"You lah tu yang nak culik I" tuduh Tengku Firhaz bersahaja lalu berjalan menjauhi Leena yang terpinga-pinga itu. Dia mahu mencari walletnya yang mungkin terjatuh di aras ini.

"Tengku! Yang dekat pintu B dekat sebelah tepi tu benda apa?" Laung Leena lalu menunjuk ke arah objek hitam yang kecil saja terletak berhampiran dengan pintu masuk B.

"Alright, gotcha! Thankyou. Pergilah balik sana! Tak payah nak merayap. Jadi apa-apa lagi I taknak tolong dah" laung Tengku Firhaz pula sambil mengangkat isyarat tangan thumbs up.

"Baik tengku, terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong saya. Saya balik dulu. Bye!" Leena melambai mesra ke arah adik bosnya itu sebelum masuk ke dalam kereta.

Tengku Firhaz membalas lambaian tersebut lalu memasukkan tangan ke poket seluarnya sambil melangkah pergi. Keretanya parking dibaras atas makandia perlu naik semula lah ke tingkat atas.

"Mujur nampak, kalau tak habis anak dara orang kena korban malam ni. Haih..." omel Tengku Firhaz sendirian di dalam lif.












USAI mengurut kaki Eirene dengan minyak panas, dia sarungkan stokin pula. Eirene yang menjadi pemerhati setia itu tidak lekang dek senyuman. Protective betul Tengku Ferhad Mateen ni seorang. Dari makan, pakaian, sampai ke mandi pun dia nak ikut Eirene. Alasannya, Eirene perlu berpantang. Tak boleh banyak bergerak sangat.

"It's time to sleep milady"

"Thankyou abang" ucap Eirene seperti kebiasaan.

"You're welcome" balas Tengku Ferhad sambil menguntum senyum manis. Dia turut memanjat katil juga berbaring di sebelah Eirene.

"Eirene kena pantang sampai bila ni?"

"Bonda cakap at least 2 minggu"

Eirene tersenyum misteri. Kemudian dia mengangguk faham. Dia sudah mula mengira dengan jari.

"Why sayang?"

"Oh, maknanya ada lagi seminggu la Eirene kena berpantang. Abang, lepas Eirene habis pantang kita pergi honeymoon nak? Nak honeymoon dekat tempat yang ada pantai. Bestnya, menenangkan"

"Okay sayang. As you wish. Inshaallah nanti kita pergi" angguk Tengku Ferhad setuju.

"Yeay! Nanti boleh buat baby" sorak Eirene ceria membuatkan Tengku Ferhad tersedak air liurnya sendiri. Merah wajah lelaki itu dibuatnya.

"Boleh sayang boleh...."

"Erk abang—"

"Eirene kan dah sihat, esok abang cuti boleh tak abang bawa Eirene tengok kubur baby?" Pinta Eirene yang tiba-tiba teringat akan janji suaminya.

"Boleh sayang" Angguk Tengku Ferhad yang ralit bermain dengan rambut lembut isterinya itu.

"Errr....Cailey?" Terus riak wajah Tengku Ferhad berubah.

"Dia macam mana sekarang?" Berhati-hati Eirene mengajukan soalan.

"Dia tengah terima hukuman di UK. I dah warning family dia supaya jangan benarkan dia datang ke Malaysia lagi. Dan atas apa yang jadi, I takkan maafkan dia" jawab Tengku Ferhad dingin.

"Abang, dia dah terima hukuman dah kan? Maafkan je la di—"

"No. Abang nyaris hilang isteri dan abang juga dah hilang anak disebabkan dia yang mental tu. Sayang tahu tak bertapa takutnya abang waktu doctor cakap degupan jantung sayang drop tiba-tiba haritu. Semua berpunca daripada siapa? Jangan sebut lagi nama dia depan abang" cantas Tengku Ferhad garang.

"Cailey Barra, Cailey Barra, Cailey Barra!" Sebut Eirene banyak kali sengaja mahu menaikkan amarah suaminya.

"Stop it Anfisa sayang...." Tengku Ferhad mengetap gigi geram. Makin dilarang makin dibuat.

"Kalau abang sayangkan Eirene abang maafkan dia" Eirene melarikan jarinya di atas dada bidang yang terdedah itu.

"Anfisa...." Seru Tengku Ferhad meleret.

Eirene pura-pura pejamkan mata.

"Abang maafkan dia" Tengku Ferhad terpaksa mengalah juga.

"Ini baru pakcik singa pencen yang Eirene kenal. Dia nampak je garang tapi dia baik. Sini Eirene nak bagi abang hadiah" selamba, Eirene menarik wajah Tengku Ferhad supaya menghadapnya.

Satu kucupan hinggap di bibir sensual itu. Ciuman di dalamkan. Tengku Ferhad mengusap belakang Eirene terbuai dengan hadiah yang diberikan. Sebaik  tautan dua bibir itu terlerai bulat mata Eirene memandang Tengku Ferhad.

"Sayang nak abang maafkan siapa lagi hm?" Tanya Ferhad memerli.

"Nak lagi?" Tanya Eirene serius.

"Nak tapi tak apa simpan dulu untuk nanti. I risau sebab sayang tengah berpantang" kata-kata Tengku Ferhad mengundang tawa Eirene.

"I got you Tengku Ferhad Mateen. Abang sabar lah dulu ya? Ada sebab Eirene ajak abang pergi honeymoon" pujuk Eirene sambil senyum.

"Dah la sayang, tidur,"



















to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now