EIRENE berlari-lari anak di gigi air sambil menikmati permandangan yang menakjubkan di hadapannya itu. Air laut yang membiru, bunyi ombak dan juga susuk tubuh tinggi lampai yang mengikuti dia dari belakang itu. Indah betul ciptaan Yang Maha Esa.

"Sayang, hati-hati. Karang terpijak cengkerang ke apa boleh luka kaki. Jangan suka sangat" pesan Tengku Ferhad yang mengikuti isterinya dari belakang.

"Okay abang!" Lalu Eirene mengeluarkan telefonnya mahu membuat instagram story. Tengah dia berpusing menunjukkan permandangan laut di belakang, Tengku Ferhad tiba-tiba saja datang mendekat lalu mencium pipinya selamba.

"Abang" Eirene menjeling suaminya itu dengan wajah yang malu tapi mahu.

Tengku Ferhad duduk di atas pasir pantai sambil merakamkan permandangan indah dihadapannya yang sedang bergembira dapat datang pantai. Kemudian dia memuat naik video hyper Eirene di instagram story dengan caption...

'Beautiful view 🤍 @eirenef'

"Abang, nak air kelapa" Eirene datang sambil tersenyum manja meminta habuan. Melihat air kelapa fresh yang di jual di gerai tidak jauh dari tempat mereka duduk itu terus Eirene rasa dahaga tiba-tiba.

Tabiat betul.

"Jom ikut abang"

Eirene pun mengikut saja langkah suaminya dengan perasaan yang berbunga-bunga. Tengku Ferhad hanya memakan kemeja putih dan juga seluar panjang berwarna khaki. Tiga butang teratas dibiar terbuka. Sangat bergaya walaupun santai.

Aum!














              DARI pejabat lagi Tengku Firhaz dah bertekad nak buat kerja gila mahu mengekori Iffat Haleen dari jauh. Sebabnya, waktu mereka bertembung sebelum pulang tadi, gadis itu kelihatan sedih dan dingin. Langsung tidak menegurnya walaupun dah berselisih bahu. Tengku Firhaz jadi geram pun ada bila dilayan begitu.

Kereta Leena tiba-tiba berhenti di satu jambatan dan gadis itu mulai turun daripada kereta. Leena duduk berdiri sambil termenung jauh. Dari tepi Tengku Firhaz sudah dapat lihat wajah gadis itu muram saja.

Leena melepaskan tangisan sepuasnya di situ. Sampai hati ayah dan maknya buat keputusan tanpa bertanyakan pada dia terlebih dahulu. Sekarang, tahu-tahu dia dah jadi tunangan orang.

Nak marah...

Tapi itu kan orang tuanya.

Tiada mereka, tiadalah seketul Iffat Haleena di atas muka bumi ini. Hm. Serabutnya.

Meoow !

Meoow !

Nyaring bunyi anak kucing mengiau. Leena tidak pasti anak kucing tersebut berada di mana. Dia cari punya cari, rupanya anak kucing tersebut berada betul-betul di tebing jambatan. Mungkin dia pun gayat takut jatuh ke dalam gaung di bawah sana.

Selaku pencinta kucing, Leena tak boleh membiarkan anak kucing itu berada di dalam ketakutan. Dia harus tolong.

"Sekejap ye you, I nak langkah penghadang ni sekejap. You jangan lari tau. I nak tolong you ni" omel Leena sambil berusaha memanjat penghadang besi yang kukuh itu.

Melihat si gadis yang mula memanjang penghadang besi jambatan itu, Tengku Firhaz sudah memikir yang bukan-bukan. Dia kalut melucutkan tali pinggang keledar lalu berlari mendapatkan Leena yang mungkin tak mampu berfikir panjang itu.

"Iffat Haleena!!!"

"Arghhhhh!!"

Sekali rentapan saja tubuh Leena jatuh di atas tubuh tegap seseorang dalam keadaan tubuhnya tak bersedia.

"Auchhhh...." Aduh Leena sambil mengusap sikunya yang terasa perih itu.

"Apahal pula ni" bebelnya tidak puas hati.

"You ingat you kucing ke ada 9 nyawa?! Heh, kot ya pun tak boleh fikir panjang, ingat sikit azab Allah kalau bunuh diri tu diazab macam mana. You tahu tak kalau you terjun bawah ni, boleh bersepai mayat tu tahu?! Otak you ni dah gagal bergungsi ke? Apa masalah you ni Iffat Haleena?!!" Marah Tengku Firhaz.

Jelas dada lelaki itu berombak kencang.

Terpinga-pinga Leena dibuatnya. Dia lagi tak faham bila Tengku Firhaz tiba-tiba muncul di sini dan memberi khutbah pula.

"Macam mana tengku boleh ada dekat sini?" Tanya Leena seperti orang bodoh.

"I ikut you lah. You stress setara mana sangat sampai nak terjun jambatan?! Gila?" Hambur Tengku Firhaz lagi.

Leena buat muka blur. Sumpah dia tak faham. Datang tiba-tiba lepastu marah-marah orang. Siapa yang gila sekarang ni?

"T-takk, sekarang ni apa masalah tengku? Tengku ingat saya ni manusia yang tak ada pegangan agama ke sanggup nak cabut nyawa sendiri ganti tugas malaikat? Saya pun nak juga bau syurga" jawab Leena tak puas hati.

"Dah tu? Yang you pergi panjat penghadang jambatan ni dah kenapa? Nak test tahap takut ketinggian dalam diri you? Ke nak test ketahanan penghadang ni?"

"Saya nak selamatkan anak kucing!" Selar Leena garang.

Giliran Tengku Firhaz pula yang termalu sendiri. Bila dah masing-masing diam, barulah dia mendengar bunyi anak kucing mengiau.

"Anak kucing? Mana?" Tanya Tengku Firhaz mahu menutup rasa malu hakikatnya tak berhasil pun.

"Tu sana tu. Dia gayat kut" Leena mula menujuk ke arah di mana anak kucing yang kuat mengiau itu berada.

"Assalamualaikum—" sapa seseorang dengan memberi salam.

"Waalaikumsalam..." jawab mereka berdua serentak.

Leena sudah meneguk liur yang terasa payau. Melihat 3 orang lelaki memakai songkok dan juga 2 orang polis datang ke arah mereka dengan padangan yang curiga. Leena sudah tak sedap hati.

"Anak berdua duk buat apa berdua-duaan malam-malam macamni?" Soal salah seorang di antara mereka.

Leena memandang Tengku Firhaz. Lelaki itu pun nampak terkedu sama.

"Erk macamni...."















Typical cerita melayu kan HSSHSHSHSHS.







•to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt