🎀10🎀

12 4 0
                                    

Areum celik mata. Mata aku melebar apabila terasa badan aku macam tak jejak tanah pun ada!

Aku baru perasan ada satu cahaya yang sama dekat kotak tadi. Cahaya tersebut mengelilingi badan aku dan membawa tubuh ku ke tempat yang selamat.

Manakala kereta, motor dan orang sekitar berhenti?

Serius wehh, aku tak tipu tapi apa dah jadi ni?

Kemudian dalam beberapa minit, semua dah bergerak seperti biasa. Seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa. Otak Areum terus jem.

Areum dah mula rasa takut semacam lalu menbuat keputusan untuk balik ke rumah semula.

Gadis itu duduk di tepi katil sambil tarik nafas dan hembus perlahan-lahan selama tiga kali. Dia masih dalam keadaan trauma.

Siapa je tak terkejut beruk, bagai telur di hujung tanduk. Sikit je lagi aku hampir kena langgar dengan lori besar. Semua orang berhenti termasuk lori di hadapan aku tadi.

Kotak itu aku pandang lama. Tangan panjang aku mula mengambil surat kecil. Aku pun mula membaca baca.

Lah ada lagi rupanya, aku tak baca sampai habis pun...hehe

Dia tulis suruh tengok belakang automatik aku pusingkan badan aku.
Mana ada sesiapa weh. Dinding ada lah.

Aku baca balik, Ooooooo kita salah faham pula, dia suruh tengok belakang surat ni bukan nya tubuh kita yang berpusing. HAHA!

Ish malu kita.

"Gelang biru tu ada kuasa hentikan masa?" Mulut aku ternganga.

What!

"Simbol bunga untuk 'on' manakala simbol bentuk hati pula 'off' dan lagi satu pada waktu yang tertentu akan ada cahaya berkelipan di sekeliling orang yang terpilih boleh gerakkan diri dia. Pandai-pandai lah nak namakan apa, okay tu je."

Rare sangat dia pesan. Kami sebaya ke apa? Hmm tak apa lah.

Areum dah baca semua nota orang tu bagi sampai habis. Siap check balik kat kotak tu.

Yelah, takut ada lagi aku terlepas pandang.

Semua clear!

"Jadi...sebab tu lah sekitar aku berhenti dengan sendiri, ouh selamat aku pakai gelang ni kalau tak..." ayat aku tergantung macam tu sahaja. Kau memang bertuah anak kucing yang comel.

Aku tersenyum sendiri. Terima kasih juga kepada pemilik yang baik hati sudi hantarkan barang ini.

Splash!

Lamunan tadi serta merta hilang tatkala aku menyedari bahawa kain aku basah sedikit akibat sebuah kereta mewah melintasi aku di laluan banyak air bertakung.

"Alaa, habis basah kain..."

"Cik, Maafkan saya! Saya tak sengaja sebab saya nak cepat tadi." Panik orang yang lakukan perbuatan tersebut.

Areum senyum nipis. Cermin mata petak dia dibetul kan sikit.

"Tak apa lah, kain saya kena sikit je...err by the way awak nak cepat-cepat ni nak menuju ke mana?" Soal aku balik.

"Pergi...fansign bts."

Eh sekejap, Aku dah terlambat pergi sana. Sebaik ada orang tolong sedarkan aku tadi kalau tak memang ke malam lah jawab nya aku duk berdiri seperti patung muzium.

"Saya pun nak pergi sana juga tapi... boleh tak nak tumpang kereta awak? kalau awak izin kan."

"Boleh je lah, ha bias awak siapa dalam bts?" Balas dia dengan teruja. First time jumpa fangirl kot HAHA!

Aku pun buat gaya bias aku selalu buat. Dua belah tangan aku membuat bentuk pistol dan ditunjuk ke hadapan manakala kaki kanan aku di angkat ke belakang...faham tak?

"Haa, Kim Namjoon!"

Okay! Sebaik dia jawab dengan betul.

Aku ulang balik ayat yang dia tanya kepada aku. Lantas fanboy itu buat gaya like peace yo.

"Kim Taehyung!"

"Betul!"

Kami bergelak bersama-sama lepas itu. Lelaki itu dengan gentleman nya tolong bukakan pintu untuk aku. Aku mengucapkan terima kasih selepas kami berdua sudah berada dalam kereta. Kami berborak banyak lah sehingga tiba ke destinasi tersebut. Senang betul nak buat kawan ya.

Weh! Hyunmi, tunggu aku datang. I am coming.








-TBC-

Mian lambat update!

By Your Side ➳✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now