Setelah menunggu dalam beberapa minit, makanan yang dipesan akhirnya tiba jua. Ucapan terima kasih Adhela katakan buat pelayan yang menghantar makanan mereka.

Tanpa melengahkan banyak masa lagi, selepas membaca doa makan makanan yang dipesan Adhela selamat masuk ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan makanan itu dikunyah untuk menikmati kelazatannya.

"Like always. Tak pernah mengecewakan" Ujar Adhela lalu meneruskan suapannya. Badannya bergerak ke kiri dan kanan tanda dia gembira serta berpuas hati dengan masakan restoran itu.

Arisya mengangguk setuju dengan kenyataan yang keluar daripada mulut sahabatnya itu. Dia mengenali restoran ini pun melalui Adhela. Sahabatnya lah yang mula mengajaknya untuk makan di restoran itu sehingga dia menjadi ketagih dengan masakannya.

Maklumlah sahabatnya itu memang kuat makan. Pantang dengar daripada mulut orang kedai makan yang sedap, laju sahaja dia pergi. Tetapi yang pelik bin ajaibnya ialah walaupun makan sebanyak buih di lautan Adhela tetap kurus. Entah bagaimana Adhela seimbangkan, dia tidak tahu.

"Aku rasalah kan restoran ni ada letak sakalah dalam makanan dia" Ujar Arisya tiba-tiba dan perkara itu membuatkan suapan Adhela terhenti.

"Apa pasal pula kau cakap macam tu? Tak baik tau tuduh" Balas Adhela pula sambil memandang Arisya dengan pandangan yang hairan. Elok aje tengah makan dan entah dari mana muncul topik saka pula.

"Ya lah. Cuba kau fikir balik. Setiap kali kita habis kelas kan mesti kita datang sini. Kau tak rasa ke dia macam letak something dalam makanan ni untuk buatkan kita ketagih nak datang kedai dia"

"Haa. Tu lah kau. Mesti terpengaruh dengan cerita hantu mana yang kau dah tengok. Untuk pengetahuan Cik Arisya, kita selalu datang sini sebab makanan dia sedap. Lagipun restoran ni dekat dengan universiti kita" Balas Adhela sambil tersenyum manis kepada Arisya.

"Hmm. Ya lah. Kau aje yang betul" Kata Arisya lalu matanya digulingkan ke atas tanda menyampah.

Adhela ketawa kecil dengan perlakuan Arisya. Mereka menyambung aktiviti makan tersebut sambil berceloteh itu dan ini. Sesekali ketawa menghiasi meja makan mereka.













KAKINYA bergerak ke hadapan dan belakang sehingga menyebabkan air di dalam kolam bergerak sama. Badannya bersandar ke belakang dengan bertongkatkan kedua belah tangan di kiri dan kanan.

Seketika fikirannya melayang ke saat dia bermesyuarat petang tadi. Sungguh dia tidak sangka bahawa dia akan bertemu lagi dengan rakan sekuliahnya dahulu. Rupanya-rupanya dia akan berurusan dengan rakannya itu sebagai wakil daripada syarikat AA untuk menjayakan projek antara mereka. Sempat juga mereka bertukar nombor telefon.

"Baa!"

Badannya tersentak impak daripada sergahan seseorang. Kepalanya dikalihkan ke belakang apabila telinganya menangkap ketawa seseorang.

"Ruginya saya tak rakam tadi. Tengku patut tengok muka Tengku masa terkejut tadi. Sumpah kelakar!" Kata Adhela sambil ketawa.

Namun ketawanya mati saat matanya menangkap renungan tajam bak helang milik suaminya. Dia berdehem untuk menghilangkan rasa gugup. Perlahan-lahan dia merapati suaminya lalu turut melabuhkan duduk di pinggir kolam.

"Kau ni dari mana?" Soal Tengku Qaiser tiba-tiba. Adhela mengerutkan kening. Ai selama ni tak pernah tanya pun pergi mana. Kenapa tiba-tiba je? Fikir Adhela sendiri.

"Kerjalah"

"Kerja apa sampai larut malam baru nak balik?" Tanya Tengku Qaiser lagi.

Belum sempat Adhela menjawab, Tengku Qaiser menyambung lagi ayatnya.

"Ouh lupa pula aku kahwin dengan siapa. Mesti kau pergi goda lelaki kaya tadi kan? Tapi tak kena cekup pula. Jadi maknanya aku lah orang pertama yang kena cekup dengan kau ya? Pro juga eh kau. Cuba share tips dengan aku. Macam mana kau buat?" Sindir Tengku Qaiser tanpa rasa bersalah. Senyuman sinis terlakar di bibirnya.

Dia puas melihat wajah terkedu milik Adhela. Lagipula Adhela tidak menafikan. Maknanya betul lah?

"Suka hati Tengku lah nak cakap apa" Kata Adhela dengan suara yang bergetar.

Jujur dia katakan hatinya tergores mendengar tutur bicara suaminya yang cukup tajam. Sudah puas dia pertahankan dirinya dengan menafikan yang pernikahan mereka adalah bukan rancangannya sehingga dia rasa lebih baik dia layankan saja tuduhan Tengku Qaiser daripada air liurnya dibazirkan begitu saja.

Baru sahaja dia bercadang mahu bermesra dengan Tengku Qaiser malam ini sepertimana pasangan berkahwin lain lakukan. Contohnya meluahkan masalah, bergurau dan sebagainya. Tetapi lepas apa yang keluar daripada mulut suaminya itu dia kuburkan saja angan-anganya itu. Tidak mungkinlah Tengku Qaiser ingin berbuat sedemikian dengannya. Dia sedar dirinya siapa.

"Eh sentap pula? Betul lah kan apa yang aku cakap. Lagipun kau tak nafikan"

Adhela memalingkan wajahnya kepada Tengku Qaiser. Kalau lah dirinya jahat mahu saja dia celup muka Tengku Qaiser dalam kolam sampai lemas. Biar mati kembung dalam tu.

Astaghfirullah Adhela. Dia suami kau kut!

"Selama ni saya nafikan Tengku ada percayakan saya ke? Tak kan? Jadi lebih baik saya berdiam diri daripada saya berdebat dengan Tengku yang entah apa-apa" Balas Adhela selamba lalu mula bangun dari duduknya dan meninggalkan Tengku Qaiser begitu saja.

Tengku Qaiser kepal tangan tanda marah. Dia rasa tercabar dengan kata-kata Adhela.

Berani betul kau cakap macam tu kan. Siap kau perempuan. Tunggu aku kerjakan kau sampai lumat.




















assalamualaikum gais! like always don't forget to vote comment and share! luv u all♥︎

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now