prolog

46 3 0
                                    


"Actually...aku tak tahulah."

Gadis itu tersengih tanpa rasa bersalah langsung. Rakan-rakannya mula menepuk dahi, bengang pulak mereka dengan minah ni. Tadi punyalah confident cakap tau sekarang lupa pulak.

"Kau... kau,jangan sampai aku sangkut kau tergantung kat tiang bendera nanti."

Heih nak marah tapi tu lah, tak jadi apa pun kalau mereka marah. Gadis itu berpeluk tubuh,menyandar pada kerusi. Keningnya terjungkit sebelah.

"Uih berani. Jom ah,aku pun dah lama tak panjat tiang ni."

Tercengang mereka melihat riak selamba gadis itu. Berilah kesabaran penuh dalam hati kami, Ya Allah. Jangan buat kami nak lumat lumat budak ni nanti.

"Izz,serius please...We only got five minutes sebelum Miss Liona nak, and this freaking 50 questions still kosong! Kitorang dah habiskan 50 soalan tapi soalan ni betul-betul memecahkan otak ni."

Mahu menangis mereka lihat Izz buat selamba,pasni Miss Liona nak tengok kalau tak siap memang mengamuk Cik Singa tu. Tapi yang pasti bukan group diorang je yang kena,masih ada tujuh group lagi yang sedang bertungkus lumus siapkan seratus soalan ni.

Izz Ermina.

"Kalau aku buat korang nak beri aku apa?"

Agak dah..

"Kitorang belanja kau coklat kat koperasi."

Deal!

Izz terus ambil tempat berhadapan dengan komputer,cermin mata bulat dipakainya. Rakan satu group mula memberi ruang pada Izz. Biar Izz buat kerja.

Senang je Izz sebenarnya,sogok makanan semua jalan.

Siapa je tak kenal Izz Ermina ni. Semua warga sekolah kenal,budak bijak yang comel dan makan banyak tapi tak gemuk gemuk. Nakal, happy-go-lucky tapi otak geliga.

Cuma satu sajalah,setakat ni tak pernah lagi mereka tengok Izz menangis mahupun mengamuk ke, marahkan classmates mereka. Izz Ermina ni santai perwatakan dia,melayan je kalau bergurau dengan dia. Jenis layan semua orang.

Macam selamba derk je dia ni,tapi bila seketul Izz Ermina ni serius,semua menikus.

Izz... Izz. Macam-macam betul kau ni.

.

Err...hai?

𝐈𝐌'𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 [ C ]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin