia nak buka mulut.

Brukk!

Aku tak jadi nak berkata apabila menyedari susuk tubuh yang aku sayangi dah berdiri depan mata aku.

"Areum ah!"

Unnie-unnie. Main terjah masuk je. Sebaik aku tak melatah tahu...haih kakak siapa lah ni?

Dia pergi peluk aku. Sayang betul dia dekat aku.

"Reum pergi mana semalam! Puas unnie tunggu kat rumah...Call pun tak jawab." Marah dia yang sedang menahan dari menangis.

Aku melepaskan pelukan dia tu. Basah juga baju aku dengan hingus dia. Dasar drama queen betul kakak aku ni.

"Reum okay jelah."

"Okay Reum cakap? Kalau ye...kenapa boleh sampai masuk hospital hmm." rambut terus di serabut kan oleh Rin unnie.

Apa salah rambut aku?

"Unnie! Habis serabai rambut kita." Rengek aku persis kanak-kanak tak boleh pergi keluar bermain di taman yang sudah turun hujan dengan lebat. Tiada tanda-tanda mahu berhenti sekejap.

Mereka bertujuk tergelak kecil menonton karenah aku dengan kakak aku sendiri.

"Eh ni siapa pula?" Bagus lah dia perasan kehadiaran dorang kalau tak memang sampai ke malam lah tak sedar-sedar. Muka aku bertukar ceria balik.

"Ni lah Bangtan Sonyeondan. K-idol yang dapat no 1 dalam billboard chart tu!" Bersungguh-sungguh Areum melontarkan fakta sebenar itu.

"Jadi...mereka lah yang Reum minat ya? yang baik hati lagi masuk air dan juga dia ni ex crush k..."

Kata-kata unnie terpotong sebab aku dah tutup mulut dia kemudian tangan pun diturun kan. Dia nak tunjuk ex crush aku weh!

Kang tak pasal-pasal kena usik berjemaah. Kisah lama jangan di ungkit. Sekarang aku just anggap dia seperti kawan baik je.

Aku tersengih menoleh riak muka pelik mereka.

"Semua boleh tak balik dulu...biar kali ni unnie teman kan saya pula. Mian tau dan lagi sekali terima kasih sebab sudi melawat saya setiap hari." Ujar aku panjang lebar.

"Sama-sama, kami gerak dulu...Bye!" Aku menghantar mereka dengan pandangan sahaja.

Setelah semua betul-betul pergi, lantas aku lepaskan tangan aku dari mulut tempayan dia ni. Areum menjeling sekilas.

Kata nak simpan rahsia konon!

"Reum, kenapa tutup mulut akak ni!"

"Hehe sorry kak, dah siapa suruh kau terlepas cakap..." Kakak hanya tersenyum-senyum. Sengaja lah tu!

"Ceh, malu lah tu takut kantoi!" Usik dia sambil memukul lengan aku kuat. Marah manja-manja lah.

Apa-apa lah jelah kakak kesayangan aku ni.

"Jangan masam je muka tu...kang tak ada siapa pula nak kau..haa nah hadiah untuk Areum! Happy birthday to you..." ucap Rin unnie dengan perasaan gembira. Hadiah tersebut diserahkan kepada aku.

"Tapi...birthday Reum kan lagi 3 hari?" Kening yang tidak gatal digaru.

"Alaa saja nak wish awal...dah buka lah hadiah tu." Hadiah ditolak ke arah aku. Dia yang terlebih excited  dah kenapa?

Aku pun akur. Hadiah itu aku perhati. Hmm apa isi dalam ni ya? Setelah aku membuka nya. Aku terus bangun dari katil. Ternganga mulut Areum dibuatnya. Kakak Areum sudah tersengih bangga. Pandaikan aku pilih hadiah.

"Wah! Polaroid camera yang Reum nak dari dulu. Gomawo unnie." Mahu sahaja melompat-lompat atas katil hospital ini.

"Hey, hey slow sikit suara tu. Kita ada kat dalam hospital...hmm cheonma. Suka tak dengan barang tu?"

"Suka sangat!" sahut aku perlahan.
Wajah bercahaya.

Sementara itu, seseorang yang mencuri dengar pembualan mereka. Terus mengukir senyuman manis. Telinga tidak terlekat macam tapak sulaiman dah pada pintu bilik.

"Aku kena bagitahu hyung yang lain ni...hadiah apa eh aku nak belikan untuk dia nanti?" Jungkook berlalu pergi dari situ. Perkara yang ingin dia bertanya lebih lanjut kepada Areum terus terbantut niat asal dia.








-TBC-

sorry lambat update! Ampun kan patik!

By Your Side ➳✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now