🛹16🏃‍♀️

12 3 0
                                    

"Jangan cakap kau...Stalk aku selama ni? Dasar mamat pervert!" Aku peluk tubuh badan aku sendiri dan mula menjauh daripada dia.

"Mana ada! Dah kebetulan nampak kau...ingat aku suka sangat tengok wajah kau tu." Nick membuat muka, mengejek.

"Ceh, mengaku jelah...ARGHH!" Aku terundur langkah ke belakang. Asal aku boleh terlupa yang aku still kat atas pokok!

Habis lah aku tak boleh nak imbang kan badan dan jatuh ke bawah. Membulat mata aku dibuatnya.

"Weh!" Aku berhenti menjerit tatkala aku merasakan badan aku disambut lembut oleh seseorang. Aku dah rasa was-was. Aku pandang wajah hero aku.

"Nick?" Yes. Dia lah yang selamat kan aku. Laju betul kau turun bawah.
Kau guna magic ke apa?

"Aku tak boleh bayang kalau kau jatuh pokok dari ketinggian macam tu dan patah kaki...Uish ngeri! Sebaik ada aku, kan kan." Dia tersengih sampai mata tertutup. Ringan gila minah ni...kalau kena angin automatik jadi layang-layang.

HAHHAHAHA!

Aku berdehem. Muka jangan lah blushing sekarang!

"Err boleh tak turun kan saya?" Dia yang tengah dukung aku gaya bridal style carry terus menurunkan aku perlahan-lahan.

"Dah sekarang...dengar apa aku nak cakap." Aku angkat sebelah kening.
Nick ambil nafas dulu sebelum berkata sesuatu.

Baru je dia nak buka mulut dah ada satu suara menjerit memanggil nama Areum. Nick membuat muka.
Excuse me?

"Lee Areum! Kau buat apa kat situ?" Hyunmi berlari tergesa-gesa ke arah Areum.

Dia mengelap peluh. Penat oi cari minah ni. Sesat ke apa?

"Kau dah jumpa bulu tangkis tu?"

"Dah...ouh aku ada jumpa someone tadi."

Dahi Hyunmi berkerut sejuta bahasa.

"Nugu?"

"Ni kat sebelah aku..."

Aik?
Dia.
Dah.
Hilang!

"Weh, kita main lain kali eh...aku rasa tak sedap badan lah hari ni." Aku memberi alasan. Tapi benda betul, aku tak sedap badan.

"Yeke, hmm tak apa lah jom aku teman kau pergi bilik rawatan." Pelawa Hyunmi. Aku menarik tangan Hyunmi supaya beredar dari situ secepat mungkin.

Aku dah seram sejuk weh. Semasa aku berlari bersama-sama dengan kawan baik aku.

Aku terdengar suara bisikan...Nick.











































































"Areum, kau kena berhati-hati mulai sekarang sebab...kau dalam bahaya! Jangan sampai kau termasuk perangkap tikus dia."

Patutkah aku... mempercayai orang yang baharu sahaja berkenalan sebentar tadi?

Kringg!

"Bye!"

"Bye hyunmi." Aku melambai kan tangan kepada dia. Rumah kami berlainan arah jadi kami terpaksa berpisah kat situ lah.

"Reum dah balik!" Senyuman ceria menghiasi ruang bibir dia.

"Dia tak balik lagi ke?" Soal ku sendirian. Senyap je rumah.

Ye kot.

Aku pun naik ke bilik untuk letak beg sekolah dan selepas itu terus pergi mandi. Dalam 15 minit, aku turun ke bawah. Lengkap dengan baju pyjamas. Gambar kucing kau.

"Nak tengok TV lah." Aku mencapai remote dan tekan butang on lalu saluran television yang menarik di cari.

Ting!

Aku melihat siapa yang hantar mesej. Aplikasi kakaotalk segera dibuka.
Ouh unnie.

_________________________________________

Unnie Rin lovely💝

Reum...Hari ni unnie balik lewat sikit sebab nak berjumpa dengan kawan masa sekolah lepas tu makanan ada kat bawah tudung salji, makan je dulu...Jangan tunggu unnie.

Me

Baiklah, unnie pun hati-hati kat luar tu.

Unnie Rin lovely

Arraseo, Reum duduk elok-elok kat rumah tau. Kalau ada apa-apa, call unnie.

Me

Nae, Nado Annyeong.

________________________________________

Sejam berlalu, aku baru nak masuk bilik. Dah tamat dah cerita yang aku minat. Dah satu hal kena tunggu minggu depan pula. Sebab cerita ni ber episode. Kalau setiap ada tak apa lah tapi ni setiap minggu, keluar satu episode sahaja dan kena tunggu minggu depan pula. Ringtone telefon aku bergema satu rumah. Aduh ganggu handphone aku ni. Baru nak bebel!

Let me go, let me go~
I am one with the wind and sky~
Let me go, let me go~
I want slap you to the moon~

Menandakan ada panggilan dari seseorang.

Tertera nama "Namja psiko" dalam masa yang sama ikon berwarna hijau di selak ke tepi. Terus menyambung panggilan tersebut. Aku dengar suara tengah gelak mengejek. Siapa lagi kalau bukan lelaki itu lah.

"Aku baru angkat tiber kau gelak, dah kenapa kau call aku ni." Kata aku sedikit bengang. Malas bercakap lama-lama dengan dia. Buang masa aku je!

"Unnie kau dah balik?" Serentak dengan itu, tiba-tiba mata aku kabur. Dahi aku dah berkerut. Sambung tadi

Apa siak mamat ni, dia kenal kakak aku...sekejap aku dapat tangkap pertanyaan dia. Jangan-jangan.

"Mana unnie aku? Kau jangan berani apa-apa kan dia!" Bantal kecil di baling ke belakang. Geram.

"Kau datang tempat ni."

Dia hantar location. Aku melihat tempat tersebut. Biar betul tempat ni juga kau nak duduk? Tak apa lah nyawa kakak lagi penting.

"Kau dah tengok kan? baik kau datang ke sini, cepat...Sebelum nyawa kakak kau melayang! hehe bye."

Tup. Talian terputus. Muka aku dah berapi.

Siap lah dia! Kau tunggu namja tak guna.

Areum segera mendaki anak tangga menuju ke bilik untuk mengambil pakaian 'kerja sambilan' dia.
Identiti diri kena dijaga. Cermin mata sudah ditanggalkan awal-awal.
Setelah pintu rumah telah dikunci.
Aku capai skateboard aku lalu meluncur laju ke sana.

Aku harap...aku sempat datang! Tunggu Areum,unnie.








-TBC-

Chapter seterusnya heroin ini akan beraksi. Oh yeay!

By Your Side ➳✔ [COMPLETED]Where stories live. Discover now