2◆

79 10 1
                                    

Badan disandarkan dengan selesa pada penyandar kerusi. Matanya tajam memerhati seorang pekerjanya yang sedang membentangkan projek baharu. Sesekali dia mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh pekerjanya.

"Okay, Tengku. Ada apa-apa penambahbaikan atau perubahan yang saya perlu lakukan untuk projek ni?" Soal pekerjanya yang bernama Harith itu.

"No need. Proceed dengan apa yang kita bincangkan. So, our meeting ends here" Ujar Tengku Qaiser lalu dia mula berdiri. Langkah diatur keluar daripada bilik mesyuarat itu.

Bukan dia tidak nampak muka pekerjanya bersinar mengalahkan mentari apabila mesyuarat kali ini tamat awal. Dia juga tidak suka berada dalam bilik mesyuarat itu lama-lama. Membosankan!

Pintu kayu biliknya ditolak perlahan. Dia mula melabuhkan duduk dan macbook yang tertutup dibuka. Bahagian email dicari. Beberapa email yang penting dibalas.

Selang beberapa ketika disaat dia mula tenggelam dalam kerjanya, interkom di atas mejanya berbunyi.

"Erm Tengku, Tengku ada meeting dengan wakil syarikat AA Holding lepas ni. " Beritahu pembantu peribadinya, Faliq.

Seketika dia mengeluh perlahan. Sungguh dia katakan saat ini dia malas untuk keluar daripada bilik kerjanya. Dengan cuaca di luar yang agak panas lagilah membuatkan rasa malas itu makin bertambah.

"Tak boleh postpone ke?" Soal Tengku Qaiser.

"Tak boleh, Tengku. Kalau dikira dah banyak kali Tengku tangguh meeting dengan dia. Saya tak rasa dia akan berdiam diri kalau Tengku tangguh lagi meeting kali ni"

"Hmm. Terima kasih, Faliq" Ucap Tengku Qaiser dalam nada yang pasrah.

"Hish! Malasnya!" Laungnya kuat. Rambut diraup ke belakang tanda kusut. Tetapi dia harus bertenang dan kelihatan profesional di hadapan pelanggannya walaupun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

"Ini kut yang ayah rasa waktu kerja dulu" Gumam Tengku Qaiser sendiri. Dia terfikir tentang bagaimana ayahnya mampu mendirikan sebuah syarikat yang gah di mata manusia dan sekarang ini adik-beradiknya pula yang meneruskan legasi ayahnya.













"DILA"

"Adhela"

"Adhela Qasreena!"

Langkah kakinya terhenti. Kepala dipusingkan ke belakang dan terlihatlah di retina matanya wajah seorang gadis yang sedang tersengih seperti kerang busuk.

"Kau kan kalau boleh nak semua orang tahu nama penuh aku. Lagi elok kalau kau pergi pinjam mikrophone mall ni lepastu kau sebut nama aku kuat-kuat kat situ. Aku risau kau sakit tekak je terjerit-jerit panggil aku" Bebel Adhela panjang lebar.

"Okay! Aku pergi dulu"

"Eh, nak pergi mana pula?" Soal Adhela apabila dia melihat kaki kanan Arisya sudah ke udara. Tangannya juga sempat menahan Arisya daripada meneruskan langkahnya.

"Nak pergi pinjam mikrophone mall ni lepastu panggil nama kau kuat-kuat" Balas Arisya dengan selamba.

Adhela tepuk dahi. Pasrah mendengar jawapan tulus yang keluar daripada mulut sahabatnya itu.

"Kau ni jangan sampai aku hempuk kepala kau. Biar jadi betul sikit" Kata Adhela dengan nada yang geram.

"Okay okay. Aku gurau je. Janganlah serius sangat"

"Dah lah kau. Aku nak pergi makan. Lapar" 

Sebaik sahaja Adhela habis berkata-kata, dia terus meninggalkan Arisya dan berjalan menuju ke restoran yang selalu mereka kunjungi. Al maklumlah, masakan di situ kena dengan seleranya. Lagipula harganya masih lagi boleh dipertimbangkan.

•SU•QAISER'S QUEENWhere stories live. Discover now